Tarantula bukan sahaja bersaiz besar, malah merupakan labah-labah yang cantik. |
Labah-labah merupakan antara serangga yang ditakuti ramai dan beberapa kali ditampilkan di dalam artikel-artikel kami merangkumi beberapa tajuk. Terdiri dari pelbagai family dan spesies, labah-labah tarantula merupakan dari keluarga yang mempunyai saiz terbesar. Walaupun ia sudah tentu menakutkan bagi mereka yang sememangnya takut akan hidupan ini, ia tidaklah membawa maut seperti labah-labah berbisa Funnel-web Spiders (family Dipluridae) dan yang paling terkenal adalah Black Widow Spider (Latrodectus mactans).
Walaupun ia tarantula lebih terkenal di benua Amerika Selatan dan Amerika Utara, kumpulan labah-labah ini sebenarnya turut mempunyai taburan di Benua Afrika, Asia Tenggara dan Australia. Labah-labah tarantula dari family Theraphosidae merupakan antara spesies yang berkembang di serata dunia kerana ia wujud ketika permukaan bumi terbentuk benua besar yang dikenali sebagai Gondwana. Apabila pergerakan kerak bumi mula berlaku, ia terbahagi kepada beberapa spesies mengikut benua masing-masing. Walaupun kebanyakan saiz tarantula adalah besar, ada juga antaranya yang bersaiz agak kecil, dan sebaliknya labah-labah dari spesies yang lain juga disangkakan tarantula kerana saiznya yang besar. Sehingga kini, kumpulan labah-labak dari family tarantula dibahagikan kepada 148 genus yang mengandungi 1,236 spesies.
Labah-labah tarantula kebiasaannya jarang ditemui kerana ia memilih habitat yang jauh daripada manusia. Selain itu juga ia merupakan hidupan yang memburu pada waktu malam. Tidak seperti labah-labah yang lain, ia tidak menggunakan benang labah-labah untuk membuat sarang bagi menangkap makanannya - sebaliknya ia menggunakan teknik memburu. Namun begitu ia masih mampu menghasilkan bebenang sutera yang digunakan untuk melapisi permukaan sarang, selain menyediakan kantung bagi melindungi telur-telurnya sebelum menetas.

Black widow, merupakan labah-labah berbisa yang terkenal. |
Funnel-web spider, labah-labah berbisa dari Australia. |
Goliath birdeater, merupakan labah-labah terbesar. |
Tarantula terbesar dikenali sebagai goliath birdeater (Theraphosa blondi) yang berasal dari Venezuela dan Brazil, telah direkodkan mempunyai berat mencapai 170 g (6.0 oz) dan berukuran 30 cm (12 in) dari hujung kaki ke hujung kaki. Daripada namanya sendiri, labah-labah ini turut menjadikan burung-burung kecil sebagai makanan bagi mereka. Antara lain makanan labah-labah ini termasuklah hidupan-hidupan kecil seperti tikus, katak, ular, cicak, serangga-serangga yang besar dan turut menjadikan arthropod lain sebagai makanan nya.
Walaupun mempunyai musuh yang kurang, namun tarantula turut mempunyai musuhnya yang tersendiri. Sejenis wasp yang dikenali sebagai pepsis wasps, mampu menyengatkan labah-labah ini dan menjadikan ianya lumpuh. Labah-labah ini kemudiannya akan dibawa ke dalam lubang - di mana, wasp akan bertelur pada badan labah-labah tersebut. Telur yang menetas akan membolehkan anak wasp menjadikan labah-labah ini sebagai sumber makanannya sehingga ia sedia untuk bertukar menjadi kepompong dan menjadi dewasa. Selain daripada wasp, hidupan -hidupan lain yang bersaiz besar juga seperti cicak, burung, ular dan katak, turut menjadikan tarantula sebagai makanan mereka. Selain daripada itu terdapat juga beberapa mamalia yang turut menjadikan tarantula sebagai makanan mereka, antaranya coati, kinkajou, opossum, mongoose dan honey badger.
Labah-labah menunjukkan ianya merasa terancam. |
Sarang labah-labah tarantula, menunjukkan kesan sisa makanan. |
Labah-labah ini jarang sekali meninggalkan sarangnya. Ia akan hanya berbuat demikian sekiranya tempat tinggalnya diganggu selain - apabila ia mencari pasangan. Ia merupakan masa di mana, ia mungkin berhadapan dengan musuh termasuk manusia. Labah-labah ini mempunyai bebulu yang boleh mengakibatkan kulit merengsa (urticating hairs) dan ia menjadi bertambah buruk sekiranya terkena pada bahagian mata dan masuk ke lubang pernafasan. Kaedah pertahanan ini kebiasaannya digunakan oleh spesies tarantula dari Benua Amerika dan tidak bagi tarantula di benua-benua lain yang akan mengangkat bahagian hadapannya bagi memberi amaran. Walaupun bisa tarantula tidak membawa maut, ia masih mengakibatkan rasa sakit - seperti disengat lebah.
Oleh kerana saiznya yang besar dan usianya yang panjang, labah-labah tarantula juga merupakan antara haiwan peliharaan yang popular. Ia bagaimanapun merupakan haiwan yang dilindungi - dan aktiviti penangkapan hidupan ini merupakan aktiviti haram yang mengakibatkan ia hampir mengalami kepupusan. "Mexican red-knee tarantula" atau juga dikenali sebagai Brachypelma smithi, merupakan tarantula yang digemari sebagai haiwan peliharaan kerana fizikalnya yang menarik dengan warna yang gelap disamping warna oren terang pada bahagian segmen kakinya. Ia merupakan spesies yang berasal dari Mexico, Costa Rica, Guatemala.
Singapore Blue, mempunyai warna yang menarik. |
Bagi tarantula yang terdapat di bahagian Asia Tenggara, khususnya Malaysia pula termasuklah dari genus Birupes, Coremiocnemis, Lampropelma, Lyrognathus, Omothymus dan Psednocnemis. Lampropelma violaceopes, atau juga dikenali sebagai Singapore Blue turut terdapat di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan labah-labah yang tinggal di atas pokok (Arboreal) dan mampu mencapai ukuran sehingga 28cm (11 inch). Ia mempunyai warna biru yang sangat menarik, namun akan bergerak dengan pantas bagi mengelakkan daripada dikesan musuh. Tidak mempunyai bebulu miang (urticating hairs), ia menggunakan bisanya apabila terdesak. Ia juga mempunyai bisa yang lebih kuat berbanding spesies tarantula yang lain.
Mengetahui bahawa tarantula berada di kebanyakan kawasan, maka anda mungkin berpeluang terserempak dengan nya di kawasan liar. Sekiranya anda berhadapan dengan hidupan ini, pastikan anda tidak mengganggunya. Labah-labah ini tidak akan mengambil risiko berhadapan dengan manusia dan menunjukkan reaksi sekiranya merasa tidak selamat. Jarakkan diri anda daripada mereka bagi membolehkan mereka melarikan diri. Anda juga boleh mempelajari mengenai lain-lain spesies tarantula daripada rujukan yang digunakan untuk artikel ini.
Rujukan:
1) Wikipedia: Tarantula
2) National Geographic
3) Sandiego Zoo
4) SienceDirect
5) Tarantula Collective
Tiada ulasan:
Catat Ulasan