Printer kulit berbeza dengan printer-printer yang lain. |
Mesin cetakan yang pada umumnya hanya digunakan untuk
membuat cetakan pada kertas, namun hari ini dengan rekaan mesin cetakan 3D ia
mampu mencetak pelbagai benda termasuklah kulit manusia! Ia merupakan satu
usaha baru bagi kegunaan perubatan dan mungkin juga di dalam industri kosmetik.
Mesin cetakan kulit manusia merupakan antara rekaan
penting kerana dalam kebanyakan kes berkaitan kulit terutamanya dalam merawat
mangsa kebakaran yang boleh mengakibatkan maut sekiranya tidak dirawat dengan
segera. Ini kerana kulit merupakan pelindung utama pada badan manusia di mana
ia membantu badan mengekalkan haba dan mengelakkan jangkitan.
L'Oreal juga menumpukan kajian dalam kajian cetakan kulit. |
Kulit tiruan yang berjaya dihasilkan. |
Terdapat beberapa pihak yang membangunkan mesin pencetak
kulit manusia untuk tujuan kajian terdiri daripada pusat kajian perubatan dan
universiti selain turut menarik minat syarikat kosmetik seperti L’Oreal. Mesin
cetakan kulit kemungkinan besar akan dapat digunakan untuk tujuan rawatan ke
atas manusia kerana ianya lebih mudah dilakukan berbanding cetakan organ yang
juga cuba dihasilkan oleh para pengkaji.
Antara pihak yang berjaya menghasilkan mesin cetakan
kulit ini antaranya adalah Wake Forest Institute, University of Toronto, L’Oreal
dan mungkin terdapat beberapa lagi pihak yang sedang mengusahakan mesin cetakan
seumpamanya. Walaupun mesin cetakan kulit dibina untuk tujuan utama merawat
mangsa kebakaran, kemalangan, masalah kulit seperti kanser kulit, tetapi bagi L’Oreal
pula mesin cetakan ini boleh membantu mereka untuk membuat kajian penggunaan
kosmetik ke atas kulit tersebut. Ini dapat mengelakkan penggunaan haiwan/manusia
sebagai bahan ujian.
Sel kulit yang digunakan untuk cetakan. |
Mesin pencetak yang direka oleh University of Toronto. |
Mungkin kajian seperti ini kelihatan agak pelik bagi kita
pada masa ini, namun pada masa akan datang ia mungkin merupakan satu perkara
biasa. Apa yang penting, sekiranya ia dapat mendatangkan manfaat kepada manusia
ianya harus diberikan sokongan dan perhatian yang secukupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan