Plastik yang dihasilkan daripada jagung. |
Seperti yang kita ketahui, jagung merupakan bijirin yang paling banyak
ditanam di seluruh dunia. Jagung-jagung ini bukanlah ditanam semata-mata untuk
bahan makanan sahaja. Jagung mempunyai banyak lagi kegunaan lain hasil kajian
yang dijalankan. Ini menjadikan permintaan jagung terus meningkat dan
menambahkan lagi hasil pendapatan bagi pengusaha-pengusaha tanaman jagung.
Jagung-jagung yang dahulunya ditanam untuk tujuan sebagai bahan makanan manusia
dan ternakan hari ini digunakan juga untuk menghasilkan pelbagai bahan lain
yang mungkin tidak ramai yang kita
ketahui. Bahan utama yang dihasilkan oleh jagung adalah ethanol yang digunakan
sebagai bahan api kenderaan. Ia merupakan antara kegunaan penting jagung yang
dapat membantu mengurangkan harga bahan api fosil yang semakin meningkat naik.
Plastik yang dihasilkan sama seperti plastik biasa. |
Proses penguraian plastik jagung (PLA). |
Kajian terbaru pula berjaya menghasilkan plastik daripada jagung. Ini juga
merupakan satu lagi kejayaan penting kerana plastik yang dihasilkan menggunakan
jagung adalah ‘biodegradable plastiscs’,
yang boleh dihuraikan secara semula jadi oleh alam tidak seperti bahan plastik
yang dihasilkan menggunakan ‘petrochemicals’.
Plastik yang dihasilkan menggunakan jagung ini juga sesuai untuk menggantikan
barangan yang diperbuat daripada plastik biasa. Peralatan makanan seperti
pinggan, sudu, garpu, cawan dan pisau plastik boleh dihasilkan sama seperti plastik
biasa. Cuma bezanya ia akan dihuraikan dengan selamat setelah digunakan. Maka
tiada lagi bahan plastik yang akan terus tinggal di laut seperti yang berlaku
kepada plastik-plastik yang digunakan sebelum ini.
Bukan sahaja peralatan makanan boleh dihasilkan menggunakan plastik jagung
ini. Ia juga sesuai digunakan untuk menggantikan kegunaan lain bahan plastik
seperti peralatan kegunaan harian, alat tulis, permainan kanak-kanak, permainan
dan peralatan bayi dan segala peralatan rumah. Ia malah digunakan untuk
menghasilkan ‘packing peanuts’, yang
digunakan di dalam pembungkusan barangan. Tidak seperti polystyrene, ia boleh
dicairkan di dalam air setelah ia selesai digunakan.
Plastik jagung semakin popular. |
Plastik jagung semakin tersebar luas ke seluruh dunia. |
Ia juga sesuai digunakan untuk menghasilkan beg plastik menggantikan beg
plastik sedia ada. Beg-beg plastik yang digunakan hari ini sukar dibendung dan
biasanya akan tinggal sebagai sampah-sarap yang mengotori persekitaran. Begitu
juga dengan ‘golf tees’, yang
dihasilkan menggunakan plastik jagung ini adalah selamat untuk digunakan di
padang-padang golf, sebaliknya akan menjadi bahan organik kepada rumput apabila
ianya mereput.
Banyak lagi kegunaan lain jagung yang digunakan secara tidak langsung di
dalam industri. Apa yang jelas, penyelidikan mengenai potensi bahan pertanian
dapat membantu bukan sahaja para petani malah industri lain untuk berkembang
pesat selain memberikan hasil yang lebih kepada alam sekitar. Malah potensi
jagung ini juga perlu sejajar pula dengan pembangunan penanaman jagung itu
sendiri. Penghasilan baka yang lebih baik serta jentera pengurusan ladang
jagung yang lebih efisien merupakan faktor penting kepada tanaman yang
sempurna.
Jagung gergasi, baka jagung yang paling besar. |
Penggunaan mesin membantu pengeluaran. |
Mungkin kita tidak menyedari bahawa penghasilan pertanian di negara kita sendiri
mempunyai pelbagai potensi untuk dimajukan. Hanya dengan cara ini pendapatan
para petani dapat ditingkatkan selain barang yang dihasilkan juga mempunyai
lebih manfaat. Semoga menjadi renungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan