MOIRE telescope di ruang angkasa |
Telescope angkasa seperti Spitzer, Hubble dan yang bakal dilancarkan iaitu Webb merupakan telesopce yang beroperasi di angkasa
berbanding telescope yang biasa yang berada di permukaan bumi. Satu kelebihan
telescope ini adalah lokasinya yang berupaya mendapatkan lebih banyak cahaya
tanpa ditapis oleh atmosfera bumi. Bagaimanapun dari segi saiz, adalah sukar
untuk menghantar telescope bersaiz besar ke orbit kerana untuk menghantar
peralatan ke angkasa memerlukan kos yang besar serta teknologi yang baru.
Dari segi saiz Spitzer mempunyai kanta
utama berukuran 0.85 meter (33.5”) diameter manakala Hubble pula adalah 2.4
meter (94.5”) diameter. Sehubungan itu telescope Webb adalah berukuran 6.5
meter (255.6”), namun ia bukan berbentuk kanta biasa yang bulat. Ia sebenarnya
terdiri daripada pecahan-pecahan kanta yang mengumpul cahaya yang membentuk
kanta primernya. Dengan mempunyai kanta utama yang lebih besar, lebih banyak
cahaya yang dapat dikumpulkan daripada objek yang jauh dan mendapatkan gambar
yang lebih jelas. Seperti yang kita ketahui, kejayaan telescope Hubble selama
ini telah banyak membantu penemuan-penemuan baru yang berkaitan dunia astronomi
yang mustahil dilakukan daripada telescope di permukaan bumi.
Perbezaan saiz kanta primer telescope angkasa |
Sehubungan itu terdapat satu lagi usaha
yang untuk membina sebuah lagi telescope yang dikenali sebagai Membrane Optical
Imager for Real-Time Exploitation (MOIRE) yang akan di tempatkan di ruang
angkasa. Telescope ini akan berada di ruang angkasa pada jarak 22,000 batu dari
permukaan bumi dan ianya akan menghala ke arah bumi. Ianya lebih bertujuan
untuk mendapatkan gambaran permukaan bumi berbanding angkasa dan ianya juga
dibangunkan dengan pembiayaan yang dikeluarkan oleh DARPA.
Apa yang menariknya telescope ini merupakan
telescope terbesar yang akan berada di ruang angkasa dengan saiznya menjangkau
20 meter diameter. Jadi untuk membangunkan telescope sebesar ini dan diletakkan
di ruang angkasa memerlukan satu kaedah yang jauh berbeza sari segi peralatan,
teknik penghantaran dan keseluruhan telescope tersebut. Banyak perkara yang
menarik mengenai telescope ini selain daripada saiznya sahaja kerana ia berbeza
sekali dengan telescope-telescope yang lain.
Oleh kerana saiznya yang terlalu besar ia
akan dilipat seperti payung semasa dilancarkan di dalam roket ke angkasa.
Apabila sampai ke orbit di ruang angkasa barulah ianya dibuka bersama lelengan
teleskop yang panjangnya kira-kira 60 meter. Ianya adalah jarak untuk kanta
utama menumpukan cahaya bagi membolehkan gambar diambil. Apa yang menarik kanta
utama ini terdiri daripada kepingan kanta-kanta kecil yang menumpukan cahaya
kepada bahagian utama keseluruhan system telescope tersebut.
Berbeza dengan telescope yang lain yang
mengunakan kaca sebagai bahan utama untuk kantanya. MOIRE menggunakan plastic untuk
menjadikan ianya lebih ringan bagi membolehkan ianya diterbangkan ke angkasa. Selain
itu juga kanta ini telah dipertingkan efisyensinya berbanding plastik biasa
bagi meningkatkan kualiti telescope yang dihasilkan. Melalui pencapaian ini
tahap tersebut dapat digandakan hampir dua kali ganda iaitu daripada 30 peratus
kepada 55 peratus. Ini membolehkan ianya digunakan untuk telescope MOIRE itu
nanti.
Antara kanta yang digunakan untuk MOIRE |
Sehingga ini MOIRE mejalankan beberapa
ujian akhir untuk memastikan misi ini Berjaya dialankan ter masuk pengujian di
permukaan bumi dan juga pelancaran telescope berukuran 10 meter ke orbit.
Kejayaan penggunaan teknologi pemfabrikasi optik ini adalah dengan bantuan kepakaran
daripada Lawrence Livermore yang membolehkan telescope bersegmen dilakukan.