Halaman

Selasa, 23 Jun 2020

Sebab-Sebab Kenapa Perut Terasa Kembung Selepas Bersenam


Adakah anda berasa perut anda kembung dan lebih berat selepas bersenam? Adakah perut anda mengembang dan berasa sakit? Situasi ini memang agak mengecewakan tetapi anda bukanlah satu-satunya yang megalami situasi ini.

Selain meningkatkan tenaga, menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran anda, melakukan senaman yang keras mampu membuat kebanyakan daripada kita merasa kembung perut. Senaman keras tidak semestinya tidak elok untuk tubuh badan, tetapi membuat perubahan sederhana dalam rutin senaman dapat membantu anda menghindari dari terkena kembung perut.

Ini adalah beberapa sebab kenapa anda mengalami kembung perut.


1. Bernafas Dengan Pantas


Kembung perut selepas bersenam selalunya bukanlah disebabkan oleh makanan tetapi disebabkan oleh udara. Semasa bersenam, Semasa proses ini, sebilangan oksigen akan masuk dan turun ke esofagus dan kemudiannya melalui perut, usus dan terus ke usus besar, sekali gus membuatkan kita merasa ingin membuang angin. Ini biasanya berlaku ketika anda sedang berlari.

2. Memakan Makanan Berat


Apa yang anda makan sebelum bersenam juga memainkan peranan yang besar. Bersenam dengan serta merta selepas makan juga boleh menyebabkan masalah pada perut. Bersenam dengan perut yang penuh mampu membuatkan badan kita menjadi keliru kerana semasa bersenam, badan akan lebih fokus kepada otot daripada sistem pencernaan anda dan membuatkan anda berasa kenyang dan kembung. Dinasihatkan supaya menjarakkan selang dua jam antara waktu makan dan sesi latihan anda.

3. Dehidrasi


Kembung perut adalah tanda bahawa badan anda memerlukan lebih banyak air. Apabila badan kekurangan cecair, perut kita menyimpan air untuk mengimbangi keadaan tubuh badan. Ini boleh menyebabkan radang dan pemulihan otot yang perlahan selepas bersenam. Oleh itu, adalah amat penting untuk minum air yang sebelum dan selepas bersenam.


4. Overhidrasi


Meminum air secara berlebihan juga adalah tidak elok untuk tubuh badan. Minum terlalu banyak air dengan laju semasa sesi latihan anda boleh menyebabkan keadaan yang disebut hiponatremia. Kerana terdapat lebihan air pada tubuh badan, badan kita akan mula mencairkan natrium. Ini boleh menyebabkan badan mula menyimpan air dan membuat anda merasa tidak selesa.

5. Baru Ingin Bersenam


Sekiranya anda seorang yang baru ingin bersenam atau sudah lama tidak bersenam, mengalami kembung perut adalah perkara biasa. Apabila kita melakukan senaman yang baru yang agak mencabar, tubuh kita akan melepaskan hormon stres yang disebut kortisol, yang boleh menyebabkan tubuh anda menahan air. Tubuh kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru. Jadi, jangan risau, kembung perut akan hilang selepas beberapa minggu.


Walau apapun sebab yang menyebabkan kembung perut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian bagi mengatasi dan mengelak masalah ini dari berlaku pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan