Halaman

Ahad, 14 Februari 2016

Mikro Post: Ular Paling Berbisa Inland Taipan

Inland Taipan mempunyai bisa yang sedikit tetapi amat kuat.

Ular Inland Taipan juga dikenali sebagai Fierce Snake (Oxyuranus microlepidotus) merupakan ular yang paling berbisa kerana mengandungi bisa dengan kandungan toksid LD50 paling tinggi di antara ular-ular lain. Walaupun ia berbisa ia jarang menyebabkan kematian kepada manusia kerana mendiami kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Walaupun jauh lebih berbisa, spesis ini tidak se-agresif jenis terdekatnya iaitu ‘coastal taipan’ (Oxyuranus scutellatus). Ia lebih senang lari menyembunyikan diri berbanding berhadapan dengan musuh – melainkan ia berhadapan dengan mangsa yang menjadi makanannya. Sehubungan itu kehebatan bisanya tidak diketahui melainkan setelah melakukan ujian ke atas bisa tersebut.

Ular ini terdapat di Australia terutama di kawasan bertanah hitam dan juga kawasan separuh kering di mana kawasan antara Queensland dan Selatan Australia bertemu. Kawasan ini agak kurang dihuni dan hanya menjadi kawasan hidupan-hidupan liar sahaja.

Kawasan yang menjadi habitat Inland Taipan.

Posisi Inland Taipan sebelum menyerang.

Ular ini jarang menghampiri penempatan manusia.

Ia mempunyai saiz purata 1.8 meter (5.9 ft.) dan ada di antaranya yang mencapai saiz sehingga 2.5 meter (8.2 ft.). Manakala taringnya pula adalah sekitar 3.5 ke 6.2 mm panjang (sedikit lebih pendek daripada coastal taipan).

Ia mempunyai bisa yang sedikit, namun ia hanya menghasilkan sebanyak 0.025 mg/kg pada sekali patukan untuk membunuh tikus. Berbanding dengan ular-ular lain di mana mengeluarkan bisa yang lebih tinggi pada patukan mereka seperti beaked sea snake (Enhydrina schistosa) 0.164 mg/kg, Indian cobra 0.565 mg/kg, manakala North American eastern diamondback rattlesnake 11.4 mg/kg.


Patukan ular ini boleh membawa maut kepada manusia dan rawatan dengan ‘antivenom’ diperlukan dengan segera. Antivenon untuk bisa inlang taipan ini dihasilkan oleh  Australian Reptile Park dan juga Commonwealth Serum Laboratories di Melbourne.

Inland taipan semasa musim sejuk.

Inland taipan semasa musim sejuk.


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan