Ideonella sakaiensis 201-F6 yang mampu mengurai plastik. |
Masalah pembuangan plastik adalah salah satu masalah yang paling serius di muka bumi. Sehingga kini jumlah plastik yang terapung di permukaan laut dianggarkan berjumlah seberat 7,250,000 dan akan kekal di sana untuk satu jangka masa yang panjang. Sekiranya tiada usaha dilakukan, ia bukan sahaja mengancam hidupan lain malah, kehidupan manusia juga pasti akan terjejas.
Sekumpulan pengkaji Jepun yang diketuai oleh Dr. Kohei Oda dari Kyoto Institute of Technology dan rakannya Dr. Kenji Miyamoto dari Keio University mengumpulkan 250 sample plastik PET (Polyethylene terephthalate) untuk mengenal pasti bakteria yang menjadikan PET sebagai sumber karbon untuk mereka membesar.
Dari situ mereka mengesan bakteria yang diberi nama Ideonella sakaiensis 201-F6, yang mampu mengurai lapisan nipis PET dalam tempoh 6 minggu pada suhu 86°F (30°C). Bakteria ini menggunakan enzim pertama ISF6_4831 yang akan menghurai plastik kepada bahan pertengahan dan kemudian menggunakan enzim kedua, ISF6_0224 kepada bahan berikutnya.
Timbunan plastik yang dibuang. |
Plastik terus berkumpul di tengah lautan. |
Plastik yang terapung di tengah lautan. |
Plastik yang pertama dicipta pada 1907 oleh Leo Baekeland di New York dan ia dikenali sebagai bakelite. Namun dari situ teknologi penghasilan plastik terus berkembang dan digunakan dengan meluas. Oleh kerana harganya yang murah, ia merupakan bahan yang paling mudah didapati, mudah digunakan. Pembuangan bahan plastik sukar dikawal dan akhirnya ia dihanyutkan air sehingga berkumpul di tengah lautan.
Masalah plastik di lautan ini merupakan masalah yang amat serius. Malah bagi kepulauan yang tidak didiami manusia juga akan menjumpai kesan pembuangan plastik oleh kerana dihanyutkan air. Ia menyebabkan punca kematian banyak haiwan laut, samada besr mahupun kecil. Walaupun banyak aktiviti manusia yang menjejaskan kehidupan laut, kesan yang ditimbulkan oleh plastik masih lagi belum dapat dikenal pasti dengan tepat.
Walaupun bakteria seperti Ideonella sakaiensis 201-F6 ini boleh menghuraikan plastik di lautan; dan mungkin terdapat bakteria-bakteria lain yang mengevolusi untuk menghuraikan plastik, masa yang diambilnya adalah terlalu lama. Tidak seperti pereputan bahan organik lain yang berlaku dalam alam (yang dilakukan oleh banyak hidupan dari haiwan, fungus, serangga dan bakteria).
Serpihan plastik yang terapung di lautan. |
Pemerangkap plastik oleh 'The Ocean Cleanup'. |
Kesan daripada pembuangan plastik. |
Usaha untuk mengumpulkan bahan plastik di lautan adalah jauh lebih relevan kerana ia dapat mengurangkan bahan plastik yang terapung dalam masa lebih cepat. Bagitu juga dengan usaha mengurangkan penggunaan bahan plastik selain mengawal pembuangan plastik.
Dalam usaha yang dilakukan oleh ‘The Ocean Cleanup’ sejak beberapa tahun lalu oleh Boyan Slat yang juga merupakan pelajar dari Delft University of Technology merupakan kaedah yang dapat membantu masalah plastik di lautan ini. Mengikut perkembangan terbaru, pemasangan pemerangkap plastiknya akan dipasang di luar pantai North Sea, 23 km daripada pantai Netherlands.
Lautan merangkumi keluasan 71% dari keseluruhan permukaan bumi. Kepentingan lautan terhadap keseimbangan alam tidak dapat dinafikan. Ia bukan sahaja membekalkan manusia dengan sumber hidupan laut yang banyak, malah turut berfungsi dalam mengawal kandungan Karbon Dioksida dan juga Oksigen oleh plankton. Sekiranya masalah plastik tidak dibendung, ia akan suatu hari nanti ia akan mencapai pada tahap sudah terlambat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan