Halaman

Rabu, 17 Jun 2020

Kenali Istilah Kpop MR AR LAR LMR

Gambar dari Mcountdown

Apabila kita lihat rancangan kpop Korea yang membincangkan tentang persembahan di atas pentas, mereka ada memperkatakan tentang MR, AR atau pun LAR. Apakah sebenarnya maksud istilah-istilah ini? Ini adalah penerangan ringkas istilah-istilah tersebut.

MR (Music Recorded)

- MR adalah seperti lagu-lagu di pusat karaoke dan ianya ala-ala 'Minus One'. Boleh dikatakan kesemua penyanyi kpop tidak menggunakan MR yang jelas. Penyanyi dinasihatkan membuat MR sendiri dan memasukkan rakaman suara sendiri yang direndahkan bunyi suara nyanyian tersebut dengan bunyi muzik yang normal. Selepas itu penyanyi akan menggunakan rakaman tersebut dan menggunakan suara 'live' yang diiringi dengan suara rakaman tadi. Teknik ini selalu digunakan oleh penyanyi-penyanyi kpop kerana ia membuatkan bunyi nyanyian mereka lebih mantap. Di Youtube sahaja ada banyak video-video yang telah dibuang MR untuk menunjukkan suara sebenar idola kpop anda ketika menyanyi.

AR (All Recorded)

AR adalah muzik yang sama seperti di dalam radio. Dengan erti kata lain, penyanyi yang menggunakan AR adalah mereka yang menggunakan teknik 'lip sync' atau 'ad lib'. Lagu-lagu mp3 yang anda muat turun atau lagu pada video muzik adalah AR.

LAR (Live Music Recorded)

- Penyanyi kpop yang buat 'lip sync' atau 'ad lib' merupakan satu  isu yang sensitif. Penyanyi selalunya akan dikecam dan dikritik dengan hebat jika satu dunia tahu mereka menggunakan AR. Idola kpop perlu membuatkan orang ramai berfikir yang mereka menyanyi secara 'live'. Jadi, di sini LAR memainkan peranan penting. LAR adalah seperti AR, cuma ditambah dengan bunyi nafas penyanyi. Penyanyi dinasihatkan untuk menyediakan LAR mereka sendiri sebelum membuat persembahan di atas pentas.

LMR (Live Music Recorded)

- Bunyi LMR adalah seperti LAR tetapi mempunyai sedikit perbezaan di antara mereka. Jika idola kpop menggunakan LAR, boleh dikatakan yang mereka menyanyi secara 'live', cuma nyanyian mereka dirakam sebelum persembahan dan mereka hanya perlu berlakon yang mereka sedang menyanyi secara 'live'. Walau bagaimanapun, penyanyi yang menggunakan LMR hanya menyanyi 'live' pada bahagian tertentu sahaja. Selalunya teknik ini digunakan oleh idola kpop yang mempunyai lagu dan tarian yang rumit ataupun pantas.

Teknik-teknik ni semua tak semestinya adalah salah idola kpop yang tak pandai menyanyi. Selalunya kerana peralatan yang ada pada sesuatu rancangan memang agak lama dan tak mencukupi. Jadi idola kpop anda terpaksa menggunakan salah satu teknik-teknik di atas untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat dan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan