Gua Sha melancarkan meredaran darah dan memberikan kerehatan. |
Teknik perubatan Gua Sha (刮痧; guā shā) merupakan salah satu perubatan traditional yang berasal daripada China sejak ribuan tahun dahulu. Seperti juga teknik-teknik perubatan alternatif yang lain, ia kurang difahami hari ini walaupun masih terdapat ramai pengamalnya (jadi anda perlu berhati-hati sekiranya ingin mendapatkan rawatan melalui teknik perubatan ini).
Gua Sha menggunakan teknik gosokan menggunakan objek-objek tumpul daripada sudu tembikar, syilling, tulang binatang, tanduk, jade dan sebagainya. Teknik perubatan ini berkembang meluas dan di Vietnam ia dikenali sebagai “cạo gió”, yang antara lain membawa maksud; melurut angin. Teknik rawatan ini juga turut diamalkan di Java dan dikenali sebagai “kerikan” atau “kerokan”. Ia mungkin mempunyai nama-nama lain mengikut kawasan dan daerah, namun pada konsepnya adalah menggunakan objek tumpul untuk melurut permukaan luar kulit.
Mungkin anda tidak perlu menekankan penggunaan Gua Sha seperti ini. |
Antara teks lama merujuk kepada perawatan gua sha. |
Teknik perawatan ini menimbulkan banyak tanda tanya mengenai keberkesanannya selain menimbulkan bekas yang agak mengerikan pada permukaan kulit. Apa yang pasti, teknik ini tidak didokumentasi dengan sempurna seperti teknik akupuntur, kerana ia biasanya dianggap sebagai teknik urutan yang sedikit melegakan. Namun ia boleh mendatangkan mudarat sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati. Tekanan yang terlalu kuat boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada pembuluh-pembuluh darah halus di bawah permukaan kulit. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan tekanan yang terlalu kuat semasa melakukan teknik rawatan guasa.
Usaha untuk memahami teknik perubatan ini giat dijalankan bagi mengenalpasti potensi sebenarnya kepada kesihatan. Antara usaha untuk memahamim kaedah ini dijalankan oleh Dr Arya Nielsen daripada Beth Israel Medical Center, New York. Kerja-kerja beliau boleh diikuti daripada beberapa laman web yang disediakan seperti pacificcollege.edu dan juga guasha.com. Malah banyak lagi laman yang menyediakan rujukan untuk anda memahami teknik perawatan jenis ini mengenai bagaimana ianya berfungsi antaranya adalah guashaspace.com.
Antara peralatan utuk rawatan gua sha. |
Segala objek tumpul dan tidak mencederakan kulit digunakan. |
Apa yang sukar dibuktikan adalah keberkesanannya dalam merawat penyakit-penyakit kronik; dan anda tidak dinasihatkan merawat penyakit jenis tersebut melalui kaedah perawatan ini. Adapun ia mungkin membantu untuk melancarkan peredaran darah dan memberikan kerehatan pada badan sekiranya dilakukan dengan betul. Jadi ianya perlu dilihat seperti juga teknik urutan.
Sekiranya anda ingin mencuba teknik ini, apa yang dinasihatkan adalah tidak melakukannya dengan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan. Lakukan sedikit semakan mengenai teknik perubatan ini, kerana ia tidak boleh merawat segala jenis penyakit melainkan hanyalah memberikan sedikit kerehatan dan membantu melancarkan peredaran darah. Sekiranya anda berminat, carilah lebih maklumat untuk memahaminya bagi tujuan yang lebih baik.
Gua sha juga digunakan dalam perawatan kecantikan. |
Alat gua sha yang diperbuat daripada batu jade. |
Gua Sha bukanlah teknik perubatan ajaib, jadi anda perlulah berhati-hati. Namun begitu ia juga tidak boleh dipandang remeh kerana ia juga mungkin berpotensi dalam membantu anda mencapai kesihatan yang lebih baik. Dapatkan maklumat yang tepat sebelum anda mencubanya, dan bantulah mereka yang lain dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai perawatan ini sekiranya anda menemuinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan