Golden jellyfish merupakan antara hidupan yang mampu melakukan fotosintesis. |
Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan adalah disebabkan terdapatnya kloroplast (chloroplasts) di dalam sel nya. Namun untuk membolehkan sel haiwan juga mengandungi kloroplast melalui proses kejuruteraan genetik merupakan satu perkara yang sukar.
Ini kerana kebolehan ini bukanlah dikawal oleh satu gene tertentu di dalam DNA tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan satu adaptasi hidupan untuk satu jangkamasa yang panjang iaitu kira-kira 1.5 billion tahun dahulu, apabila bakteria yang membentuk ikatan secara simbiosis dengan organisma lain dan menghasilkan keunikan untuk menghasilkan makanan (gula) daripada pancaran matahari.
Kloroplast di dalam sel di bawah mikroskop. |
Lintah hijau yang mampu menyerap kloroplast untuk melakukan fotosintesis. |
Walaupun terdapat beberapa hidupan yang menunjukkan ciri-ciri kebolehan untuk melakukan fotosintesis seperti lintah hijau, obor-obor (golden jellyfish), kerang gergasi, batu karang dan beberapa hidupan unik yang lain, kesemuanya adalah melalui proses yang diperolehi secara semulajadi (evolusi) hidupan-hidupan ini sendiri.
Pada tahun 2010, pengkaji di Harvard cuba memasukkan bakteria fotosintesis ke dalam telur ikan “zebrafish”. Walaupun bakteria tersebut masih hidup selepas ikan itu menetas, namun ia tidak membesar ataupun membiak dan ia tidak menghasilkan gula yang banyak.
Kerang gergasi juga merupakan antara hidupan yang mampu melakukan fotosintesis. |
Batu karang, merupakan hidupan yang melakukan fotosintesis. |
Proses fotosintesis bagaimanapun hanya akan menghasilkan gula dan tumbuhan pula boleh menghasilkan molekul bio-kimia lain yang diperlukannya. Ini berbeza dengan haiwan yang memerlukan nutrient tambahan daripada makanannya. Jadi proses fotosintesis tidak dapat menggantikan keperluan untuk haiwan-haiwan mencari sumber makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan