Pemasangan panel solar pada jambatan terbesar pada Stesyen Blackfriars, London. |
Tenaga solar merurapakan antara tenaga yang cuba digunakan dalam usaha mencari tenaga ganti bagi menggantikan sumber bahanapi seperti petroleum dan arang batu. Negara-negara maju seperti US dan Britain mempertingkatkan jumlah kawasan penghasilan tenaga solar mereka dalam menunjukkan kesungguhan mereka dalam menghasilkan tenaga daripada pancaran matahari.
Baru-baru ini sebuah jambatan solar terbesar telah disiapkan di London. Dikenali sebagai Blackfriars Bridge yang juga merupakan sebahagian daripada Stesyen Blackfriars dilengkapkan dengan 4,400 panel photovoltan (photovoltaic) dikatakan dapat mengurangkan pembebasan karbon daripada syesyen tersebut sebanyak 563 ton setahun. Kerja-kerja pembinaan stesyen ini bermula semenjak 2009 lagi dan telahpun digunakan semasa Olimpik 2012. Manakala penyusunan panel-panel solar siap dilakukan pada Mac 2013. Kerja-kerja akhir pengubahsuaian juga telah selesai dijalankan.
Pemasangan panel solar merupakan sebahagian daripada perancangan pembesaran stesyen tersebut bersama dengan penambahan pintu masuk baru dari sebelah Selatan Sungai Thames, empat platform baru dan pembaik pulihan stesyen-stesyen di bawah tanah. Stesyen ini diberikan keutamaan dalam usaha Program Thameslink yang memakan belanja £6.5 billion (USD 10.72 billion) memandangkan ia merupakan laluan tersibuk sepanjang laluan dari Utara ke Selatan yang melalui tengah London.
Solar panel yang digunakan adalah dari jenis Panasonic 250 Wp yang meliputi kawasan seluas 6,000 meter persegi (19,685 kaki persegi). Keupayaan maksimum penghasilan elektrik dianggarkan boleh mencapai sehingga 1.1 MWp (Megawatt peak) dan dijangkakan mampu menghasilkan 900,000 kWh tenaga elektrik setahun – melebihi separuh daripada penggunaan tenaga yang diperlukan oleh stesyen tersebut.
Penjanaan tenaga angin juga turut dibina di Devon, England. |
Usaha memperluaskan penjanaan tenaga melalui sumber boleh diperbaharui di Britain bukan sahaja menumpukan pada penggunaan tenaga solar, malah penjanaan menggunakan angin dan tenaga ombak juga turut diperluaskan. Walaubagaimanapun perlaksanaan teknologi baru ini masih mengalami pelbagai cabaran dalam pembinaannya.
Daripada pengamatan anda, teknologi manakah yang paling berpotensi untuk dilaksanakan di negara kita Malaysia? Atau adakah kita akan terus bergantung kepada sumber bahanapi seperti pertroleum dan arang batu atau tenaga hidrolektrik dan nuclear yang mana semuanya mempunyai impak tersendiri kepada alam?