Pokok paku-pakis (fern) merupakan kumpulan tumbuhan yang amat unik kerana ia bukan sahaja berbeza dari segi rupa bentuk malah tumbuhan ini mempunyai banyak lagi perbezaan yang ketara dengan kumpulan tumbuh-tumbuhan yang lain. Terdapat sekitar 12,000 spesies pokok paku-pakis yang tumbuh di serata dunia. Secara umumnya ciri-ciri utama pokok ini adalah ia merupakan tumbuhan vascular (dengan urat saluran air), tidak mempunyai bunga, buah dan biji, sebaliknya membiak dengan menggunakan spora.
Ciri-ciri unik ini adalah antara keperluan yang membolehkan pokok paku-pakis menjadi pokok yang terus membiak sehingga ke hari ini sejak 360 juta tahun dahulu iaitu Zaman Devonian. Bukti ini tentulah diperolehi daripada fosil yang ditinggalkan oleh pokok paku-pakis tersebut. Kebolehan paku-pakis membiak tanpa memerlukan agen pendebungaan inilah yang membolehkan ia membiak hampir di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Malah melalui sporanya yang halus, pokok paku-pakis boleh dilihat tiba-tiba muncul di satu-satu kawasan.
Spora paku-pakis yang terdapat di belakang daunnya. |
Pucuk paku-pakis (fiddleheads/frond). |
Adakalanya tumbuh hampir di mana sahaja. |
Pokok paku-pakis juga mempunyai pelbagai kegunaan pada manusia dan alam sendiri sudah tentu. Sebahagian nya boleh dijadikan sebagai sumber makanan (jualan/ekonomi), sebagai hiasan, memulihkan tanah yang tercemar, mencegah hakisan, digunakan untuk menyerap gas-gas merbahaya dari udara selain turut digunakan untuk upacara tertentu, perubatan dan kesenian.
Keunikan teknik pembiakan menggunakan spora adalah teknik unik yang digunakan oleh paku-pakis dan kulat/fungi sahaja. Namun kedua-dua tumbuhan ini adalah merupakan tumbuhan yang berjaya untuk terus membiak dan melakukan kerja-kerja mereka dengan baik sekali.
Oleh kerana terdapat spesies yang banyak dalam kumpulan tumbuhan ini, pokok paku-pakis mempunyai pelbagai rupa bentuk, saiz dan juga ciri-ciri unik lain untuk spesies-spesies tertentu. Terdapat juga spesies paku yang mempunyai batang yang meninggi seperti paku gajah atau Cyatheaceae yang boleh tumbuh setinggi 20 meter (66 ft.). Manakala yang lain kebanyakannya tumbuh pada ketinggian tanah, menjalar dan ada juga yang tumbuh di atas pokok-pokok yang lain.
Paku sakat sarang burung. |
Paku tanduk rusa. |
Bagi paku-pakis dari genus Azolla pula yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai ‘mosquito fern’, digunakan sebagai penggalak tanah di sawah padi di Asia Tenggara. Ia mempunyai keupayaan untuk mengembalikan kandungan nitrogen di dalam tanah.
Manakala kebanyakan pokok paku-pakis menjadi kegilaan peminat tanaman hiasan seperti Boston fern (Nephrolepis exaltata) yang merupakan sebahagian daripada genus Nephrolepis. Manakala paku seperti ‘sakat sarang burung’ atau Bird's Nest Fern (Asplenium nidus) dan juga ‘paku tanduk rusa’ atau staghorn ferns (genus Platycerium) turut merupakan sebahagian pokok paku yang menjadi sebahagian daripada tanaman hiasan.
Masih terdapat banyak pokok paku-pakis yang tidak digunakan secara komersial atau diketahui fungsi spesifiknya kepada manusia. Tumbuhan ini adakalanya juga bersifat invasif dan sukar dikawal. Namun begitu ia masih berguna sebagai pencegah hakisan bagi kawasan di mana pokok-pokok lain sukar tumbuh (lereng-lereng bukit batu kapur misalnya).
Paku duit-duit (dragon's scales). |
Pokok paku yang menular di sesuatu kawasan. |
Masih terdapat banyak pokok paku-pakis yang tidak digunakan secara komersial atau diketahui fungsi spesifiknya kepada manusia. Tumbuhan ini adakalanya juga bersifat invasif dan sukar dikawal. Namun begitu ia masih berguna sebagai pencegah hakisan bagi kawasan di mana pokok-pokok lain sukar tumbuh (lereng-lereng bukit batu kapur misalnya).
Pokok paku mempunyai kegunaan untuk membuang logam berat dari dalam tanah terutamanya ‘arsenic’. Keistimewaan pokok paku pakis ini terus dikaji untuk mengenal pasti potensinya kepada kehidupan manusia dan juga ekonomi.
Jadi itu adalah serba sedikit mengenai kehebatan tumbuhan paku-pakis yang dipaparkan kali ini. Sekiranya anda menyangka hanya tumbuhan berbunga dan berbuah sahaja yang mempunyai kebolehan unik, tumbuhan paku-pakis juga tidak kurangnya. Sekiranya anda mempunyai lain-lain maklumat mengenai tumbuhan istimewa ini bolehlah kiranya anda membuat sedikit tambahan di ruangan komen.
bagus awak punya info, ini memudahkan saya untuk menyiapkan tugasam yang diberi. harap awak boleh berikan kami info lagi tentang pokok atau lain2 lagi.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca blog kami. Kami akan cuba paparkan seberapa banyak info yang boleh. Namun sekiranya terdapat sebarang cadangan atau tambahan maklumat yang ingin dikongsi, sila tuliskan di ruangan komen ini.
PadamSaya sedang mengkaji tumbuhan ini bagi merawat nanah atau bisul pada manusia .terutama fiddlehead fern.jika awak ada info mengenai tumbuhan ini boleh share ke.email Saya azlinnawatiwahabofficial@gmail.com
BalasPadamTerima kasih atas komen. Semoga kajian anda berjalan dengan lancar. Tujuan kami adalah untuk memberi galakan dan memberi inspirasi. Jadi, kami percaya, ia akan berakhir dengan hasil yang terbaik. Semoga berjaya. (Y)
Padam