Halaman

Khamis, 30 Jun 2016

Adakah Gadget Mendatangkan Mudarat Pada Anak Anda?

Gadget mampu memberikan ransangan yang lebih berbanding buku.

Satu persoalan penting pada masa kini kerana ia merupakan antara keperluan penting dan fenomena semasa yang hangat diperbincangkan . Namun penggunaannya kepada kanak-kanak boleh membawa impak yang sangat besar. Maka dengan itu, kita perlu memberikan tumpuan yang serius tentang kesan jangka panjang ini yang akan memberikan kesan sehingga kanak-kanak tersebut meningkat dewasa?

Setiap perkara mempunyai kesan positif dan negatif maka terpulanglah kepada kita dalam memanfaatkannya. Bagi kanak-kanak pula ianya adalah bergantung kepada apakah yang kita berikan kepada mereka (dan pengawasan semasa mereka menggunakan peralatan yang digunakan). Kerap kali kesan negatif adalah disebabkan oleh cara penggunaan bukan disebabkan oleh sesuatu barang atau peralatan tersebut.

Mengapa Ia Penting?

Pada mulanya kesan negatif penggunaan gadget amat merisaukan. Namun apabila dilihat kepada kebaikan yang mampu diberikan oleh peralatan ini adalah jauh lebih baik. Ini dibuktikan dengan beberapa bukti yang menunjukkan kanak-kanak pintar juga merupakan mereka yang kerap menggunakan gadget-gadget yang berada di pasaran. Selain itu juga ramai lagi remaja lain yang memanfaatkan peralatan ini samada untuk kejayaan mereka dalam bidang pelajaran, rekaan dan perniagaan dalam usia yang lebih muda. Jadi apakah yang menyebabkan gadget merbahaya?

Faktor penggunaan dan pengawasan merupakan faktor yang penting apabila sesuatu barangan diberikan kepada kanak-kanak. Adalah penting bagi orang dewasa membuat tinjauan mengenai sesuatu barangan dan kesannya sebelum diberikan kepada kanak-kanak di bawah pengawasan mereka. Adalah lebih baik juga sekiranya penggunaan alatan tersebut dapat digunakan bersama, jadi anda boleh berbincang mengenai perkara yang dilakukan dengan peralatan tersebut.

Ya, tiada perkara yang mudah dan ianya amat sukar sekiranya anda tidak meminatinya. Ini kerana bukanlah mudah mengawasi aktviti kanak-kanak menggunakan peralatan elektronik (kerana perisian kanak-kanak membosankan golongan dewasa). Namun ia merupakan tanggungjawab, dan anda perlu melatih diri anda untuk menjadi pengajar, guru, rakan, pendorong kepada mereka sewaktu program ini dijalankan. Sekiranya anda memahami tugas dan fungsi anda dengan tepat, maka mungkin ianya tidaklah sesukar mana.

Pendedahan Di Peringkat Awal

Melalui peralatan yang ada, anda boleh memberikan pendedahan awal kepada anak-anak anda mengenai banyak perkara dalam pelbagai bentuk ransangan pula. Ini kerana melalui gadget ini, anak anda juga boleh berinteraksi dengan peralatan tersebut selain hanya interaksi dalam bentuk teks, audio dan video. Apa yang penting adalah pengelibatan anda untuk menentukan appikasi yang sesuai untuk mereka.

Banyak aplikasi yang disediakan khusus untuk kanak-kanak dan aplikasi jenis inilah yang perlu anda berikan kepada mereka. Aplikasi dari jenis ini disediakan khusus bagi memberikan pendedahan dan pendidikan kepada mereka. Ia juga disediakan oleh mereka yang pakar dalam pendidikan kanak-kanak untuk memastikan mutu pendidikan yang berkualiti. Dengan erti kata lain, ia membantu anda mendidik anak-anak anda.

Gadget Dalam Kehidupan

Alexis menjadikan iPad sebagai antara aktiviti kegemarannya.

Kepentingan gadget dalam pendidikan ini dapat dilihat daripada penggunaannya di serata dunia. Antaranya adalah Alexis Martin seorang kanak-kanak pintar dari Arizona, US. Pada usia 3 tahun beliau telah diterima menyertai pertubuhan Mensa. Seperti juga kanak-kanak lain Alexis banyak menghabiskan masanya menggunakan iPadnya sebagai sebahagian permainan harian. Alexis telah mampu membaca pada usia 2 tahun

Reaksi Arden Hayes di dalam rancangan Jimmy Kimmel, Live. 

Bagitu juga dengan seorang lagi kanak-kanak pintar iaitu Arden Hayes yang mempunyai gadget pilihan beliau sendiri iaitu “iPad’”. Pada usia 5 tahun Arden muncul dalam beberapa rancangan TV untuk mempamerkan kemahiran beliau mengenalpasti setiap presiden Amerika dan juga mengenali dan mengingati nama negara dan ibu negerinya. Kanak-kanak pintar ini juga amat petah dalam bertutur dengan orang dewasa.

Dengan dorongan bapanya Ayan Qureshi menjadi "computer specialist" termuda.

Manakala seorang lagi kanak-kanak yang menunjukkan kemahiran dalam pemprograman komputer pada usia enam tahun, iaitu Ayan Qureshi (5 tahun) berjaya menduduki peperiksaan sebagai “computer specialist”. Beliau menduduki peperiksaan tersebut di Birmingham City University, UK. Beliau mula menunjukkan minat terhadap komputer pada usia 3 tahun yang menyebabkan bapanya menyediakan sebuah makmal komputer bagi beliau.

Itu hanyalah sebahagian contoh kecil mengenai fungsi gadget dalam pendidikan kanak-kanak dalam dunia hari ini. Namun begitu pengelibatan orang dewasa adalah penting bagi memastikan keberkesanan penggunaannya. Tanpa pengawasan, ia bukan sahaja menjadi satu pembaziran, malah mungkin membawa mudarat.


Jadi terpulanglah kepada anda dalam membuat keputusan. Samada mengambil peluang ini untuk mendapatkan kebaikan darinya, mengabaikannya bagi menjimatkan perbelanjaan atau mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak anda menggunakannya untuk menghabiskan masa mereka tanpa kawalan. Apakah komen anda?





Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan