Memaparkan catatan dengan label Emperor Penguin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emperor Penguin. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2015

Mikro Post: Emperor Penguin

Emperor penguin colony
Kumpulan Emperor penguin dengan anak mereka yang telah menetas.

Emperor Penguin merupakan burung penguin terbesar di dalam kumpulan burung-burung penguin dengan beberapa perbezaan ketara daripada penguin-penguin yang lain. Mencapai saiz sehingga 115 cm (45 in) dan berat sehingga 40 kg apabila dewasa. Saiz ini apabila berdiri akan mececah sehingga separuh dari ketinggian seorang lelaki dewasa.

Burung Emperor Pengguin (Aptenodytes fosteri) terdapat di Antartika dan rupa bentuk antara burung penguin jantan dan pengguin betina adalah sama sahaja dengan warna gabungan hitam oren, kuning dan putih. Tinggal di persekitaran yang amat sejuk burung penguin ini mempunyai bulu yang kalis air selain kakinya yang mempunyai selaput renang seperti juga burung-burung air yang lain. Manakala dari segi usia pula burung penguin ini boleh mencapai usia sehingga 15 – 50 tahun.

Perbandingan saiz Emperor penguin dan manusia.

Burung Emperor Penguin memilih musim bertelur pada musim sejuk berbanding dengan spesis yang lain yang bertelur pada musim yang panas. Lokasi tempat kumpulan penguin ini bertelur terletak 50 – 120 kilometer mengharungi permukaan berais. Jadi sebaik sahaja selepas bertelur tugas penjagaan telur ini akan dilakukan oleh penguin jantan bagi membolehkan penguin betina kembali ke laut untuk mencari makanan. Keseluruhan perjalanan ini sehingga ia kembali semula kepada kumpulannya boleh mengambil masa sehingga dua bulan. Iaitu masa yang hampir sama untuk telurnya dieramkan oleh penguin jantan.

Burung penguin tidak duduk di atas telur-telur mereka sepertimana burung-burung lain, tetapi meletakkan terlur tersebut di antara kedua kakinya dan memanaskan terlur tersebut pada bahagian bulu khusus (kantung pengeram) untuk memanaskan terlur tersebut ia dikenali sebagai ‘brood pouch’. Selama tempoh ini, penguin jantan tidak akan mencari makanan melainkan menghabiskan masa menunggu telur mereka.

Penguin betina perlu memastikan anaknya sentiasa panas.

Penguin betina pula akan kembali kepada kumpulan mereka apabila anak-anak penguin selamat menetas. Pada waktu ini kumpulan penguin-penguin jantan pula akan ke laut untuk mencari makanan. Penguin betina juga akan memanaskan anak mereka sama seperti penguin jantan memanaskan telurnya untuk tujuan penetasan. Anak penguin akan mati kesejukan dalam tempoh beberapa minit sahaja sekiranya tidak berapa dalam kantung tersebut sehingga menjelang musim panas di Antartika apabila anak-anak burung penguin telah mencapai tahap umur dimana ia boleh mencari makanan sendiri di laut.







Free Download




Arkib Blog