Halaman

Jumaat, 12 Februari 2016

Printer 3D Dengan Resolusi Tertinggi

Ultimaker 2 Extended dengan keupayaan yang lebih baik.

Ultimaker 2 Extended merupakan printer 3D (desktop) dengan resolusi tertinggi setakat ini untuk membolehkan hasil printer yang lebih halus dihasilkan. Seperti juga mereka yang sering bekerja dengan mana-mana printer, resolusi tinggi bermakna anda boleh menghasilkan satu hasil kerja yang halus berketepatan tinggi.

Sebagai desktop 3D printer ianya hanyalah berketinggian 30 cm (12 in) dan mungkin akan menggunakan sebahagian besar raungan desktop anda. Apa yang penting printer ini pasti dapat menghasilkan hasil yang menakjubkan seperti yang diharapkan. Sebelum ini peralatan terkecil pernah dihasilkan menggunakan Ultimaker 2 adalah – ‘cordless drill’ terkecil di dunia dan juga ‘circular saw’ terkecil juga.

Resolusi tinggi untuk hasil yang lebih halus.

Hasil kerja yang berketepatan tinggi.

Ciri-ciri kehalusan untuk semua hasil cetakan.

Berbanding Ultimaker 2 Extended pula keupayaan cetakannya boleh mencapai sehingga 20 micron, merupakan cetakan yang melebihi keupayaan kebanyakan printer di pasaran. Jadi keupayaan ini adalah satu keperluan penting bagi menghasilkan komponen-komponen kecil ataupun bahagian-bahagian tertentu pada sesebuah peralatan.

Tambahan pula desktop 3D printer baru ini amat mudah digunakan tanpa kemahiran khusus untuk penggunaannya. Ia menggunakan menerima file untuk cetakan daripada slot ‘SD card’ untuk memuatkan file yang perlu dicetak.


Printer ini menggunakan plastik PLA ataupun ABS dan harga bagi sebuah printer Ultimaker 2 Extended adalah sekitar €2,495 / US$3,030. Anda bolehkan memikirkan apakah yang ingin dihasilkan menggunakan printer ini nanti.



Free Download



1 ulasan: