Nikola Tesla semasa membuat eksperimen di makmalnya. |
Nikola Tesla merupakan antara saintis yang sentiasa menjadi idola bagi
mereka yang menceburi bidang kejuruteraan terutamanya elektrik. Walaupun tidak
sepopular saintis-saintis lain yang lebih mendapat perhatian masyarakat, namun
nama beliau terus diingati kerana minatnya di dalam bidang sains &
rekacipta lebih menitik beratkan kepada manfaat rekaannya kepada manusia
berbanding hanya untuk mengaut keuntungan daripada ciptaannya.
Baru-baru ini sempena sambutan hari kelahirannya yang ke-158, sumbangan sebanyak USD 1 juta telah
diberikan untuk membina muzium sempena memeringati hasil usaha beliau dalam
bidang sains & rekacipta. Sumbangan ini telah diberikan oleh seorang ahli
perniagaan iaitu Elon Musk yang juga merupakan CEO bagi syarikat kereta
elektrik Tesla Motors dan syarikat pengeluar roket SpaceX.
Nikola Tesla kurang dikenali. |
Bagi kita yang mengikuti arus pendidikan perdana di sekolah mungkin tidak
mengenali Nikola Tesla dan sumbangan beliau kepada dunia sains. Sumbangan
beliau tidak diberikan liputan yang cukup seperti mana rakan-rakan
seangkatannya yang lain seperti Thomas Edison yang dikatakan menggunakan idea
beliau sendiri dalam mengangkat namanya dalam bidang penciptaan. Inilah yang
biasanya berlaku dalam dunia rekaan yang dipengaruhi oleh sifat mengaut
keuntungan daripada hasil usaha orang lain.
Menara yang didirikan untuk tujuan eksperimen. |
Tarikh 10 Julai merupakan tarikh lahir saintis berbangsa Serbian-Amerika
ini yang menjadikan makmal di Wardenclyffe di Long Island sebagai tempat di
mana ia mereka kebanyakan hasil rekaannya. Di sini juga Nikola Tesla pernah
mendirikan menara setinggi 187 kaki (57 meter) bagi membuat eksperimen dalam
usaha membekalkan tenaga elektrik tanpa wayar secara percuma.
Walaupun banyak usaha beliau tidak dikomersilkan, salah satu kesan daripada
hasil kajian beliau adalah di mana hari ini pembekalan tenaga elektrik ke
rumah-rumah dilakukan menggunakan talian bekalan kuasa arus ulang-alik yang
juga merupakan hasil kajian daripada beliau sendiri. Manakala antara kajian
beliau yang paling dikagumi termasuklah mengenai sistem bekalan kuasa elektrik
tanpa wayar yang juga dikatakan digunakan oleh kerajaan mesir purba bagi
membekalkan kuasa untuk rumah api di Alexandria – sila buat rujukan lebih
lanjut mengenainya sekira anda ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Tesla Motors pembuat kereta elektrik yang paling laris. |
Sehubungan itu, tentu kita mengetahui bahawa dunia sains menyimpan terlalu
banyak rahsia tentang penapisan maklumat penting dan tidak semua maklumat yang
kita pelajari adalah benar. Bagi mendapatkan kebenaran, kita perlu lebih
bersikap pro-aktif dan membuat kajian terperinci tanpa membenarkan kepetingan
tertentu.
Bagi yang kurang mengenali Nikola Tesla diharap dapat mencari seberapa
banyak sumber mengenai saintis yang tersohor ini. Walaupun namanya tidak
dikenali ramai, hasil usahanya banyak memberikan kesan positif terhadap
pembangunan dunia moden terutamanya membabitkan bidang elektrik &
elektromagnatik. Sehubungan itu mari kita sama-sama menjelajahi dunia ilmu
dalam membangunkan teknologi yang bermanfaat.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|