Twilight Express Mizukaze dengan warna hijau zamrud. |
Tahun ini sahaja menyaksikan 2 keretapi mewah baru dilancarkan di Jepun.
Satu daripadanya adalah Train Suite Shiki-Shima dari East Japan Railway Co. yang
baru sahaja dilancarkan pada 1 Mei 2017 yang lepas. Kini giliran Twilight
Express Mizukaze pula memulakan perjalanan pertamanya pada 18 Jun 2017. Keretapi
yang dikendalikan oleh West Japan Railway Co. mempunyai ciri-ciri unik seperti Train
Suite Shiki-Shima.
Train yang pertama berlepas dari Stesen Osaka pada pagi Sabtu dengan upacara
perasmian pertamanya yang dilakukan oleh kakitangan JR West. Sedikit berbeza
train ini mempunyai warna hijau gelap (emerald-green) dan bentuk hadapan yang agak
unik.
Tingkap ruang pemerhati yang luas amat menarik. |
Laluan kawasan pergunungan di Barat Jepun. |
Keretapi ini akan membawa 30 orang penumpang pada satu-satu masa
menggunakan 10 gerabaknya. Daripada 10 gerabak tersebut 2 daripadanya adalah gerabak
pemerhati (observation car) yang berada di hadapan dan di belakang keretapi
tersebut selain gerabak lounge dan juga gerabak untuk makan malam (dining).
Para penumpang ditawarkan untuk perjalanan 2 hari 1 malam, atau 3 hari 2
malam di sepanjang perjalanan tersebut yang akan melewati kawasan Osaka, kawasan
pantai barat Jepun dan juga Gunung Daison. Para penumpang akan berhenti untuk
tujuan lawatan pada setiap hari samada di Word Heritage Site Itsukushima Shrine
untuk melihat upacara dan persembahan muzik serta tarian; selain itu mungkin
juga melawati Kurashiki’s Ohara Museum of Art; beserta lawatan ke kawasan Tottori
Sand Dunes yang juga merupakan salah satu daripada UNESCO Global Geopark
Bahagian bar yang menyediakan suasana rehat. |
Ruang makan untuk menikmati hidangan istimewa. |
Keretapi ini mempunyai ciri-ciri rekaan yang jauh berbeza daripada Train
Suite Shiki-Shima namun ia tetap merupakan hasil reka bentuk oleh pereka-pereka
tempatan seperti Tetsuo Fukuda (福田 哲夫) dan juga arkitek dan pereka dalaman Kazuya Ura (浦 一也?). Setiap gerabak mempunyai keunikan
tersendiri untuk membolehkan penumpang menikmati sepenuhnya pengalaman ketika
menyertai perjalanan bersama train ini. Setiap gerabak mempunyai tingkap yang
luas sehingga ke aras bumbungnya membolehkan para penumpang menyaksikan pemandangan
luaran yang menarik.
Begitu juga dengan pilihan hidangan yang akan ditawarkan kepada para
penumpang juga adalah merupakan dalam pemerhatian oleh kolumnis makanan iaitu Takeshi
Kadokami (門上 武司), manakala ianya resipinya
pula direka oleh chef Yoshihiro Murata (村田 吉弘), pemilik Restoran Kikuoi di Kyoto dan Hajime
Yoneda (米田 肇), iaitu pemilik
Restoran Hajime.
Ruang tidur bilik utama yang amat menarik. |
Bilik mandi bilik utama . |
Tempahan untuk keretapi ini juga telah penuh sehingga November nanti
walaupun harga tempahan adalah menjangkau sehingga ¥ 270,000 ke ¥ 750,000 (USD
2,400 ke USD 6,700) seorang. Selain keretapi ini dan juga Train Suite
Shiki-Shima, terdapat satu lagi train mewah yang beroperasi di Jepun sejak 2014
lagi iaitu Kyushu Seven Stars yang dikendalikan oleh Kyushu Railway Company (JR
Kyushu).
Itu merupakan satu lagi kisah yang menarik mengenai pilihan keretapi mewah
yang disediakan di Jepun. Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, ia
menunjukkan betapa pengguna amat mementingkan kualiti yang setimpal dengan wang
yang mereka perlu keluarkan. Sekiranya anda sedia menyediakan yang terbaik,
maka ramai pula yang menghargainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan