Halaman

Jumaat, 26 Februari 2016

Robot Generasi Baru Atlas

Atlas, robot generasi baru dari Boston Dynamics.

Pembangunan teknologi robot merupakan salah satu impian manusia sejak lama dahulu. Ia bermula dengan pembinaan mesin-mesin ringkas sebelum manusia mula mencipta komputer dan juga perisian AI yang mampu membantu robot memiliki lebih banyak kelebihan.

Atlas merupakan sebuah robot yang dihasilkan oleh Boston Dynamics dari Masschusetts dibina dengan mengutamakan keseluruhan fungsi yang perlu ada pada robot. Robot yang ‘bipedal’ (dua kaki) seperti yang kita ketahui mempunyai banyak kekurangan terutamanya dalam faktor pengimbangan. Masalah ini juga berlaku pada robot-robot generasi awal seperti Asimo yang dibangunkan oleh Honda pada awal 2000.


Berjalan di permukaan tidak rata, satu cabaran paling sukar bagi robot 'bipedal'.

Mengesan dan mengangkat sendiri barang.

Atlas menunjukkan kemampuan pengimbangan yang sangat menakjubkan selain mampu berjalan pada permukaan yang tidak rata. Ia sesuatu yang sukar dilakukan sebelum ini kerana melibatkan pelbagai komponen dan juga kemampuan AI yang sangat unik. Berbeza dengan manusia, semenjak bayi lagi kita perlu berlatih dengan merangkak sebelum berjaya melatih diri untuk mengimbangi badan dan berjalan dengan baik.

Kemampuan Atlas untuk melakukan kerja-kerja juga turut menunjukkan kehebatan kejuruteraan pembinaannya. Mengesan kedudukan objek dan mengangkat barang ke tempatnya yang betul biasanya memerlukan arahan yang tetap. Namun bagi Atlas ia dapat mengesan objek apabila dialihkan ke kedudukan baru dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.


Robot yang sedang dibangunkan. 
Antara robot lain yang direka oleh Boston Dynamics.

Boston Dynamics adalah antara syarikat yang dimiliki oleh Google pada tahun 2013 melihat kepada potensinya yang cerah. Ia merupakan sebuah syarikat yang banyak membangunkan robot-robot dalam pelbagai bentuk semenjak 1990-an lagi.


Melalui pelbagai lagi pembangunan teknologi baru seperti quantum komputer, graphene dan sebagainya, dunia robot akan terus membangun. Tiada siapa bolehmenduga sejauh mana teknologi ini akan berkembang, namun apa yang penting tujuan pembinaan robot pada mulanya adalah untuk membantu dan memudahkan hidup manusia dan bukan sebaliknya.






Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan