Oarfish yang dijumpai dihanyutkan ke pantai. |
Oarfish (Regalecus glesne) jarang ditemui oleh manusia kerana merupakan antara hidupan laut yang mendiami perairan yang dalam. Oleh kerana rupa bentuknya yang agak berbeza dengan kebanyakan ikan-ikan laut yang lain, maka penemuan ikan ini buat pertama kalinya mungkin agak memeranjatkan bagi manusia.
Rupa bentuknya yagng panjang dengan sisik berkilat bewarna perak memudahkan ianya kelihatan apabila menghampiri permukaan air. Saiznya pula boleh menjangkau sehingga 36 kaki panjang. Ia kelihatan besar dari sisi, namun sebenarnya ianya adalah berbentuk leper/pipih dari sisi. Walaupun ia kelihatan sedikit menakutkan, ikan aorfish tidak mempunyai gigi dan menjadikan plankton sebagai sumber makanannya.
Ikan oarfish mempunyai taburan di perairan tropika sehingga ke perairan bersuhu sederhana. Ini bermakna ia juga boleh dijumpai di perairan Atlantik, Mediterranean, Pantai Taponga di Selatan California, sehingga ke Chile, dan perairan Pasifik. Ini termasuklah Australia dan perairan di sekitanya. Ia boleh dijumpai sehingga kedalaman 1,000 m (3,280 ft) dan kebiasannya memilih untuk berada pada kedalaman 200 m (656 ft).
Taburan ikan Oarfish di seluruh dunia. |
Spesimen ikan yang disimpan. |
Penemuan manusia dengan ikan ini adalah melalui bangkainya yang dihanyutkan oleh arus ke pantai. Ia mula didokumenkan oleh Peter Ascanius pada tahun 1772 di pantai Norway di mana ia mendapat namanya "Glesnaes", iaitu nama sebuah ladang di Glesvær, Norway.
Ikan oarfish merupakan ikan bertulang (bony fish) terpanjang dengan mencapai sehingga 11 m (36 ft); terdapat juga dakwaan spesimen yang mencapai sehingga 17 m (56 ft) namun kebenaran ini tidak disahkan. Manakala saiz biasa ikan oarfish yang dijumpai adalah sekitar 3 m (9.8 ft). Berat paling tinggi dicatatkan oleh ikan ini adalah sehingga 272 kg (600lb).
Hari ini ikan ini mempunyai pelbagai nama dari seluruh dunia – menunjukkan ia terdapat di merata kawasan di dunia juga. Cuma, penemuannya tidaklah sekerap ikan-ikan lain yang menjadi hasil tangkapan ataupun ikan-ikan yang biasa mendiami terumbu karang. Ia tidak mempunyai nilai komersil pada manusia.
Ikan yang mati dihanyutkan arus ke pantai. |
Pandangan dekat bahagian hadapan dan belakang ikan oarfish. |
Hujung tentikel pada sirip pelvik yang dikatakan sebagai pengesan/ alat deria. |
Banyak perkara yang tidak diketahui mengenai ikan ini. Selain daripada hidup bersendirian, ia juga adakalanya berenang secara menegak. Ia dapat di videokan oelh saintis di Teluk Mexico pada tahun 2010. Ikan yang ditemui pada lapisan mesopelagic (kedalaman 200 – 1,000 m) ini buat kali pertamanya dirakamkan di habitat asalnya.
Masih banyak lagi hidupan-hidupan di lautan yang tidak kita ketahui oleh kerana keluasan dan kedalaman laut yang jauh lebih luas dari daratan. Penjelajahan berterusan membolehkan kita terus mempelajari keunikan dunia hidupan ini dalam memastikan kita tidak menjadi ancaman kepada kehidupan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan