Tidak semua orang suka kepada serangga - ataupun, anda tidak menyukai semua serangga! Ini kerana, serangga merupakan satu kumpulan hidupan yang sangat besar, dan mengenali kesemua jenis serangga adalah sukar. Sehingga kini hanya sekitar sejuta spesies yang berjaya dikenali dan diklasifikasikan. Manakala jumlah spesies yang dianggarkan adalah sekitar 5.5 juta spesies dan 1.5 juta daripadanya terdiri daripada spesies kumbang.
Seperti juga hidupan-hidupan yang lain, setiap serangga mempunyai fungsi yang tersendiri. Keunikan kumbang yang biasanya menjadikan tumbuhan reput sebagai tempat di mana ia bertelur dan menjadi makanan baginya sehingga dewasa - membantu proses pereputan dan membolehkan nutrient daripada tumbuhan mati tersebut kembali semula kepada tanah, bagi tumbuhan-tumbuhan baru pula tumbuh. Selain itu, anak-anak kumbang ini pula akan menjadi makanan hidupan-hidupan lain seperti burung, cicak, musang, monyet dan hidupan-hidupan lain. Kebolehan serangga membiak dalam jumlah yang besar adalah kerana, ia merupakan sumber makanan penting bagi hidupan yang lain - membiak dalam jumlah yang besar, membolehkan sebahagian daripadanya mencapai usia dewasa.
Terdapat juga serangga-serangga yang tinggal di dalam tanah. Serangga-serangga ini, secara tidak langsung mengekalkan struktur tanah supaya tetap berada dalam keadaan yang baik. Ia membolehkan pengaliran udara dan air yang lancar, sekali gus membolehkan tumbuh-tumbuhan menyerap air yang meresap ke dalam tanah. Tanpa air yang menyerap ke dalam tanah, menyebabkan tanah menjadi cepat kering, gersang dan menyebabkan kesan kemarau yang lebih teruk.
Mengapa Serangga Penting?
Seperti juga hidupan-hidupan yang lain, setiap serangga mempunyai fungsi yang tersendiri. Keunikan kumbang yang biasanya menjadikan tumbuhan reput sebagai tempat di mana ia bertelur dan menjadi makanan baginya sehingga dewasa - membantu proses pereputan dan membolehkan nutrient daripada tumbuhan mati tersebut kembali semula kepada tanah, bagi tumbuhan-tumbuhan baru pula tumbuh. Selain itu, anak-anak kumbang ini pula akan menjadi makanan hidupan-hidupan lain seperti burung, cicak, musang, monyet dan hidupan-hidupan lain. Kebolehan serangga membiak dalam jumlah yang besar adalah kerana, ia merupakan sumber makanan penting bagi hidupan yang lain - membiak dalam jumlah yang besar, membolehkan sebahagian daripadanya mencapai usia dewasa.
Terdapat juga serangga-serangga yang tinggal di dalam tanah. Serangga-serangga ini, secara tidak langsung mengekalkan struktur tanah supaya tetap berada dalam keadaan yang baik. Ia membolehkan pengaliran udara dan air yang lancar, sekali gus membolehkan tumbuh-tumbuhan menyerap air yang meresap ke dalam tanah. Tanpa air yang menyerap ke dalam tanah, menyebabkan tanah menjadi cepat kering, gersang dan menyebabkan kesan kemarau yang lebih teruk.
Rama-rama sangat terkenal dengan fungsinya sebagai ejen pendebungaan. |
'Ladybug' atau kumbang kura-kura memakan serangga perosak tanaman. |
Kebanyakan serangga juga merupakan ejen pendebungaan bagi tumbuhan-tumbuhan berbunga. Ini membolehkan tumbuhan menghasilkan buah, seterusnya membolehkan tumbuhan pula menghasilkan biji benih yang membolehkan tumbuhan-tumbuhan baru dihasilkan. Biji-biji tumbuhan ini kemudiannya ada yang diterbangkan angin, dimakan burung dan diterbangkan jauh dari pokok induknya, atau dimakan haiwan dan dicernakan berhampiran kawasan yang lebih subur dari pokok induknya. Inilah yang menjadikan hubungkait antara hidupan-hidupan ini sangat penting. Walaupun serangga merupakan hidupan yang kecil, namun fungsinya adalah sangat besar kepada keseimbangan alam.
Serangga-serangga sendiri memainkan peranan dalam mengawal keseimbangan hidupan-hidupan lain. Walaupun ada di antaranya yang menyebabkan penyakit dan mengurangkan populasi hidupan - namun bukan ini yang dimaksudkan. Pengawalan populasi di sini lebih kepada kehidupan serangga-serangga itu sendiri yang mungkin menjadikan hidupan lain sebagai sumber makanan bagi mereka. Seperti labah-labah yang menjadikan serangga-serangga lain sebagai sumber makanan, malah turut ada yang menjadikan hidupan-hidupan kecil lain sebagai sumber makanan mereka. Selain hidupan, serangga-serangga juga turut menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.
Kegunaan Serangga Kepada Manusia
Manusia telah lama menggunakan khidmat serangga dalam pelbagai aktiviti kehidupan seharian. Sepanjang pembangunan tamadun manusia, serangga mempunyai hubungan rapat dalam membantu perkembangan kualiti hidup manusia itu sendiri. Contoh yang terpaling baik adalah pertanian. Pertanian merupakan punca manusia mampu tinggal di suatu penempatan yang tetap. Di sini, serangga membantu secara tidak langsung dari segi pendebungaan tumbuh-tumbuhan yang ditanam manusia dan membolehkan penghasilan bijian baru dihasilkan untuk tanaman yang berikutnya. Selain itu juga, serangga turut menjadi makanan ternakan seperti ayam, itik dan ikan. Walaupun serangga juga merupakan sebahagian daripada musuh tanaman - namun terdapat juga serangga-serangga pemangsa yang menjadikan serangga-serangga ini sebagai makanan mereka.
Selain membantu pendebungaan tumbuhan, terdapat juga serangga-serangga yang menyediakan sumber makanan kepada manusia. Antara sumber makanan yang paling popular adalah madu. Namun begitu, kebanyakan masyarakat di dunia menjadikan serangga itu sendiri sebagai makanan seperti belalang, kumbang air, cengkerik, labah-labah, semut dan macam-macam lagi mengikut geography sesuatu kawasan. Selain serangga dewasa, anak-anak kumbang juga merupakan antara makanan popular sesetengah masyarakat.
Serangga turut menyediakan manusia dengan sumber bahan seperti sutera yang menjadi bahan utama penghasilan industri tenunan sutera. Selain sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera, sutera labah-labah juga merupakan antara bahan yang menjadi bahan idaman manusia - hari ini, sutera labah-labah cuba dihasilkan secara sintetik, dan hasilnya amat memberangsangkan!
Ulat sutera merupakan bahan makanan kepada manusia di sesetengah tempat. |
Ulat sutera dalam industri penghasilan barangan sutera. |
Manakala dalam industri perabot pula, bahan yang dikenali sebagai “shellac”, adalah dihasilkan daripada serangga yang dikenali sebagai Lac Scale (Laccifer lacca), yang kebanyakannya dihasilkan dari India. Namun begitu, ia juga turut dihasilkan di beberapa negara lain seperti Thailand, China, Mexico, Bangladesh, Myanmar, Laos dan Vietnam. Shellac amat penting dalam industri perabot kerana ia bukan sahaja memberikan kemasan yang baik, malah turut mengelakkan perabot-perabot daripada dirosakkan oleh serangga-serangga lain.
Dalam penghasilan bahan industri, lebah sekali lagi menyediakan sumber seperti lilin lebah (beeswax), yang digunakan dalam penghasilan produk seperti minyak sapuan (ointments), bahan penggilap, penggilap kasut dan juga penghasilan lilin. Sebahagian besar lilin lebah turut digunakan dalam penghasilan bahan kosmetik seperti losyen, krim dan juga lipstik.
Malah bahan pewarna juga turut dihasilkan daripada serangga dalam penghasilan pelbagai bahan seperti pewarna bagi kosmetik, pewarna makanan, ubatan dan minuman. Walaupun mendapat persaingan daripada pewarna sintetik moden - yang ternyata bersifat carninogenic, menyebabkan penggunaan bahan pewarna dari serangga ini masih diperlukan. Tanin juga merupakan bahan yang boleh dihasilkan daripada ‘insect galls’, iaitu ketumbilan pada tumbuhan yang dihasilkan oleh serangga yang digunakan dalam proses penyamakan (tanning) barangan kulit dan juga dalam penghasilan dakwat kekal yang berkualiti.
Hari ini juga serangga seperti lalat ‘Black Soldier Fly’ (BSF), merupakan serangga penting yang digunakan dalam pelupusan sisa bahan organik. Selain itu juga, lalat-lalat ini turut menjadi sumber makanan kepada binatang ternakan, secara terus ataupun diproses. Makanan yang dihasilkan daripada lalat-lalat BSF adalah amat baik bagi tumbesaran haiwan ternakan, kerana ianya menyediakan bekalan protein yang tinggi. Industri ternakan lalat BSF boleh dilakukan secara kecil-kecilan atau besar-besaran - bergantung kepada pengusaha itu sendiri.
'Insect galls', merupakan bahan penting dalam industri kulit dan dakwat. |
'Lac Scale', yang menghasilkan bahan untuk menghasilkan 'shellac' yang penting dalam industri perabot. |
Masa Depan Serangga
Hari ini kehidupan serangga-serangga amat terancam oleh pelbagai faktor. Selain daripada kehilangan habitat, serangga samada dibunuh dengan sengaja ataupun tidak disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia seperti pertanian, pembangunan dan pembalakan menyebabkan kematian banyak serangga. Cara hidup manusia seperti penggunaan lampu-lampu pada waktu malam juga merupakan penyumbang kepada kepupusan jumlah serangga yang besar. Pembukaan tanah-tanah pertanian pula menyebabkan banyak spesies-spesies tumbuhan penting yang menjadi habitat serangga-serangga ini pupus. Penggunaan racun serangga membunuh bukan sahaja serangga perosak, malah serangga-serangga lain yang memberikan manfaat kepada manusia. Racun rumpai misalnya, walaupun tidak membunuh serangga secara terus, ia menyebabkan kehilangan banyak spesies tumbuhan yang menjadi sumber makanan atau tempat tinggal serangga-serangga ini.
Banyak tindakan kita yang merosakkan hidupan yang membawa kebaikan kepada kita. Walaupun ia kelihatan seperti membawa kebaikan, sebaliknya memberikan banyak keburukan - bagi jangka masa panjang. Pembangunan dan kemajuan merupakan suatu perkara yang amat baik, namun kemajuan dalam memahami kepentingan dan kaitan hidupan di dalam alam adalah lebih penting - dan menjamin kehidupan yang lebih sejahtera. Semoga ia menjadi objektif pembangunan kita, pada masa akan datang.
Rujukan:
1) Wikipedia: Insects
2) Wikipedia: Lac
3) Smithsonian: Benefits of Insects to Humans
4) Smithsonian: Insects as Food for Humans
5) Smithsonian: Insect and Mite Galls
6) Treesforlife.org.uk
7) Finedininglovers.com