|
Lobster merupakan makanan laut yang digemari. |
Lobster merupakan makanan laut yang amat digemari dan merupakan antara
hidangan yang mewah. Secara umumnya terdapat pelbagai jenis lobster yang
menghuni perairan di seluruh dunia namun American dan European clawed lobster (Homarus americanus dan Homarus gammarus) merupakan dua jenis
lobster sebenar yang dilengkapi sepasang sepit yang besar.
Lobster bagaimanapun suatu masa dahulu hanya digunakan sebagai baja ataupun
umpan. Ia juga hanyalah sekadar makanan bagi golongan hamba abdi dan juga
dihidangkan sebagai hidangan penjara. Ia hanya mula dikenali sebagai hidangan
istimewa pada pertengahan abad ke 19 dimana bot-bot nelayan dilengkapi dengan
tangki yang membolehkan lobster-lobster dibawa pulang dalam keadaan hidup. Ini
ditambah lagi dengan penerimaan loster sebagai makanan oleh penduduk New York
dan Boston.
|
Perangkap yang digunakan untuk menangkap lobster. |
|
Clawed lobster dengan sepit yang besar. |
|
Hidangan istimewa yang menggunakan lobster. |
Daripada pelbagai jenis lobster ini, beberapa di antaranya merupakan
tangkapan yang menghasilkan industri perikanan yang bernilai berbillion dolar
setiap tahun. Lobster-lobster ini ditangkap bagi memenuhi permintaan tinggi
penggemar makanan laut. Selain daripada aktiviti tangkapan, pencemaran laut
juga dikatakan menyebabkan jangkitan kepada kulit lobster yang mengakibatkan
kematian.
Lobster merupakan hidupan yang menghuni dasar laut dengan menjadikan
ikan-ikan kecil dan moluska sebagai makanan utamanya. Namun begitu ia turut
menjadikan pelbagai sumber lain sebagai makanan termasuk alga dan
cebisan-cebisan reputan penghuni laut yang lain termasuklah lobster sendiri.
|
Anak-anak lobster yang dibiakkan. |
|
Larva lobster yang semakin membesar. |
|
Lobster Sabah merupakan antara tarikan Kota Kinabalu, Malaysia. |
|
Lobster di dasar laut. |
Lobster betina akan membawa telurnya yang diletakkan di bawah bahagian
perut. Telur ini akan dibawa kemana-mana buat tempoh masa setahun lamanya
sebelum ianya dilepaskan apabila ia bertukar menjadi larva. Daripada larva
inilah anak-anak lobster akan melalui beberapa peringkat sebelum mencapai usia
dewasa. Ia akan menghabiskan masa di celahan batu-batu di dasar laut bagi
mengelakkan serangan musuh. Lobster perlu bersalin kulit untuk terus membesar dan
proses ini akan terus berulang untuk sepanjang usianya. Malah lobster boleh
menjangkau usia purata sehingga 50 tahun. Manakala lobster tersebar yang
ditangkap adalah seberat 20.14 kg dengan saiz 1.2 m dianggarkan berusia
sekurang-kurangnya 100 tahun.
Lobster digemari di mana sahaja di seluruh dunia. Jadi pengenalan dan
pemuliharaan kawasan pembiakan spesis ini adalah penting bagi memastikan
bekalan lobster terus berkekalan selain tidak mengganggu fungsinya kepada
ekosistem. Tidak dinafikan adalah sukar bagi para nelayan membendung permintaan
pasaran namun sekiranya ia tidak diuruskan dengan berhati-hati maka tiada lagi
lobster yang boleh dituai untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan