Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Antara Cicak Terkenal Green Iguana

Green iguana, antara haiwan peliharaan yang popular.

Antara spesis cicak besar yang terkenal adalah  ‘green iguana’ (Iguana iguana), atau juga dikenali sebagai ‘common iguana’ atau ‘American iguana’, kerana ia lebih popular sebagai binatang peliharaan. Jadi ia biasa dilihat oleh kebanyakan kita samada yang hidup mahupun gambar-gambar. Green iguana mempuyai saiz yang besar, warna yang menarik dan juga perwatakan yang tenang membuatkan ia digemari.

Merupakan antara reptilian bersaiz besar ‘iguana’ boleh mencapai saiz sehingga 1.5 meter (4.9 ft) panjang dari kepala ke ekor. Namun ada juga yang mencapai saiz sehingga 2 meter (6.6 ft) dengan berat sehingga 9.1 kg (20 lb). Iguana merupakan haiwan diurnal (aktif siang) dan arboreal (tinggal di atas pokok) serta tinggal di kawasan berhampiran dengan air.

Iguana boleh memanjat dengan baik dan ia akan jatuh dengan selamat walaupun terjatuh dari ketinggian 15 meter (50 ft); iguana akan menggunakan kaki belakangnya untuk memegang pada dedaun dan ranting bagi mengurangkan kelajuan proses jatuh tersebut). Ia akan berada di dalam tanah pada musim dingin dan lembab untuk mendapatkan kepanasan. Ia juga boleh berenang dengan baik seperti juga cicak ‘green basilisk’.

Green iguana dari dekat.

Warnanya yang pelbagai dan menarik.

Gambar penuh seekor 'green iguana'.

Iguana terdapat di kawasan yang luas merangkumi dari Selatan Mexico hinggalah ke tengah Brazil, Dominican Republic, Paraguay, Bolivia dan  Caribbean; terutamanya Grenada, Curaçao, Trinidad and Tobago, St. Lucia, St. Vincent, dan Útila. Namun hari ini ia telah di bawa ke kawasan-kawasan luar seperti Grand Cayman, Puerto Rico, Texas, Florida, Hawaii, dan United States Virgin Islands. Manakala di kawasan-kawasan lain ia mungkin sampai secara tidak sengaja.

Iguana lebih bersifat herbivor, di mana ia akan memakan makanan daripada daun-daun, bunga dan juga buah-buahan. Ia menjadikan habitat berhampiran air bagi memudahkannya menyelamatkan diri sekiranya apabila di ancam musuh kerana ia juga mampu berenang dengan baik. Selain itu juga iguana mampu berlari dengan baik di atas tanah dan mempunyai rahang dan gigi yang tajam untuk mempertahankan diri. Ekornya juga boleh digunakan untuk melibas musuh apabila perlu. Ia juga berkemampuan untuk menanggalkan ekornya apabila ditangkap dan menumbuhkan ekor yang baru seperti juga cicak rumah.

Satu masa dahulu iguana turut menjadi sebahagian sumber makanan penting bagi penduduk Amerika Selatan dan juga Amerika Tengah sedari 7,000 tahun dahulu. Bagi sebahagian penduduk di sana green iguana masih lagi menjadi sebahagian makanan pilihan dan diberi gelaran “gallina de palo” yang bermaksud "bamboo chicken" atau "chicken of the trees”.


'Green iguana' dewasa.

'Green iguana' adakalanya berwarna kemerahan.

Green iguana merupakan antara reptilia yang popular sebagai binatang kesayangan. Namun begitu berbanding umurnya yang boleh menjangkau sehingga 20 tahun di habitat liar, kebanyakan ‘green iguana’ yang dipelihara ini mati dalam tahun pertama pemeliharaannya. Selainnya, samada dibebaskan atau diserahkan ke pusat-pusat jagaan reptilia. Ini kerana, walaupun green iguana kelihatan tenang dan mudah dikawal, ia memerlukan jagaan yang rapi.



Free Download



1 ulasan:

  1. This is really pretty cool place I like it because it has everything I want more on this blog soon.
    kbmdc.org/iguanas-cage-supplies-reptile/

    BalasPadam