Mungkin antara kita biasa menggunakan basikal ‘stationary bike’ untuk
bersenam atas beberapa faktor tertentu seperti masa, keselamatan, kemudahan dan
sebagainya. Walaupun ia masih lagi dapat membantu meningkatkan kesihatan,
tetapi mungkin ada masanya anda menjadi bosan. Kini Zwift merupakan jawapan
kepada anda untuk memberikan pengalaman yang berbeza sewaktu menggunakan ‘stationary bike’.
Melalui bantuan dunia digital kini anda boleh berbasikal di trek-trek
berbeza di seluruh dunia dengan paparan yang diletakkan di hadapan anda. Zwift menyambungkan
para pengguna ke dunia digital untuk bersama-sama dengan para penunggang Zwift
yang berada di tempat-tempat lain. Malah, anda turut mendapat panduan kursus
daripada pelatih sekiranya perlu.
Bukan mudah untuk mendapat peluang berbasikal bersama - lebih mudah dengan Zwift. |
Berbasikal di lokasi-lokasi menarik. |
Mungkin juga dengan suasana pagi yang anda inginkan. |
Melalui alat khas, kayuhan anda akan diukur dan diseragamkan dengan bentuk
muka bumi trek yang dipaparkan di skrin anda. Kayuhan anda juga akan dipadankan
dengan paparan ini. Jadi, walaupun anda hanya berada di tempat yang sama, namun
pergerakan dan pengalaman anda disesuaikan dengan dunia digital yang
dipaparkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan