Halaman

Ahad, 1 Mei 2016

Pengujian Enjin Kapal Terbang Terbesar Di Dunia GE9X

Engin GE90X yang menjalani ujian FETT.

Enjin jet kapal terbang keluaran GE yang bakal digunakan pada kapal terbang terbang terbesar Boeing yang dijadualkan memulakan operasinya pada 2020 nanti mula diuji pada 19 April lalu di GE Aviation's Peebles Test Operation, Ohio, United States. Model kapal terbang yang dikenali sebagai Boeing 777X itu terdiri daripada 777-8 dan juga 777-9.

Sejak sekian lama pesawat Airbus A380 merupakan pesawat yang terbesar iaitu semenjak 2005 lagi. Kini tiba masanya sebuah pesawat baru dihasilkan samada lebih besar atau setanding dengan dengan A380. Penghasilan Boeing 777X mula dirancang pada tahun 2011 dan dijangka akan memulakan operasinya pada tahun 2020.  Setakat ini sejumlah 306 buah kapal 777X telah ditempah oleh 6 buah syarikat penerbangan dan 10 buah lagi oleh pembeli yang tidak disenaraikan.

Tidak seperti A380 yang menggunakan 4 buah enjin dari jenis Rolls-Royce Trent 900, pesawat Boeing 777X hanya menggunakan 2 buah engin dari jenis GE9X. Jadi enjin ini adalah jauh lebih besar dan juga mempunyai kuasa yang lebih besar iaitu sehingga melebihi 100,000 lbf. GE perlu memastikan enjin bagi pesawat baru ini memberikan prestasi yang diharapkan.

Ketika ini enjin tersebut melalui  ujian yang dikenali sebagai Full Engine To Test (FETT) yang dijalankan di GE Aviation's Peebles Test Operation di Ohio. Keluasan bukaan hadapan enjin ini sahaja mencapai sehingga 3.35 m (11 ft) dan beberapa perubahan perlu dilakukan seperti keluasan lubang udara, tangki minyak, gear yang lebih tahan panas dan beberapa perubahan lain. Enjin ini perlu menjalani ujian seterusnya menjalan pensijilan sebelum ianya boleh menjalani ujian pemasangan pada kapal terbang menjelang 2018 nanti.

Boeing 777-9X (hadapan).

Boeing 777-9 (belakang)

Perbezaan kedua-dua siri 777-8 dan juga 777-9.

A380 menggunakan 4 enjin.

Melalui jumlah kapal terbang yang telah ditempah sahaja sejumlah 700 GE9X perlu dihasilkan dengan harga berjumlah US$29 billion. Ia menggunakan 16 bilah kipas yang dibina menggunakan gentian karbon generasi ke-4, untuk membekalkan angin kepada 11 peringkat pemampat bertekanan tinggi pada nisbah 27:1. Ceramic matrix composites (CMC) digunakan bagi mengurangkan berat enjin selain membolehkan enjin bertahan sehingga mencapai suhu 2,400º F (1,315º C) untuk meningkatkan efisyensi enjin dan mengurangkan bahan pencemaran.

Selain itu juga GE9X menggunakan nozel minyak yang dihasilkan menggunakan teknologi percetakan 3D. Ini adalah untuk menghasilkan semburan minyak yang diperlukan di dalam kebuk pembakaran enjin.


Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh General Electric (GE) untuk menghasilkan enjin GE90X seperti yang diharapkan . Oleh kerana industri penerbangan merupakan industri penting yang mempunyai tahap keselamatan yang paling ketat, maka segala ujian ini perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan pesawat yang bakal dihasilkan dapat dihantar mengikut jadual. Bersama-sama kita saksikan satu lagi kapal terbang bersaiz gergasi yang bakal memenuhi ruang udara.






Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan