Pernahkah anda terfikir mengenai kualiti udara di dalam pesawat? |
Bagi yang sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara tentunya ingin
sekali mengetahui sejauh manakah keselamatan kualiti udara di dalam pesawat
dalam memastikan masalah ianya selamat. Perkara ini penting bagi mengelakkan
kita merasa risau setiap kali melakukan perjalanan menggunakan pengangkutan
udara.
Sistem pengankutan udara membawa jutaan manusia bergerak dengan lebih
pantas ke serata dunia setiap hari. Ia membawa bersama mereka yang mungkin
dijangkiti dengan masalah kesihatan yang mungkin berpotensi menjangkiti
penumpang-penumpang yang lain. Semasa berada di dalam pesawat, pernafasan
mereka yang dijangkiti semestinya akan berada di dalam ruangan kabin kapal
terbang bersama penumpang-penumpang yang lain.
Sistem pengaliran udara di dalam pesawat; Lufthansa. |
Tombol saluran udara di atas setiap penumpang. |
Sistem pengudaraan pesawat moden sememangnya mengutamakan tahap kebersihan
kualiti udara ini. Malah ianya direka dengan keupayaan penapisan kualiti udara
setaraf dengan bilik pembedahan di hospital. Penggunaan penapisan HEPA
berkeupayaan memerangkap antara 94 ~ 99.0 peratus partikel di dalam udara
termasuk mikro-organisma yang dihembuskan ke dalam udara.
Kandungan udara di dalam kapal terbang adalah gabungan udara yang disedut
dari enjin dan bukanlah semata-mata udara yang dikitar semula dari dalam kabin.
Keadaan sistem pengudaraan ini adalah antara perkara yang diberikan penekanan
oleh syarikat-syarikat pengeluar kapal terbang seperti Airbus dan Boeing dalam
memastikan keselamatan pengguna sistem pengangkutan tersebut.
Anda mungkin tidak perlu berkadaan begini. |
Sekiranya mengalami masalah kesihatan gunakan "face mask". |
Berbanding dengan sistem pengudaraan, proses jangkitan atau perpindahan
patogen berlaku dengan secara terus seperti; duduk bersebelahan/hampir dengan
mereka yang dijangkiti, bersentuhan dengan objek atau peralatan yang disentuh
oleh pesakit seperti tombol pintu tandas, peralatan-peralatan dan sebagainya.
Jadi apa yang perlu anda risaukan bukanlah sistem pengudaraan tetapi adalah
perkara-perkara lain yang lebih utama. Jadi pastikan anda tidak bersentuhan
dengan objek-objek ini dan sentiasa membersihkan tangan dengan sempurna sebelum
menyentuh makanan dan sebagainya. Ini bagaimanapun diharap tidak menjadikan
anda terlalu takut untuk menggunakan perkhidmatan udara sebaliknya mengambil
langkah yang sewajarnya dalam mengelakkan sebarang kemungkinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan