Halaman

Ahad, 15 Mei 2016

Mengenali Ikan White Marlin (Tetrapturus albidus)

Ikan 'white marlin' di bawah permukaan air.

Ikan White Marlin (Tetrapturus albidus) seperti juga ikan-ikan marlin yang lain lebih terkenal sebagai ikan yang menjadi kegilaan kaki pancing (buruan). Saiznya yang besar dan reaksinya apabila termakan umpan pemancing merupakan punca utama mengapa ia menjadi pilihan terbaik bagi kaki-kaki pancing menunjukkan kehebatan mereka.

Antara ciri-ciri utama yang membezakan ‘white marlin’ adalah lokasinya habitatnya iaitu antara latitude 45° N dan 45° S di perairan sub tropika lautan Atlantik (jadi ia tidak terdapat di perairan Indo-Pacific seperti ikan-ikan marlin yang lain). Selain itu ia juga memilih perairan dengan kedalaman melebihi 100 meter dalam. Bagaimanapun ikan-ikan white marlin akan berada berhampiran permukaan air dan sesekali menhampiri kawasan-kawasan lain. Dari segi suhu air pula, ia memilih perairan dengan suhu melebihi  22°C.

Dari segi rupa bentuk pula ikan white marlin mempunyai rupa bentuk yang hampir sama dengan ikan-ikan marlin yang lain atau keluarga yang lebih besar termasuk sailfish, blue marlin, dan spearfish. Rupa bentuk yang tirus dan mempunyai muncung yang tajam membolehkan ia berenang dengan pantas di dalam air. Ikan ini juga boleh mencapai saiz sehingga  2.8 m (9.2 ft) dan berat 82 kg. (180.8 lbs). Ini membolehkan ia menjadi lawan yang paling ketat bagi para pemancing tegar kerana ia bukan sahaja mempunyai tenaga yang cukup kuat, malah akan berenang dan melompat keluar dari air dalam usaha untuk melepaskan dirinya.

'White marlin' berenang di dalam air.

Ikan marlin cuba melepaskan diri dari pemancing.

Ikan 'white marlin' yang berjaya ditangkap.

Manakala dari segi warna pula, ikan white marlin ini mempunyai warna biru kehitaman di bahagian atasnya dan putih perak dengan serakan warna coklat pada bahagian sisinya, putih perak pada bahagian bawahnya dan garis-garis putih. Sirip-sirip dan ekornya adalah lebih tirus dan runcing tidak seperti ikan layar (sailfish) yang mempunyai sirip dorsal yang lebih besar.

Ikan-ikan marlin adalah ikan pemburu bersaiz besar dan tidak mempunyai pemangsa yang banyak. Namun begitu ia adakalanya akan mendapatkan bantuan daripada pemburu-pemburu yang lain (kerana memburu dalam kumpulan yang kecil adalah sukar). Makannya terdiri daripada ikan terbang, tuna kecil, mahi-mahi dan juga sotong (squid).


Malangnya ikan white marlin telah didaftarkan sebagai spesis terancam di bawah senarai IUCN menjelang 2007 dan ini membawa maksud ia berada dalam jumlah yang sukar untuk kembali kepada jumlah biasa semula. Jadi walaupun ia merupakan ikan idaman para pemancing, adalah diharap semoga ia tidak diburu sehigga ke tahap pupus, kerana ia pastinya mempunyai fungsinya sendiri dalam keseimbangan ekosistem. 


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan