Para pengguna yang baisa membeli belah barangan keperluan daripada Pasaraya Tesco kini boleh menjimatkan masa dengan menggunakan aplikasi Scan & Shop yang didatangkan untuk kedua-dua peranti utama telefon bimbit iaitu IOS dan Android.
Penggunaan aplikasi ini bukan sahaja menjimatkan masa para pengguna semasa membuat bayaran, malah para pengguna sendiri dapat memantau jumlah perbelanjaan di sepanjang masa membuat proses pembelian. Harga barangan juga dapat diketahui dengan lebih cepat - berbanding dahulunya di mana pera pengguna perlu mengimbas barangan di stesyen-stesyen pengimbas harga yang ada kalanya tidak berfungsi dengan baik.
Bagaimana menggunakan Aplikasi Scan & Shop?
Terlebih dahulu, para pengguna perlulah memuat turun aplikasi tersebut samada bagi peranti yang menggunakan sistem operasi iOS ataupun Android. Pastikan aplikasi ini telahpun dimuat turun dengan sempurna.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pastikan anda terlebih dahulu membuat imbasan lokasi melalui aplikasi MySejahtera dan membuat imbasan suhu badan sebelum memasuki premis. Sekiranya anda telah selesai membuat persiapan memasuki premis barulah kita membuat persiapan untuk membeli barangan pula.
Pengaktifan Aplikasi Scan & Shop
Aplikasi ini perlulah diaktifkan semasa memasuki premis. Terlebih dahulu anda perlulah mengimbas kad keahlian Tesco - sekiranya anda memiliki kad keahlian ini. Namun sekiranya tidak anda boleh terus ke langkah seterusnya iaitu - membuat pembelian tanpa kad keahlian.
Langkah seterusnya anda perlu mengimbas QR kod bagi cawangan Tesco yang anda lawati - QR code ini berada di pintu masuk. Jadi sebab itulah anda perlu bersedia semasa berada di punti masuk bagi memastikan segala proses berjalan dengan lancar dan mudah. Setiap cawangan Tesco mempunyai QR kod yang tersendiri. Tanpa mengimbas kod cawangan ini, anda tidak dapat menggunakan aplikasi ini untuk membuat pembelian.
Semasa Membuat Pembelian
Semasa membuat pembelian, apa yang anda perlu lakukan adalah mengimbas barcode setiap barangan yang anda beli sebelum memasukkannya ke dalam troli. Sekiranya anda lakukan proses ini dengan betul, barangan yang berada di dalam troli ini tidak perlu dirombak semula dan sedia dibayar sepertimana jumlah yang dipaparkan pada aplikasi.
Anda boleh menyemak dan membuat rombakan sekiranya ingin membuat perubahan kepada pembelian. Segalanya boleh dibuat sebelum anda melewati kaunter pembayaran - yang mungkin akan membuatkan keadaan sedikit huru-hara. Jadi pastikan anda menyemak pembelian anda apabila tamat membuat pembelian.
Proses Pembayaran
Proses pembayaran jauh lebih pantas, walaupun anda membuat pembelian yang banyak. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pilihan “Tamat Membeli” (Finish Shopping), yang seterusnya memberikan anda barcode pembayaran. Anda hanya perlu menunjukkan barcode pembayaran ini kepada juruwang untuk membuat pembayaran. Bagi yang menggunakan kaunter Layan Diri pula, anda hanya perlu mengimbas barcode ini sebelum membuat bayaran seperti biasa.
Aplikasi Scan & Shop daripada Tesco ini ternyata dapat menjimatkan masa para pembeli terutamanya untuk proses pembayaran. Selain memanfaatkan penggunaan telefon bimbit yang telahpun menjadi peralatan kegunaan harian, ia menggalakkan lagi masyarakat untuk menggunakan teknologi terkini dalam kehidupan harian.
Adalah diharap, penggunaan aplikasi seperti ini dapat dipertingkatkan dalam menjimatkan masa proses pembelian barangan yang kebiasaannya tertumpu kepada proses pembayaran. Kebiasaannya para pelanggan perlu berbaris panjang, selain jumlah kaunter bayaran yang perlu dibuka pada waktu-waktu puncak juga adalah jauh lebih banyak. Pembangunan aplikasi seperti ini perlu dicontohi oleh pasaraya-pasaraya yang lain juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan