|
Pho makanan yang berasal dari bahagian Utara VIetnam. |
Vietnam mempunyai pelbagai pilihan makanan yang unik seperti juga
negara-negara SE Asia yang lain. Apa yang menarik, geography Vietnam yang
memanjang dari Selatan ke Utara memberikan Vietnam banyak perbezaan dari segi
budaya, cuaca, cara hidup dan hidangan bagi kedua-dua kawasan yang terletak
jauh di antara keduanya.
Oh, makanan utama yang akan kita bincangkan hari ini adalah Pho, yang
merupakan makanan yang paling popular di Vietnam. Makanan ini sememangnya
sinonim dengan negara ini baik di bahagian Selatan mahupun di Utara. Pho adalah
makanan yang ringkas, namun boleh disediakan dengan pelbagai cara dan ianya
menjadi antara makanan Vietnam yang turut popular di luar Vietnam sendiri.
|
Pho menjadi hidangan istimewa di pinggir jalan di Hanoi. |
Jadi tidak susah sekiranya anda ingin mencuba hidangan Pho kerana ia
dihidangkan hampir di mana sahaja daripada restoran hinggalah ke gerai-gerai
kecil di tepian jalan. Di bahagian Utara ia dikenali sebagai (pho bac) manakala di bahagian ia
dikenali di Selatan sebagai (pho nam)
dengan sedikit perbezaan daripada jenis bahan yang digunakan untuk menyediakan
supnya. Walaubagaimanapun makanan ini dikatakan dibawa daripada bahagian Utara
Vietnam.
Pho terus berevolusi dengan penghijrahan rakyat Vietnam ke serata bahagian
dunia berikut kekacauan, peperangan, perpindahan kerana pekerjaan dan
sebagainya membawa bersama keunikan Pho yang digabungkan bersama bahan-bahan
masakan di kawasan baru yang didiami oleh Rakyat Vietnam. Inilah yang
menjadikan Pho satu hidangan yang luas dan mempunyai pelbagai jenis untuk
dicuba.
|
Pho dengan isi daging dan pilihan sayuran tambahan. |
|
Antara sayuran sesuai untuk dimakan bersama pho. |
Secara kasarnya Pho terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu pho bo (pho
daging) dan juga pho ga (pho ayam), dimana pho bo mempunyai variasi yang lebih
mengikut bahagian daging pada lembu yang digunakan. Jadi pho bo disediakan
bersama bahagian daging seperti;
- bò chín (daging salai masak),
- bò tái (daging mentah),
- nạm (pinggul),
- vè dòn (pinggul rangup),
- gầu (dada berlemak),
- gân (tendon),
- sách (usus/perut) dan
- bò viên (bebola daging dengan tendon).
|
Pho dengan kuah merah yang menggunakan rempah berbeza. |
|
Pho yang menggunakan sup yang lebih terang dengan daging dan sayur. |
Selain daripada memilih isi daging yang digunakan bersama pho anda, anda
juga boleh memilih pelbagai jenis ragam pho yang disediakan mengikut standard
penyediaan pho oleh restoran-restoran serata vietnam seperti;
- Nước trong (kuah sup tanpa lemak; kuah asas pho),
- Nước béo (kuah sup berlemak atau extra lemak),
- Tái sống (daging mentah),
- Ít bánh (kurang mee, "banh" dirujuk sebagai "banh pho" yang
bermaksuk mee untuk pho),
- Nhiều bánh (lebih mee),
- Ít thịt (kurang daging)
- Nước béo hành trần (sup berlemak dengan sirap bawang bersama),
- Giá chín (bersama taugeh celur),
- Không hành (tanpa bawang),
- Không hành ngò (tanpa bawang/daun ketumbar),
- Không hành tây (tanpa bawang),
- Hành giầm giấm (sirap bawang di sisi)
|
Restauran franchise Pho24 yang mempunyai banyak cawangan. |
|
Restauran phostreet dari Singapura satu lagi hasil ilham dari pho. |
Dengan mengenali akan kepelbagaian pho ini, maka tahulah anda betapa
pentingnya pho sebagai makanan harian kepada penduduk Vietnam. Walaupun
terdapat pelbagai lagi hidangan istimewa Vietnam, namun pho merupakan antara
makanan terpenting untuk dicuba apabila anda mempunyai peluang untuk
mencubanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan