BBC Micro yang digunakan pada 1980-an. |
Hari ini komputer menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan seharian
kita. Samada daripda komputer berbentuk Komputer Peribadi (personal computer) di rumah sehinggalah kepada telefon pintar
(smart phone) yang digunakan oleh sebahagian besar daripada kita. Ramai yang
biasa menggunkan peralatan komputer/berkomputer namun dalam masa yang sama
tidak ramai yang boleh menjadikan ianya berfungsi sebagaimana dikehendaki iaitu
melalui pemprograman (programming).
Baru-baru ini BBC mengumumkan akan mengagihkan sehingga sejuta unit
mikro-komputer untuk kanak-kanak yang berumur 11 tahun di serata UK bagi
memastikan mereka mendapat pendedahan kepada dunia pemprograman. Dianggarkan
jumlah keperluan pemprogram (programmer)
akan terus meningkat di masa-masa akan datang dan jumlah mereka yang
berkemampuan untuk tujuan ini semakin berkurangan.
Raspberry Pi, merupakan komputer mini pada kos yang berpatutan. |
Ini bukanlah kali pertama BBC melakukan usaha seperti ini malah kali
pertama ianya dilakukan adalah padatahun 1980 dengan projek yang dikenali
sebagai BBC Computer Literacy Project dengan mewujudkan sebuah rancangan yang
dikenali sebagai The Computer Programme.
Melalui syarikat Acorn Computers sebuah komputer baru direka dan dinamakan sebagai
BBC Micro yang digunakan dari tahun 1981 sehinggalah pada tahun 1994.
Oleh kerana komputer ini mempunyai kelajuan yang amat terhad – sesuai untuk
digunkan untuk teknologi perkomputeran pada awal pengenalan komputer, ianya
digunakan untuk tujuan pemprograman sahaja. Malah BBC turut mempunyai bahasa
pengatucaaran sendiri yang dikenali sebagai BBC Basic. Pada masa tersebut
antara bahasa pengatucaraan yang biasa digunakan adalah Microsoft Basic, ISO
Pascal, S-Pascal, BCPL, Forth, LISP, Logo, Turtle Graphics, Micro-PROLOG,
COMAL, Microfocus CIS COBOL.
Arduino untuk fungsi pemprograman mudah. |
Berbalik kita kepada projek yang akan dilakukan oleh BBC kali ini agak jauh
berbeza. Hari ini komputer mempunyai keupayaan yang lebih tinggi disamping kos
penghasilan yang jauh lebih murah. Namun begitu keperluan kepakaran pemprogram
(programmer) juga semakin berkurangan
untuk mengolah kemampuan komputer/peralatan berkuasa tinggi di masa-masa akan
datang.
Kali ini BBC akan bekerjasama dengan lebih banyak organisasi bagi
memastikan komputer yang akan dibekalkan nanti mampu berdaya saing untuk
keperluan pasaran dalam jangka panjang. Antara organisasi terlibat termasuklah
ARM, British Computing Society, Freescale, Google, Microsoft dan Samsung untuk
mewujudkan satu lagi revolusi media digital. Bersama-sama dengan
organisasi-organisasi ini sebuah peranti baru direka khas yang dikenali sebagai
Mirco Bit untuk membantu golongan muda mempelajari coding dan memprogram
basics.
Galileo seperti juga Raspberry tetapi lebih mahal. |
Walaupun peralatan sebenar masih belum lagi dikeluarkan, namun BBC telah
mengumunkan bahawa peralatan tersebut akan lebih menyerupai komputer Pi yang
mudah dipadankan dengan peralatan-peralatan lain seperti Arduino, Galileo, Kano
dan Raspberry Pi (juga boleh dipadankan dengan Micro Bit yang lain). Ia akan
dilancarkan menjelang September ini dan bersesuaian dengan beberapa perisian
pemprogramman seperti Touch Develop, Python dan juga C++.
Sejajar dengan ini BBC turut akan mengadakan kursus khas untuk melengkapkan
latihan yang akan membantu para pelajar mempelajari pemprograman dengan lebih
berkesan melalui pejabatnya di Birmingham dan seterusnya ke seluruh negara.
Itu adalah antara beberapa usaha negara maju seperti UK yang sememangnya
sudah terkenal dengan kepesatan teknologi. Manakala negara-negara lain seperti
India juga tidak ketinggalan dalam usaha membangunkan tenaga-tenaga pakar masa
hadapan mereka termasuk dalam menyediakan komputer dan harga pelan internet
yang lebih murah.
Menyedari keperluan ini samada anda ingin mengambil tahu tentang
kepentingan pemprograman atau hanya ingin terus menggunakan sahaja peralatan
komuter sebagai pengguna merupakan pilihan masing-masing. Namun begitu usaha
yang ditunjukkan oleh BBC ini merupakan satu contoh yang patut dicontohi oleh
kita yang terlalu bergantung kepada apa yang telah disediakan dan menjadi
pengguna sahaja.