Japanese Spider Crab adalah spesis ketam gergasi yang mempunyai bentuk yang unik dan boleh mencapai bukaan kaki sehingga saiz 3.8 meter dan berat sehingga 19 kilogram. Ia dikenali sebagai Japanese Spider Crab kerana terdapat berhampiran dengan kepulauan Jepun. Perbezaan antara jantina pula, ketam yang jantan memiliki kaki yang lebih panjang dengan cengkerang yang lebih keras berbanding yang betina.
Ketam ini biasanya terdapat di bahagian Selatan kepulaun Jepun iaitu Pulau Honshu, dari Teluk Tokyo sehinggalah ke Wilayah Kagoshima. Terdapat juga populasi yang dijumpai di sekitar Wilayah Iwate dan sekitar Su-ao di Taiwan. Ketam-ketam ini tinggal di kedalaman sehingga 600 meter (2,000 kaki) dalam sehingga ke 50 meter (160 kaki). Ini menyebabkan ianya jarang dijumpai di perairan yang cetek.
Dengan saiz dan lelengan yang panjang ketam ini sememangnya dikatakan boleh mengakibatkan kecederaan kepada anggota manusia – ya, dengan pantas. Ia juga amat digemari di beberapa kawasan di Jepun. Penangkapan ketam-ketam ini juga semakin berkurangan setiap tahun dan para nelayan perlu ke perairan yang lebih dalam untuk menangkap ketam-ketam ini. Walaubagaimanapun langkah-kangkah penjagaan melarang penangkapannya pada musim bunga iaitu semasa penghijrahan ketam ke perairan cetek untuk musim pembiakan. Saiz ketam yang ditangkap biasanya adalah sekitar 1.0 – 1.2 meter (3’3’’ – 3’11”).