Dutch WindWheel yang menggunakan EWICON sebagai sumber tenaga. |
EWICON adalah singkatan bagi ‘Electrostatic WInd Energy CONverter’ yang amat unik kerana tidak menggunakan motor sepertimana kaedah penghasilan elektrik convensional (selain daripada tenaga solar atau battery). Kaedah penghasilan tenaga oleh EWICON lebih menjimatkan kerana kos penyelenggaraan yang lebih rendah.
Tidak seperti penghasilan tenaga menggunakan angin yang menggunakan turbin (kipas) EWICON menghasilkan tenaga daripada zarah-zarah bercas yang dipindahkan oleh angin mengikut arah yang bertentangan daripada medan elektrik. Ia juga mirip kepada ‘electrospraying’ kerana memerlukan zarah-zarah bercas yang disembur bagi memastikan ianya diterbangkan oleh angin ke arah pegumpul cas.
Gambarajah Dutch WindWheel yang dicadangkan. |
Keseluruhan sistem ini memerlukan sumber tenaga luar iaitu battery, pengubah (inverter), punca HVDC (High Voltage DC), pam dan juga sistem pengecas. Kesemua komponen ini diletakkan pada plat logam dan disokong oleh insulator seramik. Plat logam berinsulator ini akan bertindak sebagai kapasitor, yang akan dicas apabila cas daripada zarah-zarah air bercas, menyahcas padanya.
Antara kebaikan EWICON adalah ia boleh direka mengikut kesuaian lokasi – boleh direka dengan pelbagai bentuk, saiz dan ditempatkan di mana sahaja terutama di bahagian-bahagian bandar. Tanpa menggunakan mekanisma seperti kipas dan motor, EWICON tidak mendatangkan masalah seperti pencemaran bunyi mahupun penggunaan ruang yang besar.
Prototype EWICON berskala kecil yang dipasang. |
Pembangunan teknologi ini dijalankan oleh pengkaji di Delft University of Technology iaitu Johan Smith dan Dhiradi Djairam. Setakat ini EWICON telahpun direka dan diuji dalam skala yang kecil dibangunkan oleh Mecanoo Architects dan dipasang di hadapan fakulti Electrical Engineering, Mathematics and Computer Science di Delft University of Technology - Delft University of Technology sebelum ini terkenal dengan sumbangannya kepada kemajuan sistem sel solar.
Melalui beberapa kejayaan prototype bersail kecil yang dijalankan usaha untuk mendapatkan tajaan bagi membinanya pada skala yang lebih besar terus dijalankan. Terdapat juga ura-ura pembinaan sebuah penempatan yang akan menempatkan EWICON sebagai pembekal kuasa utamanya. Ia merupakan satu usaha yang menarik kerana penggunaan teknologi ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran – berbanding penghasilan tenaga dengan kaedah yang lain.
Diharap dengan inovasi ini lebih banyak kaedah penghasilan tenaga yang bersih dan selamat dapat diketengahkan. Semoga usaha berterusan para pengkaji dan mungkin juga orang persendirian dapat mencuba idea masing-masing untuk sumber tenaga akan datang.