Sabtu, 7 Mei 2016

Ikan Terumbu Karang Yang Cantik Blue Parrotfish

'Blue parrotfish' dengan warna biru yang mudah dikenali. 

Blue parrotfish (Scarus coeruleus) merupakan salah satu spesis daripada kumpulan ikan-ikan parrotfish yang mendiami kawasan terumbu karang. Ie merupakan salah satu penghuni terumbu karang yang penting dalam memastikan kawasan terumbu karang berkeadaan bersih dan terkawal daripada ditumbuhi oleh rumpai laut dan sponge yang berlebihan.

Berbeza dengan ikan-ikan parrotfish yang lain blue parrotfish ini sesuai dengan namanya sendiri yang menyatakan warnanya yang biru. Warna birunya yang jelas tidak seperti ikan-ikan lain yang hanya mempunyai sebahagian kecil badan mereka berwarna biru dengan gabungan warna-warna yang lain. Mendiami hanya kawasan perairan Atlantik terutamanya di kawasan sekitar Laut Carribbean. Manakala ikan-ikan parrotfish yang lain lebih banyak mendiami kawasan Indo-Pacific dan juga kawasan-kawasan terumbu karang yang lain.

Taburan ikan 'blue parrotfish'.

Ikan 'blue parrotfish' mencari alga dan rumpai laut.

Ikan blue parrotfish secara puratanya berukuran antara 30 – 75 cm panjang. Namun ia boleh mencapai saiz sehingga 1.2 meter dan itu merupakan saiz yang agak besar bagi ikan-ikan terumbu karang. Sepeti juga kumpulan ikan parrotfish yang lain ia mempunyai mulut yang berbentuk muncung (yang juga menyebabkan mereka mendapat gelaran parrotfish).

Muncungnya yang mengandungi gigi yang dipanggil ‘pharyngeal teeth’ digunakan untuk meragut rumpai laut dan juga alga dari permukaan batu-batu di sekitar kawasan terumbu karang selain turut menjadikan organisma-organisma kecil lain sebagai antara makanannya.

Muncung yang menyerupai burung kakak tua (parrot).

Ikan membentuk 'cocoon' apabila tidur.

Ikan-ikan ini kebiasaanya akan berada pada ke dalaman 3 – 25 meter (9.8–82.0 ft) di kawasan Barat Atlantik daripada Maryland di United States hingga ke Bermuda, Bahamas, dan ke Selatan hingga ke Brazil. Ia juga terdapat di sekitar Barat Indies namun tidak melewati sehingga ke Teluk Mexico. Anak-anak ikan blue parrotfish ini kebiasaanya terdapat di kawasan yang ditumbuhi oleh  turtle grass (Thalassia testudinum).


Populasi ikan ini dikatakan stabil walaupun ikan-ikan bersaiz besar adakalanya menjadi buruan nelayan, manakala sebahgian ikan-ikan ini juga turut mendiami kawasan yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan. Setakat ini ia masih berada di dalam keadaan "Least Concern" mengikut perangkaan  IUCN.






Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog