|
Ga Tan sup ayam untuk membantu penyembuhan. |
Ga Tan, terdapat beberapa jenis variasi yang ditemui mengenainya. Namun
begitu kesemua variasi tersebut merujuk kepada sup yang diperbuat daripada ayam
menggunakan herba tertentu dan baik untuk kesihatan. Ga Tan juga ada yang
disediakan atau dinikmati bersama mi dan juga nasi. Jadi, mungkin Ga Tan bukan
merupakan menu pilihan, tetapi ia juga merupakan antara makanan penting apatah
lagi untuk tujuan menjaga kesihatan.
Ga Tan mungkin lebih dikenali sebagai sup ayam manis dan lebih popular di
bahagian utara, menggunakan herba-herba yang memberikan ianya rasa manis juga
dikenali sebagai tonik Vietnam. Ia dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap
kesihatan tak kira samada anda menghidap selesema, demam dan sebagainya.
Mungkin ia meningkatkan lagi tahap keupayaan badan untuk melawan penyakit.
|
Ga tan yang menggunakan ginseng dan disediakan di dalam bekas batu. |
|
Ga tan yang mengandungi sayur-sayuran atau dedaun herba. |
|
Ga tan yang mempunyai kuah gelap. |
Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan Ga Tan adalah buah ‘American dried fig’, kurma merah, kurma
manis, goji berries, longan kering, ‘pei
ji’ dan ‘yuk chuck’ yang
menyebabkan ga tan jenis ini mempunyai rasa yang manis. Namun begitu
bahan-bahan ini juga mempunyai variasi mengikut kesesuaian. Jadi untuk
menyediakan ga tan anda perlulah merujuk kepada mereka yang arif mengenai
bahan-bahan campurannya.
Kedua ga tan juga merujuk kepada
sup ayam (tonik Vietnam) yang disediakan di dalam tin minuman coke yang juga
popular di bahagian Utara Vietnam seperti Bandar Hanoi. Ga Tan membawa maksud “ayam
luruh dari tulang”. Jadi dari namanya anda mungkin dapat menggambarkan mengenai
minuman/ makanan yang dimaksudkan. Namun ia digunakan untuk merawat pelbagai
jenis penyakit sama juga seperti ga tan
yang disediakan di atas.
|
Ga tan juga biasa disediakan bersama dengan mi. |
|
Ga tan dengan mi. |
|
Menggunakan buah kelapa sebagai bekas. |
|
Ini Ga tan di dalam tin menggunakan ayam muda. |
Namun ga tan di dalam tin coke
ini mempunyai warna gelap kehijauan dan rasa yang sedikit pahit pula. Mungkin
pada variasi ini rasa pahit adalah disebabkan bahan campuran yang digunakan berbeza
daripada ga tan seperti di atas. Namun ia merupakan antara minuman popular
dengan harga sekitar 40,000 VND (USD 2.50, AUD 3.30) untuk minuman bersaiz tin
coke.
Mungkin ia kelihatan agak kurang menyenangkan bagi yang tidak biasa. Jadi
mengetahui mengenai resipinya anda boleh cuba menyediakannya sendiri. Ini
kerana, masakan ini mungkin mempunyai kebaikan seperti yang dikhabarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan