Memaparkan catatan dengan label DHA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DHA. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Jun 2015

Keunikan Ikan Sardin

Sardin (sardine), berenang dalam satu kumpulan yang amat besar.

Sardin merupakan ikan kecil yang menjadi makanan utama ikan-ikan besar dan juga tangkapan bagi manusia. Mendiami perairan bersuhu sederhana, sardin telah menajdi sebahagian sumber perikanan penting kepada manusia sejak dahulu lagi.

Sardin merupakan spesis ikan yang tergolong di dalam family ‘herring’ iaitu Clupeidae. Gelaran sardin yang diberikan kepada ikan ini mula digunakan pada abad ke-15 kerana ia terdapat banyak di kepulauan Mediterranean iaitu  Sardina.

Sardin juga dikenali sebagai ‘pilchards’ atau ada juga yang memperkelaskan sardin sebagai ‘philchards’ yang bersaiz kurang daripada 6 inci (15 cm). Namun terdapat sekurang-kurangnya 21 spesis sardin yang mengikut standard FOA/WHO yang tersenarai di dalam industri pengetinan sardin.


Sardin popular sebagai ikan dalam tin.

Sardin sebenarnya merupakan spesis ikan yang amat kaya dengan khasiat terutama minyak Omega-3 dan juga asid lemak yang dikenali sebagai EPA dan DHA yang juga berfungsi untuk mengurangkan kadar triglycerides dan colesterol di dalam darah. Selain itu juga ia turut mengandungi lebih 50% daripada nutrient harian penting kepada manusia.

Sebagai ikan yang berada di bawah pyramid makanan, sardin merupakan punca zat makanan ikan-ikan spesis karnivor yang menjadikan ia sebagai makanan seperti tuna dan juga ikan-ikan besar yang lain. Oleh itu ia lebih banyak mengandungi zat berbanding racun seperti mercury (yang terdapat di dalam tuna).

Sardin terdapat di dalam beberapa genus;

Genus Dussumieria
  • Rainbow sardine (Dussumieria acuta)
  • Slender rainbow sardine (Dussumieria elopsoides)

Genus Escualosa
  • Slender white sardine (Escualosa elongata)
  • White sardine (Escualosa thoracata)

Genus Sardina
  • European pilchard (true sardine) (Sardina pilchardus)

Genus Sardinella
  • Goldstripe sardinella (Sardinella gibbosa)
  • Indian oil sardine (Sardinella longiceps)
  • Round sardinella (Sardinella aurita)

Genus Sardinops
  • South American pilchard (Sardinops sagax)
Sardin adalah ikan yang diperkaya dengan Omega-3, EPA dan DHA.

Sardin bukanlah ikan yang diminati ramai (harga yang rendah), walaupun ia merupakan ikan yang paling popular ditinkan. Ikan ini juga ditangkap untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan yang diternak seperti Salmon, Kerapu, Tuna dan lain-lain. Namun begitu khasiat sardin sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding ikan-ikan tersebut. Minyak daripada ikan sardin juga turut digunakan untuk industri seperti penghasilan cat, varnish dan linoleum.

Ikan sardin seperti juga ikan-ikan kecil yang lain berenang secara berkumpulan di dalam air untuk mencari makanan. Ia merupakan teknik biasa bagi ikan-ikan kecil untuk mengelakkan daripada pemangsa semasa berenang di perairan yang kaya dengan plankton yang menjadi makanan mereka. Namun biasanya kumpulan ini akan diserang juga oleh pelbagai pemangsa dari pelbagai jenis hidupan termasuk tuna, dolphin, pari, jerung malah juga burung.


Tragedi kematian ikan di pantai Namibia.

Namun kepentingan sardin lebih daripada itu. Tragedi yang menyebabkan kematian ikan-ikan di pantai Namibia misalnya adalah disebabkan oleh penghasilan hydrogen sulfide dan juga methane dari dasar laut yang berpunca daripada proses pereputan plankton – tanpa sardin (yang ditangkap berlebihan semenjak 1970-an) plankton ini mendap di dasar laut dan mereput. Kitaran ini akan terus berulang sekiranya tiada ikan-ikan yang mampu mengurangkan plankton tersebut – pbs.org

Jadi itulah sebabnya mengapa spesis-spesis seperti sardin ini dijadikan dalam satu kumpulan yang besar dengan banyaknya. Kerana selain mempunyai tugasan yang amat penting (membersihkan plankton-plankton tersebut), ia juga kan menjadi sumber makanan kepada ikan-ikan dan burung. Sehinggalah manusia memburu mereka secara berlebihan dan mengganggu keseimbangan tersebut.

Apapun sementara ikan ini masih terdapat di pasaran (segar ataupun tin) jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan khasiat-khasiat penting ikan ini seperti Omega-3, EPA dan DHA yang boleh disediakan dengan mudah seperti sandwich sardin.

Rujukan:

Free Download




Arkib Blog