Tentu anda semua pernah mendengar mengenai buah zaitun atau olive (Olea europaea) yang merupakan buah yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu iaitu kira-kira 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu. Selain daripada membekalkan minyak, buah zaitun juga merupakan sumber makanan kepada manusia. Pokok zaitun adalah berasal dari family Oleaceae yang didapati tumbuh di banyak kawasan di dunia dari Benua Afrika, Asia sehingga ke China, Canary Island, Mauritius dan RĂ©union. Penggunaannya untuk tempoh yang lama membolehkan lebih banyak kultivar baru dihasilkan yang terdapat di banyak kawasan-kawasan lain sehingga ke Mediterranean, Argentina, Saudi Arabia, Java, Norfolk Island, California juga Bermuda.
Dua hasil utama buah zaitun adalah dalam bentuk buah dan minyaknya. Minyaknya sepertimana yang kita ketahui telah lama digunakan di bahagian Timur Tengah dan minyaknya juga digunakan sebagai bahanapi selain digunakan sebagai minyak masakan yang penting di bahagian Eropah. Namun minyak zaitun juga diketahui mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan terutamanya untuk rambut dan kulit.
Pokok zaitun merupakan pokok yang tidak terlalu tinggi dengan ketinggian antara 8 - 15 m (26 – 49 ft.). Namun pokok zaitun mampu hidup untuk tempoh yang lama dan ada yang menjangkau sehingga ribuan tahun. Ini kerana pokok zaitun tahan dengan perubahan keadaan cuaca selain keadaan panas, kemarau dan juga keadaan tanah yang agak masin (high salinity). Maka tidak hairanlah mengapa ianya dikenali di serata dunia, selain menjadi sumber perdaganggan sejak ribuan tahun dahulu. Sehingga ke hari ini, zaitun merupakan antara tanaman penting di beberapa buah negara dengan pengeluaran tertinggi dari negara Spain, Italy, Greece, Turkey, Moroco dan lain-lain.
Selain membekalkan minyak dan makanan daripada buahnya. Kayu pokok zaitun juga boleh digunakan untuk membuat perabut. Kayu pokok zaitun sering dijadikan perabut kerana kayunya berminyak dan mengeluarkan bauan yang harum. Zaitun mempunyai bunga yang bersaiz lebih kecil dan berwarna putih, kerana agen pendebungaan utamanya adalah angin.
Manakala buah zaitun pula perlu diproses (dijeruk) sebelum ianya boleh dimakan. Saiznya juga agak kecil dengan seketul biji ditengahnya dan dipanggil “drupe” seperti juga buah almond, aprcot, tamar, kopi, kelapa dan lain-lain lagi. Bagi tujuan makanan, buah yang mempunyai isi yang lebih tebal dipilih sebelum dijeruk bagi mengurangkan rasa pahit kerana ia mengandungi ‘oleuoropein’. Selain membeli buah zaitun yang telah siap diproses, ada juga para pengguna yang menjeruk buah zaitun mereka sendiri di rumah.
Beberapa Khasiat Buah Zaitun
- Buah zaitun merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Selain membekalkan tenaga ia juga mengandungi anti-oksidan, minerals, phyto-sterols dan juga vitamin-vitamin tertentu.
- Ia mengandungi kalori yang tidak terlalu banyak; iaitu bagi 100 g boleh membekalkan sehingga 115 kalori. Kalori ini berasal dari minyaknya yang terdiri daripada mono-unsaturated fatty acids (MUFA), seperti oleic acid (18:1), dan palmitoleic acid (16:1) yang membantu mengurangkan LDL atau kolestrol yang tidak baik, berbanding tinggi dengan HDL atau kolestrol yang baik. Kesan penggunaan minyak zaitun ini dapat dilihat pada tabiat pemakanan Mediterranean yang kurang menghidap penyakit jantung, stroke selain membantu memperbaiki lipid pada sel darah.
- Oleuropein dan oleocanthal merupakan dua bahan anti-oksidan yang baik. Ditambah pula dengan kandungan vitamin E dan carotenoid, ia membantu dalam menentang kanser, keradangan, penyakit koronary arteri, kerosakan pada sel saraf, dibetes dan lain-lain lagi.
- Vitamin E juga merupakan anti-oksidan terlarut yang baik, diperlukan untuk mengekalkan fungsi mukosa membrane sel dan kulit dengan melindunginya dari radikal bebas oksigen.
- Ini ditambah lagi dengan kandungan mineral seperti calcium, copper, iron manganese, dan zinc. Malah ia juga mengandungi sejumlah vitamin-vitamin penting seperti B-komplek iaitu niacin dan choline, serta pantothenic acid.
- Minyak zaitun merupakan antara minyak yang baik digunakan untuk masakan kerana kurang mengandungi minyak tepu (saturated fat), sebaliknya mengandungi linoleic (omega-6) dan linolenic acid (omega-3), iaitu lemak-lemak penting dengan nisbah 8:1.
Minyak zaitun salah satu daripada hasil dari buah zaitun. |
Virgin Olive Oil, yang mempunyai banyak kebaikan. |
Itu hanyalah sebahagian kebaikan minyak zaitun tidak termasuk faedah penggunaannya untuk rambut dan kulit seperti yang telah lama diketahui. Minyak zaitun telah digunakan untuk tujuan ini sejak ribuan tahun dahulu. Minyak zaitun merawat kulit kering dan beberapa lagi masalah kulit selain menghilangkan kesan parut. Ia juga adakalanya mampu merawat jangkitan kulat pada kulit dan kuku. Faedahnya sebagai minyak rambut juga telah lama diketahui bagi mengelakkan rambut rosak daripada keadaan cuaca, kekeringan (akibat penghawa dingin), kesan bahan kimia seperti gel rambut, semburan rambut dan sebagainya. Malah setiap pengguna minyak zaitun mempunyai kaedah tersendiri memanfaatkan minyak ini.
Manakala kita di Malaysia hanya menggunakan minyak zaitun pada kadar yang paling rendah. Ia tidak digunakan sebagai bahan masakan, manakala minyak zaitun yang digunakan untuk minyak rambut pula adalah minyak yang telah diproses. Mungkin tidak semua berminat untuk mengetahui mengenai zaitun dan khasiatnya, tetapi mungkin ia kerana kita kurang mengetahui mengenai faedah serta khasiatnya. Masih belum terlambat untuk kita mempelajarinya.
Anak pokok zaitun untuk dijual whatsapp 0132071229
BalasPadamAnak pokok zaitun untuk dijual whatsapp 0132071229
BalasPadamPM saya 0195356084
Padamsalam
BalasPadamsalam
BalasPadam