|
Chả Cá disediakan di restoran Chả Cá Lã Vọng |
Chả Cá merupakan satu lagi hidangan yang amat popular di Utara Vietnam
terutamanya di bandar Hanoi. Resepi popular ini masih lagi dihidangkan di mana
ianya mula diperkenalkan lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu Chả Cá Lã Vọng.
Hari ini ia turut dihidangkan oleh banyak restoran lain memandangkan ia merupakan
antara hidangan yang menjadi buruan ramai para pelancong ke Hanoi.
Chả Cá merupakan resepi masakan ikan yang ringkas namun bagi Chả Cá Lã Vọng,
ia mempunyai rahsia tersendiri dalam memilih ikan-ikan yang sesuai untuk
digunakan bagi resipi ini. Ikan ini akan diperap bersama kunyit sebelum
hidangan kepada pelanggan. Ia akan digoreng bersama daun-daun herba seperti dill,
daun bawang, daun sup selain dihidangkan bersama kacang goreng dan juga mee
beras.
|
Keseluruhan bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan istimewa ini. |
|
Ikan digoreng bersama-sama rempah herba yang disertakan. |
Dalam resepi asalnya, ikan yang digunakan untuk resepi ini adalah dari jenis
haruan (cá lóc), namun ikan-ikan lain
juga boleh digunakan; terutamanya yang mempunyai isi yang pejal dan kurang hanyir
merupakan jenis ikan yang sesuai untuk resepi ini. Ikan yang digunakan juga kebiasaannya adalah dari jenis ikan air tawar.
Ia merupakan resepi yang amat mudah. Namun begitu, sekali anda mencubanya,
anda tentu akan merasa betapa istimewanya resepi ringkas menggunakan hanya
beberapa jenis bahan ini. Jadi sebab itulah, restoran seperti Chả Cá Lã Vọng,
tidak dikunjungi oleh penduduk tempatan kerana ia mengenakan harga yang agak
tinggi. Namun begitu bagi para pelancong, ia merupakan pengalaman istimewa
kerana ia merupakan di mana resepi ini bermula. Chả Cá Lã Vọng hanya
menghidangkan satu resepi sahaja, dan masih lagi mengekalkan sebahagian besar
kedai asalnya yang penuh bersejarah.
|
Restoran ini telah berusia lebih 100 tahun. |
|
Ruang dalam tempat di mana hidangan disediakan. |
|
Restoran yang hanya menyediakan satu hidangan sahaja. |
Semasa melawat Hanoi pada tahun 2016, MyRokan sempat mencuba Chả Cá di
restoran asalnya Chả Cá Lã Vọng. Ia bukan sahaja merupakan antara makanan yang
terpaling lazat dinikmati di Hanoi, malah merupakan antara pengalaman manis
yang amat dinanti-nantikan di sepanjang lawatan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan