Bugatti Veyron Super Sport. |
Kereta merupakan lambang
status kejayaan seseorang dalam budaya kehidupan masyarakat hari ini. Walaupun
ia lebih kepada pilihan masing-masing tetapi masyarakat umum masih mengaitkan
kejayaan dan kereta sebagai salah satu lambang yang berkait rapat. Sehubungan
itu memiliki kereta terpantas di dunia merupakan impian hampir setiap individu.
Sehingga pada
tahun ini 2014 kereta terpantas di atas jalan raya masih lagi dipegang oleh
Bugatti Veyron Super Sport yang menyandang gelaran ini sejak tahun 2010 lagi
dengan keupayaan mencapai kelajuan maksima sehingga 267 mph (431 kmh). Ia juga
mampu memecut dari 0 – 60 mph dalam masa 2.4 saat – satu pecutan yang boleh
mengakibatkan anda terlekat pada kerusi pemandu ataupun penumpang.
Bagi memberikan
Veyron kuasa yang mampu memberikannya pecutan yang begitu tinggi ia dilengkapi
dengan engin ‘quad-turbocharged W16 engine’ atau bersamaan dengan dua engin V8
yang membentuk W berbanding ‘V’ – ini menjadikan ia dilengkapi dengan 64 valves
(injap) untuk melengkapi 16 pistonnya.
Engin Bugatti Veyron Super Sport. |
Engin Veyron yang
unik ini mampu menghasilkan 1200 HP (kuasa kuda) – iaitu 200 HP lebih
berbanding model sebelumnya. Kadar penggunaan minyak secara purata adalah 24.9 liter/100
km. tetapi penggunaan minyaknya amat tinggi bagi pemanduan di kawasan bandar.
Tambahan pula engin kereta ini tergolong dalam kumpulan ‘G’ bagi kategori ‘Engine
Efficiency’.
Sebagai
penyandang kereta terpantas dunia Bugatti Veyron juga menjadi antara kereta
termahal dengan harga mencapai USD 2.4 juta. Begitu juga kesemua servis seperti
penukaran tayar hanya boleh dilakukan di Perancis. Satu set tayar adalah
berharga USD 25,000 manakala kos penukaran tayar akan menelan belanja USD
70,000. Oh, saya hanya akan menggunakan kereta ini jika tinggal di Perancis!
Termasuk antara
model-model lain dalam rangkaian Bugatti adalah Veyron, Grand Sport, Super
Sport dan Vitesse. Kesemua kereta yang dihasilkan adalah mengikut kehendak
pelanggan seperti model yang dihasilkan khas untuk Hermes – Bugatti Veyron Fbg
par Hermes.
Itulah serba
sedikit mengenai kereta pujaan ramai atau lebih dikenali sebagai Bugatti
Veyron. Apa yang penting selain daripada mengenali kereta terpantas ini kita
juga mengetahui tentang teknologi yang mampu menghasilkan mesin sehebat Veyron.
Mungkin selain daripada memiliki Veyron ada lagi perkara yang lebih penting
untuk kita ketahui – teknologi mampu menghasilkan segalanya.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|