Pokok terung dan kentang juga boleh digabungkan "Egg and Chips". |
Berikutan kejayaan gabungan pokok kentang dan tomato (pomato), kini satu lagi kejayaan dalam gabungan dua tumbuhan dari family Solanaceae iaitu kentang (S. Tuberosum) dan terung (S. melongena). Gabungan tumbuhan ini kali ini diedarkan oleh sebuah syarikat pertanian di England yang lebih dikenali sebagai Thompson & Morgan.
Seperti juga pomato gabungan yang diberikan nama 'Egg and Chips' atau eggplant dan potato (juga dipanggil chips). Di mana kali ini bahagian atas tumbuhan ini akan menghasilkan buah terung manakala bahagian bawahnya pula menghasilkan ubi kentang. Oleh kerana kedua-dua tumbuhan ini berasal dari family yang sama, maka gabungan ini dapat menggabungkan kedua-dua pokok dengan baik.
Apa yang istimewa di sini, bagi 'Egg and Chips' yang dihasilkan, adalah hasil daripada percubaan ke atas lebih dari 20 varieti terung untuk mendapatkan hasil yang paling baik dari penghasilan buah dan juga kentang yang akan dihasilkan. Daripada cantuman ini pokok terung mampu menghasilkan 4 biji buah yang besar dengan kentang yang mencapai berat 2kg (4.5lbs) di dalam tanah. Namun begitu pokok yang dijual melalui Thompson & Morgan berharga £14.99 sebatang.
Terung dan kentang yang dihasilkan. |
Kentang yang dihasilkan mencapai berat 2kg sepokok. |
Benih "Egg and Chips" diedarkan oleh Thompson & Morgan. |
Kejayaan ini menguatkan lagi kejayaan gabungan pokok tomato dan kentang. Malah ramai penanam kecil-kecilan yang mula melakukan cantuman grafting (tut) mereka sendiri. Namun begitu seperti yang diterangkan tadi, benih yang dibeli ini mempunyai kelebihan menggunakan varieti yang lebih baik dan ia telah sedia di tut dengan sempurna.
Mungkin ramai yang telah mengetahui bahawa sebatang pokok boleh di tut dengan beberapa batang pokok yang lain dari spesis yang sama dengan mudah. Ini akan menghasilkan sebatang pokok dengan bunga yang berlainan seperti yang biasa dilakukan pada pokok bunga kertas (Bougainvillea), bunga ros, kaktus dan lain-lain lagi. Manakala dalam proses tut dari spesis berbeza namun dalam family yang sama seperti ‘Egg and Chips’ ini masih boleh dilakukan – namun varieti yang sesuai perlulah dikenal pasti dengan tepat untuk membolehkan ia menghasilkan buah dan isi.
Jadi telah terdapat dua contoh cantuman yang berjaya iaitu Pomato dan juga ‘Egg and Chips’. Maka dengan itu mungkin banyak lagi hasil tanaman sebegini yang akan dihasilkan. Adalah diharap bagi yang berminat akan terus berusaha untuk mencuba kerana hasil yang baik tidak mungkin datang dengan sekali percubaan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan