Gila monster (Heloderma suspectum) adalah agak berbeza dengan kumpulan cicak-cicak yang lain kerana ia dilengkapi dengan bisa. Ia berasal dari Barat Daya United States dan tinggal di kawasan-kawasan kering bergurun. Merupakan satu-satunya spesies cicak berbisa yang terdapat di Amerika. Manakala di keseluruhan Amerika Utara hanya terdapat dua spesies cicak berbisa termasuk keluarga terdekatnya iaitu Mexican beaded lizard (H. horridum).
Gila monster bersaiz agak besar juga dengan ukuran antara 26 ke 36 cm (10 ke 14 in). Ekornya yang agak pendek iaitu hanya 20% daripada keseluruhan panjangnya. Ia bagaimanapun boleh menjangkau saiz sehingga 51 ke 56 cm (20 ke 22 in) panjang. Beratnya pula adakah sekitar 350 ke 700 g (0.77 ke 1.54 lb). Manakala berat tertinggi pernah dicatatkan untuk spesies ini adalah 2,300 g (5.1 lb).
Berbeza pula dengan cicak-cicak yang dipaparkan sebelum ini, gila monster agak perlahan dan menghabiskan 95 dari masanya di dalam tanah daripada terik matahari. Ia keluar sesekali untuk mencari makan iaitu antara 5 ke 10 kali sahaja setahun. Makanannya boleh terdiri daripada burung kecil, mamalia, katak, cicak, serangga dan bangkai. Namun begitu makanan kebiasaannya adalah telur burung. Deria baunya yang istimewa, dapat mengesan telur burung dengan berkesan walaupun ia tertanam 15 cm (6 in) di dalam tanah, dan mampu pula mengekori bau telur yang bergolek.
Tidak seperti bisa pada ular, bisa gila monster terhasil pada kelenjar air liurnya, ia kemudiannya dipindahkan kepada giginya apabila ia mengunyah. Walaupun bisa ini agak kuat namun kuantitinya adalah sedikit. Jadi gigitan gila monster jarang membawa maut kepada manusia (yang sihat). Namun begitu gigitannya masih lagi menyakitkan. Malah, salah satu kaedah untuk melepaskan diri dari gigitannya adalah merendamkan ia di dalam air. Kesan gigitannya boleh mengakibatkan kesakitan yang kuat, edema, dan lemah akibat daripada penurunan tekanan darah.
Kejadian gigitan gila monster adalah jarang berlaku kerana ia merupakan haiwan yang agak perlahan malahan ia juga jarang meninggalkan sarangnya. Namun begitu sekiranya berlaku juga kes-kes tidak dijangka, pastikan rawatan segera didapatkan untuk mengelakkan penyebaran bisa ke dalam darah yang boleh menyebabkan komplikasi yang lain.
Gila monster dari jarak dekat. |
Ia juga menjadikan mamalia kecil sebagai makanan. |
Tidak banyak spesies cicak yang berbisa dan anda mungkin tidak menyangka yang cicak-cicak berbisa adalah termasuk biawak dan yang terpaling berbisa adalah cicak gergasi Komodo dragon (Varanus komodoensis), dari Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan