Gandum merupakan tanaman sumber makanan penting di dunia. |
Gandum merupakan antara tanaman terpenting dunia kerana ia merupakan salah
satu sumber makanan seperti juga beras. Malah seperti juga beras ia mengandungi
pelbagai cultivar hasil daripada penanaman komersial yang dilakukan sejak
sekian lama. Gandum dikatakan mula ditanam sejak 9600 BCE lagi berdasarkan
bukti penemuan arkeologi.
Gandum menjadi tanaman penting sumber makanan manusia selepas beras kerana
ia mempunyai keupayaan tahan cuaca sejuk dan kering (tidak seperti tanaman
beras ataupun jagung). Ini menjadikan ia sebagai sumber tanaman yang sesuai
bagi negara-negara beriklim 4 musim. Sehingga pada tahun 2014, keluasan tanah
yang digunakan untuk tanaman gandum sahaja mencapai keluasan sehingga 220.4
juta hektar di seluruh dunia.
Gandum digunakan untuk menyediakan pelbagai makanan. |
Penggunaan gandum sebagai sumber makanan bukan sahaja popular di
negara-negara di mana ia ditanam. Hari ini dapat dilihat penggunaan gandum juga
menjadi sebagai bahan penyediaan yang penting di negara-negara lain hasil
daripada pemindahan budaya. Malah makanan-makanan tradisi di Asia Tenggara
sendiri ada di antaranya yang dihasilkan menggunakan gandum.
Top wheat producers
in 2014
|
|
Country
|
millions of tones
|
China
|
126.2
|
India
|
95.8
|
Russia
|
59.7
|
United States
|
55.1
|
France
|
39.0
|
Canada
|
29.3
|
Germany
|
27.8
|
Pakistan
|
26.0
|
Australia
|
25.3
|
Ukraine
|
24.1
|
World
|
720
|
Source: UN Food & Agriculture Organization
|
Penggunaan jentera merupakan faktor utama kejayaan tanaman gandum. |
Gandum merupakan makanan popular di negara-negara beriklim sejuk, Utara
Afrika, Timur Tengah dan juga semakin popular di Asia. Malah ia ditanam dengan
lebih meluas berbanding beras. Seperti di dalam jadual di atas, negara-negara
utama pengeluar gandum adalah China, India, Russia dan Amerika Syarikat.
Gandum digunakan dengan meluas kerana ia digunakan untuk menyediakan
pelbagai bentuk makanan daripada roti, pasta, kek, pie, bubur, biskut, bijirin
sarapan dan pelbagai lagi makanan proses yang boleh disimpan untuk tempoh yang
lama. Tempoh penyimpanan merupakan antara kriteria penting dalam penggunaan
bahan makanan kerana ia memastikan bahawa bahan tersebut masih boleh digunakan
setelah disimpan untuk tempoh beberapa ketika.
Antara keunikan gandum juga adalah ianya mengandungi protein gluten yang
membolehkan tepung mengembang dengan menyimpan gelembung-gelembung kecil gas
karbon dioksida apabila proses pengeraman/penapaian dilakukan. Ini merupakan
ciri-ciri penting dalam proses penghasilan roti dan kek. Selain itu juga,
gandum turut menjadi sumber makanan utama haiwan ternakan.
Gandum "einkorn wheat", gandum asal. |
Emmer Wheat. |
Durum Wheat |
Polish Wheat. |
Spelt Wheat. |
Common wheat (Triticum aestivum). |
Kejayaan penanaman gandum juga antara lainnya adalah dipengaruhi oleh
penggunaan teknologi yang digunakan. Rata-ratanya ladang-ladang gandum
diusahakan menggunakan mesin yang dapat mempercepatkan segala proses daripada
kerja-kerja tanah sehinggalah kepada penuaian. Tanpa menggunakan mesin, tanaman
gandum mungkin tidak mencapai keluasan seperti hari ini dan harganya juga
tentulah jauh lebih mahal. Selain mesin sistem irigasi dan penggunaan baja juga
memainkan peranan penting dalam industri tanaman gandum.
Dari segi jenis gandum pula terdapat pelbagai jenis gandum yang ditanam
mengikut kesesuaian bentuk muka bumi sesuatu kawasan. Daripada jenis gandum
asal yang lebih dikenali sebagai Einkorn wheat (single grain) sehinggalah kepada Miracle wheat (Triticum turgidum var. mirabile) yang mampu mengeluarkan hasil
yang lebih tinggi. Seperti juga tanaman-tanaman lain, industri penanaman gandum
terus dipertingkatkan untuk penghasilan dan kualiti tanaman yang lebih baik.
Bakul daripada jerami gandum. |
Bahan binaan daripada buangan tanaman gandum. |
Peralatan yang dihasilkan dengan jerami gandum. |
Bukan sahaja biji gandum yang digunakan oleh para penanam gandum. Sejak
dahulu lagi, serkam (hampas) dan batang gandum turut digunakan untuk pelbagai
kegunaan. Malah semakin banyak penggunaan bahan sampingan penanaman gandum ini dapat
dimanfaatkan. Antaranya termasuklah sebagai bahan makanan sampingan ternakan,
penghasilan bahan binaan, biogas, biofuels, pengawal hakisan, barangan kraf,
penghasilan kertas, tali, kasut, hortikultur, packaging dan sebagainya.
Gandum mungkin tidak boleh ditanam di kawasan beriklim tropika, namun ia
masih digunakan di kawasan-kawasan lain sebagai salah satu sumber makanan
penting. Walaupun begitu, tanaman yang boleh ditanam di sini (beriklim tropika
seperti padi) mungkin boleh dimanfaatkan seperti mana tanaman gandum ini. Jadi,
selain daripada mengusahakan tanaman, teknik pengolahan bagi memanfaatkan
sumber tanaman juga adalah penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan