|
Dibina di pertembungan antara dua sungai. |
Masjid lama di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai Masjid Jamek merupakan antara masjid tertua di Kuala Lumpur yang masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Lokasinya yang menarik iaitu di antara pertembungan dua sungai menjadikan ia seolah-olah berada di atas sebuah pulau kecil.
Masjid bersejarah ini didirikan sebagai sebahagian daripada kompleks asal bangunan lama yang dibina pada tahun 1909 sama juga seperti Bangunan Sultan abdul Samad berhampirannya. Manakala arkiteknya pula adalah Arthur Benison Hubback yang juga menerapkan senibina Mughal sama juga seperti bangunan-bangunan lain di serata kawasan berhampirannya.
|
Satu gambar lama Masjid Jamek, Kuala Lumpur |
|
Bahagian lama (kiri) dan baru (kanan) Masjid Jamek. |
Lokasinya yang menarik ditambahkan lagi dengan kemudahan pengangkutan iaitu stesyen keretapi elektrik untuk laluan Kelana Jaya mahupun Sri Petaling dan Ampang. Ini menjadikan ia lokasi yang paling mudah untuk dikunjungi. Antara tarikan-tarikan berhampiran termasuklah Jalan Masjid India, Dataran Merdeka dan juga Pasar Seni.
Masjid ini sentiasa diberikan perhatian yang cukup dengan penambahan ruang solat dan juga kemudahan-kemudahan yang lain. Ia merupakan salah satu mercu tanda penuh bersejarah bagi Bandaraya Kuala Lumpur.
|
Bahagian masuk utama masjid. |
|
Pandangan dari sisi. |
|
Pandangan dari bahagian atas. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan