Nama ikan ini sendiri amat unik. Nama tersebut adalah yang diberikan oleh orang Hawaii kepada ikan lagoon triggerfish (Rhinecanthus aculeatus) yang juga merupakan ikan terumbu karang. Bagi masyarakat Melayu ikan ini adalah tergolong dari kumpulan ikan ayam-ayam. Ia bukan sahaja mempunyai bentuk yang unik malah warnanya juga menarik.
Selain dikenali sebagai lagoon triggerfish, ia juga dikenali sebagai blackbar triggerfish, Picasso triggerfish, Picassofish, Whitebanded Triggerfish, Painted Triggerfish atau Jamal. Ia mungkin mempunyai banyak nama lain mengikut geaografi di mana ia dijumpai. Humuhumunukunukuāpuaʻa, boleh mencapai sehingga saiz 30 cm panjang dan bukanlah merupakan kumpulan ikan triggerfish terbesar dan tidak se-agresif seperti 'titan triggerfish'.
Ikan lagoon triggerfish dari dekat. |
Tempat persekitaran habitat ikan ini. |
Antara ciri unik triggerfish adalah muncungnya. |
Ikan yang akan bersifat ‘territorial’ ini akan mempertahankan kawasannya dari ikan-ikan lain, termasuk penyalam yang menghampirinya. Keadaan ini lebih ketara ketika ikan-ikan mengawal telur-telurnya. Namun ia tidaklah mendatangkan bahaya yang serius kerana gigi ikan lagoon triggerfish tidak pula setajam 'barracuda'.
Selain mempunyai nama yang unik bagi orang-orang Hawaii, ikan ini juga merupakan ikan rasmi bagi negeri tersebut. Ikan lagoon triggerfish mempunyai skema warna yang menarik dan juga corak renang yang unik menjadikan ia antara ikan akuarium yang popular. Namun begitu penjagaan ikan ini adalah jauh lebih rumit dari spesis air masin yang biasa (pastikan anda mempunyai pengalaman yang cukup sebelum mula membela ikan ini).
Ikan ini memerlukan akuarium bersaiz minima 80 gallon dengan suhu air 76 – 84 °F (24 – 29 °C). Manakala pH air pula berada di sekitar 8.0 – 8.4 dan keadaan graviti antara 1.020 – 1.024 (ini agak sukar untuk diukur). Ia juga perlu diberikan makanan dari pelbagai jenis antaranya termasuk udang kecil, siput berkulit, makanan hidup dan juga ikan. Ia juga tidak sesuai disimpan bersama spesies batu karang.
Oleh kerana ia adalah salah satu daripada kumpulan ikan triggerfish (ayam-ayam) anda juga perlu melihat spesies-spesies lain ikan-ikan ini yang sangat unik. Saya bukanlah menggalakkan anda membela ikan ini, namun berharap supaya kita dapat memelihara habitatnya supaya ia dapat hidup dengan sempurna.
wow!! baru saya tahu ada juga ikan macam ni ya
BalasPadam