AirAsia mengubah industri pengangkutan udara menjadi lebih mudah. |
Asia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai negara-negara kecil, malah
setiap negara ini terdiri daripada pelbagai etnik, dengan pelbagai gaya hidup
yang unik. Antara bahagian yang paling menarik untuk dilawati adalah di sekitar
SE Asia yang terdiri daripada 11 buah negara iaitu Brunei, Cambodia, East
Timor, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan
Vietnam.
Semenjak sekian lama negara-negara ini menyimpan keunikan mereka dan jarang
sekali dapat dilawati oleh penduduk setempat sehinggalah munculnya syarikat
penerbangan tambang murah AirAsia yang merubah segalanya. Melalui kemudahan
sistem penerbangan ini, perhubungan antara penduduk SE Asia menjadi semakin
rapat dan membolehkan mereka mempelajari keunikan cara hidup masing-masing. Saban
hari syarikat penerbangan AirAsia muncul sebagai syarikat penerbangan tambang
murah terbaik di dunia dan terus mengekalkan gelaran ini. Tahniah!
Kakitangan AirAsia yang cekap sedia bertugas. |
Antara destinasi penerbangan AirAsia dan kumpulan AirAsia. |
Penerbangan Yang Mudah dan
Cepat
Semenjak memulakan operasinya 16 November 1996, AirAsia terus memperbaiki
sistem operasinya mengikut peredaran masa dan keperluan pengguna. Inilah yang
membolehkan ia terus memberikan perkhidmatan yang memudahkan bagi semua.
Kesemua urusan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna tanpa memerlukan agen,
orang tengah ataupun mana-mana kaunter syarikat penerbangan tersebut. Kemudahan
sistem atas talian (online) digunakan sepenuhnya bagi memudahkan lagi segala
urusan ini.
Pengguna boleh menempah tiket mengikut keperluan mereka sendiri seperti
keperluan bagasi, makanan dan minuman dan juga pilihan tempat duduk. Pengguna
boleh memilih keperluan ini sekiranya perlu dengan menambah sedikit bayaran
tambahan. Tiket yang telah dibeli masih boleh diubah sehinggalah pengguna
berpuas hati. Para pengguna juga boleh membuat cetakan “boarding pass” sendiri sekiranya telah berpuas hati dengan tempahan
tersebut. Ini membolehkan pengguna terus masuk ke balai perlepasan di lapangan
terbang pada hari berlepas.
Sistem pengangkutan yang memudahkan pengguna. |
Hub pengangkutan yang lengkap dan teratur. |
Perkhidmatan Tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti AirAsia Go memudahkan lagi bagi pengguna yang
memerlukan perkhidmatan untuk tempahan hotel, pengangkutan dan pakej-pakej
lawatan di destinasi-destinasi yang bakal dikunjungi. Antara perkara menarik
mengenai hotel-hotel yang ditawarkan oleh AirAsia Go adalah rata-ratanya
memuaskan. Ini tidak sama seperti hotel yang ditawarkan oleh laman tempahan
hotel yang lain, di mana ada kalanya hotel yang ditawarkan tidak menyamai
dengan gambar yang dipaparkan.
Tempahan dengan AirAsia Go juga biasanya memberikan anda pilihan tambang
percuma apabila tempahan dilakukan bersama hotel. Ini merupakan satu lagi ciri
istimewa AirAsia Go bagi mereka yang hanya melawat untuk melihat-lihat sesuatu
kawasan tersebut dan pengguna tidak memerlukan pilihan tempat tinggal yang
mewah.
Bantuan Sokongan
Applikasi telefon memudahkan lagi segala urusan. |
Kemudahan yang disediakan bukanlah bermakna AirAsia tidak memberikan perkhidmatan
sokongan seperti bantuan bagi para pengguna yang memerlukan bantuan. Malah
setiap pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi AirAsia dengan
beberapa cara termasuk telefon, Online Chat, email dan berhubung terus melalui
kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan.
Para pengguna juga boleh menggunakan apps yang disediakan mengikut sistem operasi
masing-masing seperi Android
ataupun AppleiOS. Kesemua kemudahan ini disediakan bagi memudahkan lagi segala urusan
bagi pengguna dan juga bagi AirAsia sendiri dan ianya ternyata dapat
menjimatkan banyak masa serta melancarkan lagi perjalanan.
Pilihan Penerbangan
Perkhidmatan AirAsia juga menyediakan pilihan penerbangan yang banyak ke
serata SE Asia, Asia, Timur Tengah dan destinasi lain termasuk Australia, New
Zealand dan Hawaii. Melalui pilihan pelbagai destinasi ini, para pengguna dapat
memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh AirAsia untuk tujuan lawatan
ke pelbagai destinasi dan mempelajari pelbagai perkara baru.
Bagi mendapatkan destinasi penerbangan yang lebih tepat pengguna bolehlah
membuat tinjauan melalui laman web AirAsia
sendiri untuk mengetahui destinasi-destinasi terbaru (dengan pertambahan
destinasi yang sentiasa ditambah). Selain itu juga pengguna boleh menggunakan
penerbangan sambungan daripada kumpulan anak-anak syarikat AirAsia dari serata
negara SE Asia untuk pengalaman penerbangan yang lebih unik.
Walaupun terdapat pelbagai syarikat penerbangan yang disediakan di luar
sana, setakat ini kesemua penerbangan yang dilakukan oleh MyRokan masih
menggunakan perkhidmatan disediakan oleh AirAsia memandangkan kemudahan seperti
yang disediakan di atas. Harga tiket yang ditawarkan juga adalah jauh
lebih murah di samping perkhidmatan AirAsia Go yang memudahkan lagi untuk urusan
penginapan. Kongsi-kongsikan pengalaman anda bersama syarikat penerbangan
kegemaran anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan