Lobster merupakan makanan laut yang amat digemari dan merupakan antara
hidangan yang mewah. Secara umumnya terdapat pelbagai jenis lobster yang
menghuni perairan di seluruh dunia namun American dan European clawed lobster (Homarus americanus dan Homarus gammarus) merupakan dua jenis
lobster sebenar yang dilengkapi sepasang sepit yang besar.
Lobster bagaimanapun suatu masa dahulu hanya digunakan sebagai baja ataupun
umpan. Ia juga hanyalah sekadar makanan bagi golongan hamba abdi dan juga
dihidangkan sebagai hidangan penjara. Ia hanya mula dikenali sebagai hidangan
istimewa pada pertengahan abad ke 19 dimana bot-bot nelayan dilengkapi dengan
tangki yang membolehkan lobster-lobster dibawa pulang dalam keadaan hidup. Ini
ditambah lagi dengan penerimaan loster sebagai makanan oleh penduduk New York
dan Boston.
Perangkap yang digunakan untuk menangkap lobster.
Clawed lobster dengan sepit yang besar.
Hidangan istimewa yang menggunakan lobster.
Daripada pelbagai jenis lobster ini, beberapa di antaranya merupakan
tangkapan yang menghasilkan industri perikanan yang bernilai berbillion dolar
setiap tahun. Lobster-lobster ini ditangkap bagi memenuhi permintaan tinggi
penggemar makanan laut. Selain daripada aktiviti tangkapan, pencemaran laut
juga dikatakan menyebabkan jangkitan kepada kulit lobster yang mengakibatkan
kematian.
Lobster merupakan hidupan yang menghuni dasar laut dengan menjadikan
ikan-ikan kecil dan moluska sebagai makanan utamanya. Namun begitu ia turut
menjadikan pelbagai sumber lain sebagai makanan termasuk alga dan
cebisan-cebisan reputan penghuni laut yang lain termasuklah lobster sendiri.
Anak-anak lobster yang dibiakkan.
Larva lobster yang semakin membesar.
Lobster Sabah merupakan antara tarikan Kota Kinabalu, Malaysia.
Lobster di dasar laut.
Lobster betina akan membawa telurnya yang diletakkan di bawah bahagian
perut. Telur ini akan dibawa kemana-mana buat tempoh masa setahun lamanya
sebelum ianya dilepaskan apabila ia bertukar menjadi larva. Daripada larva
inilah anak-anak lobster akan melalui beberapa peringkat sebelum mencapai usia
dewasa. Ia akan menghabiskan masa di celahan batu-batu di dasar laut bagi
mengelakkan serangan musuh. Lobster perlu bersalin kulit untuk terus membesar dan
proses ini akan terus berulang untuk sepanjang usianya. Malah lobster boleh
menjangkau usia purata sehingga 50 tahun. Manakala lobster tersebar yang
ditangkap adalah seberat 20.14 kg dengan saiz 1.2 m dianggarkan berusia
sekurang-kurangnya 100 tahun.
Lobster digemari di mana sahaja di seluruh dunia. Jadi pengenalan dan
pemuliharaan kawasan pembiakan spesis ini adalah penting bagi memastikan
bekalan lobster terus berkekalan selain tidak mengganggu fungsinya kepada
ekosistem. Tidak dinafikan adalah sukar bagi para nelayan membendung permintaan
pasaran namun sekiranya ia tidak diuruskan dengan berhati-hati maka tiada lagi
lobster yang boleh dituai untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Merupakan antara tarikan utama bagi Wilayah Persekutuan Labuan kerana nilai sejarahnya yang penting mengenai sejarah awal pulau ini. Muzium Chimney ini merupakan hasil kesan-kesan tinggalan aktiviti perlombongan arang batu yang dijalankan di sini, sekitar 1847 sehinggalah 1911. Ia kemudian didirikan semula pada tahun 1999 sebagai sebuah muzium di atas tapak yang dikatakan menjadi kawasan perlombongan satu masa dahulu.
Muzium ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Pusat Informasi Chimney dan juga Menara Chimney. Pusat informasi berfungsi sebagai muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal kawasan Tanjung Kubong yang satu masa dahulu menjadi kawasan perlombongan di pulau ini. Ia didirikan di atas tapak dimana aktiviti perlombongan itu sendiri dijalankan satu masa dahulu.
Menara Chimney yang menjadi antara mercu tanda di Labuan,
Menara Chimney dari dekat.
Satu lagi komponen penting adalah Chimney yang menjadi satu mercu tanda yang tidak diketahui dengan jelas mengenai fungsinya. Ia dikenali sebagai ‘Punil’ oleh masyarakat tempatan. Banyak andaian mengatakan ia berfungsi sebagai chimney, menara loceng, rumah api dan sebagainya, namun tiada bukti kukuh untuk menyokong bahawa ia digunakan untuk memenuhi fungsi tersebut. Sehingga kini ia kekal menjadi mercu tanda penting di kawasan ini dan juga bagi Labuan sendiri.
Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang dan hanya ditutup pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha (Raya Haji). Ia juga tidak mengenakan sebarang bayaran dan masuk adalah percuma.
Apa yang menarik, muzium ini terletak berhampiran dengan lokasi-lokasi lawatan utama di Labuan seperti Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai dan Layang-layangan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi;
Muzium Chimney Kg Lubok Temiang Jalan Tanjung Kubong 87007 Wilayah Persekutuan Labuan
Toman (snakehead) merupakan sejenis ikan air tawar yang berasal dari Afrika dan Asia yang juga merupakan spesis ikan pemangsa yang amat agresif. Walaupun saiz ikan ini tidaklah menjangkau sebesar saiz ikan-ikan pemangsa air tawar lain seperti arapaima, alligator gar, tapah (giant catfish), goliath tigerfish dan lain-lain lagi, namun keganasan toman amat dikenali di mana sahaja ia ditemui. Kenyataan ini kurang diketahui oleh orang ramai sehinggalah toman berjaya menghuni tasik-tasik dan sungai di US.
Ya, ikan ini mungkin terlepas ke perairan US secara tidak sengaja atau disengajakan oleh peminat-peminat ikan yang tidak mengetahui impak yang boleh diakibatkan oleh ikan ini. Ikan toman dikatakan membiak dengan pantas dan merebak ke serata bahagian US dari Florida, California, Maryland, Massachusetts dan Rhode Island. Malah ia terus merebak dengan pantas kerana adaptasi ikan toman yang amat unik. Ia bukan sahaja mampu bernafas di atas darat (selagi badannya berkeadaan lembab), malah mampu menahan cuaca sejuk semasa musim sejuk di sana.
Pemantauan jumlah ikan 'snakehead' menggunakan arus elektrik untuk ditangging dan bancian.
Mulut yang besar dan gigi yang tajam ikan toman.
Kewujudan ikan toman ini mendatangkan kerisauan kepada penduduk setempat yang mendapati populasinya yang merebak dengan pantas. Mungkin tiada yang menyangka bahawa ikan toman bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan lokasinya malah ikan agresif ini mampu membiak dengan pantas sekali.
Pemantauan terus dilakukan di lokasi-lokasi di mana terdapatnya ikan toman bagi mengetahui dengan lebih jelas kesannya terhadap keseimbangan ekologi setempat. Daripada kajian yang dilakukan di Maryland mendapati, ikan toman tidak membawa kesan yang serius kepada populasi ikan-ikan asal seperti ‘bass’. Ikan toman sememangnya terkenal dengan sikap agresifnya namun ia mempunyai senarai pemakanan yang luas dan bukan daripada spesis ikan atau hidupan air sahaja.
Ikan yang dibenarkan ditangkap sepanjang tahun.
Orang ramai digalakkan memakan ikan toman untuk mengawal populasinya.
Walapun ramai yang menganggap toman sebagai spesis yang mengancam hidupan asal di perairan US, namun ramai juga yang mula menyukai ikan ini. Bagi para peminat memancing mereka tentu setuju bahawa ikan toman merupan ikan yang paling seronok di pancing di perairan air tawar. Malah ikan ini juga mempunyai rasa yang lebih enak apabila dijadikan hidangan.
Kini ikan toman bukan sahaja dikenali di seluruh dunia, malah dikatakan lebih ganas dari ikan-ikan air tawar yang lain. Walaubagaimanapun, pemindahan spesis ini ke perairan yang mana ia bukan spesis asal adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Mungkin ia tidak mendatangkan masalah yang besar di lokasi barunya, namun ia tetap membawa perubahan jangka panjang kepada ekosistem. Apapun, ikan toman merupakan salah satu ikan yang amat menarik pada pandangan saya, anda bagaimana?
Shanghai Maglev merupakan keretapi terpantas di China.
HSR (High Speed Rail) tidak diketahui secara umum melainkan baru-baru ini.
Walaupun China tidak sepopular negara-negara lain seperti Jepun, France dan
German namun pembangunan industri HSR di China berlaku dengan kepantasan yang
amat pantas memandangkan keupayaan China dalam merealisasikan pembangunannya.
Malah rangkaian sistem pengangkutan HSR di China adalah jauh lebih panjang berbanding
mana-mana negara di dunia.
Perkhidmatan HSR mula digunakan di China pada April, 2007 dan terus
dibangunkan secara berperingkat-peringkat ke seluruh bandar-bandar utama di China.
Apa yang menarik, China bukan sekadar membangunkan rangkaian pengangkutan
mereka sendiri malah turut membangunkan sistem HSR mereka sendiri melalui
pemindahan teknologi dengan syarikat-syarikat lain dari serata dunia. Tanpa
kemampuan ini, sistem pengangkutan HSR China mungkin memakan masa yang lebih
lama selain memakan kos pembinaan yang lebih tinggi.
Keretapi-keretapi yang dibangunkan di China.
Kilang pemasangan gerabak-gerabak keretapi HSR.
Pembinaan rangkaian landasan HSR yang berlaku secara pesat di serata China.
Dalam tempoh yang singkat, China bukan sahaja berjaya membina rangkaian HSR
di negaranya malah membangunkan sistem HSR yang boleh dibangunkan di
negara-negara lain. Kemampuan ini bukanlah dilakukan oleh China sahaja, malah
secara kerjasama dengan negara-negara yang mempunyai kepakaran mengenai
teknologi HSR seperti negara-negara yang disebutkan di atas.
Melalui pembangunan teknologi oleh China kos pembinaan HSR dapat
dikurangkan kerana China turut membina kemudahan pembinaan keseluruhan sistem
HSR daripada pembinaan landasan sehinggalah kepada sistem kawalan aliran trafik
HSR sendiri. Ini termasuk kilang-kilang pembinaan gerabak moden yang
mementingkan keselesaan dan keselamatan pengguna.
Pembangunan sistem ini termasuklah kemudahan rekabentuk dan pengujian
keretapi-keretapi baru yang direkabentuk sendiri di China hasil daripada
pemindahan teknologi yang diperolehi dari Alstom (France), Siemens (Germany),
Bombardier (Germany) dan juga Kawasaki dari Jepun. Kesungguhan China dalam
pembangunan sistem pengangkutan HSR ini dapat menjimatkan masa pengangkutan
para pengguna selain meningkatkan lagi taraf pembangunan China yang semakin
pesat.
Keretapi HSR yang dibangunkan di China.
Stesyen HSR di Shanghai yang terus menerima laluan-laluan baru.
Penggunaan teknologi dari China ini bukan sahaja lebih murah, malah ia juga
lebih pantas memandangkan China turut membina sistem pembinaan rangkaian HSR
dalam tempoh yang singkat. Sistem pengangkutan HSR adalah jauh lebih efisyen
bagi perjalanan di bawah jarak 500 km (310 mi) kerana ia ternyata lebih pantas
berbanding pengangkutan udara. Ia merupakan sebab utama mengapa HSR adalah lebih
popular di negara-negara membangun. Apakah pendapat anda mengenai sistem
pengangkutan ini?
Muzium Marin Labuan merupakan antara tarikan utama di Labuan dan terletak di lokasi yang amat mudah untuk dikunjungi. Muzium yang dibuka pada 26 Januari 2003 telah dirancang semenjak tahun 1990-an lagi sehinggalah Perbadanan Labuan menawarkan tapak dan bangunan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di mana ianya berada sekarang. Ia merupakan muzium pertama seumpamanya di Malaysia yang bertujuan memupuk pengetahuan mengenai hidupan laut dan kepentingannya.
Terdapat kira-kira 572 koleksi bahan pameran yang terdiri daripada spesimen-spesimen hidupan marin dan bahan-bahan kontemporari seperti peralatan memancing, menyelam dan oceanografi. Antara bahan pameran yang unik di sini termasuklah rangka anak ikan paus Indian Fin sepanjang 42 kaki yang berusia lebih 100 tahun selain seekor dugong telah diawet dijumpai di Pulau Papan. Selain itu ia juga turut menyediakan kolam sentuh bagi memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyentuh pelbagai hidupan marin.
Terdapat beberapa bahagian berbeza pada 4 ruang pameran yang disediakan di bahagian bawah muzium ini termasuk Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Maklumat Kapal Karam, Seksyen Batu Karang dan Seksyen Paya Bakau. Terdapat sebanyak 14 akuarium pelbagai saiz yang menempatkan pelbagai spesis hidupan laut yang terdapat di sekitar Labuan dan Borneo.
Pada galeri di bahagian atas bangunan ini pula memaparkan pelbagai maklumat mengenai kehidupan marin, peralatan memancing ikan tradisional dan peralatan moden selain peralatan menyelam. Terdapat 4 buah akuarium lagi di bahagian atas yang menempatkan hidupan batu karang dan dua buah sudut bacaan bagi kemudahan para pengunjung.
Muzium adalah dibuka setiap hari dari jam 8:30 pagi sehingga 5:00 petang (ditutup pada Hari Raya Aldilfitri dan Hari Raya Aidiladha) dan bayaran masuk adalah percuma. Ia mudah dikunjungi dari pusat bandar Labuan dengan menggunakan pengangkutan awam samada bas mahupun teksi.