|
Kerja-kerja menyiapkan replika Chauvet Cave. |
Replika mungkin tidak dapat menggantikan benda asal yang diwakilkannya, namun begitu ia masih boleh memberikan gambaran sebenar benda asal tersebut. Manakala dalam membina replika Chauvet-Pont-d'Arc Cave oleh “French Ministry of Culture”, banyak faktor yang di ambil kira sebelum projek yang menelan belanja $67 juta itu dijalankan.
Gua Chauvet bukanlah merupakan gua pertama yang dihasilkan dalam bentuk replika, sebelum ini sebuah lagi gua “Lascaux Cave” telah dihasilkan dengan cara begini untuk mengelakkan kerosakan kepada tapak asal yang terjejas teruk akibat aktiviti pelawat yang tinggi. Mungkin kita tidak menyedari bahawa aktiviti lawatan membawa kerosakan teruk kepada tinggalan sejarah. Bagi tinggalan sejarah seperti gua ini, kebanjiran ribuan pelawat menyebabkan kerosakan kepada keseimbangan gua tersebut. Lendiran hijau terhasil daripada bakteria, fungus dan alga terbentuk di dinding gua; terdapat kristal putih terbentuk menutupi lukisan-lukisan di dinding gua tersebut. Ini menyebabkan gua Lascaux ditutup kepada orang ramai pada tahun 1963.
|
Lokasi asal gua penting Chauvet di Lembangan Ardèche. |
|
Lokasi di mana Replika Chauret di bina. |
Berbeza dengan Chauvet-Pont-d'Arc Cave yang dijumpai pada 18 Disember 1994, yang dipenuhi dengan lukisan purba yang amat menakjubkan berusia sekitar 32,000 – 30,000 tahun; ia sempat diberikan perlindungan daripada kejadian sama yang menimpa kepada Lascaux. Namun begitu bagi memberikan orang ramai peluang untuk melihat keunikan gua yang penuh bersejarah ini, replikanya di bina tidak berapa jauh dari tapak asalnya.
Walaupun replika Chauvet tidak menyamai gua asalnya 100% yang mempunyai kepanjangan dua kali ganda lebih padang bola atau 86,000 kaki persegi dengan lima ruang utama. Namun tumpuan utama diberikan kepada penemuan-penemuan penting di Chauvet. Keputusan ini dibuat oleh sekumpulan pakar yang terdiri daripada engineer, geologist, artist dan “scenographers” bagi memastikan pengalaman yang hampir sama di gua asalnya.
|
Kerja-kerja melengkapkan syiling dan dinding gua. |
|
Kerja-kerja di dalam gua buatan tersebut. |
Sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan sekumpulan ahli projek menghabiskan masa di Chauvet untuk mengenalinya secara lebih dekat setiap “stalagmite” dan “stalactite”, lukisan-lukisan penting, tinggalan berbentuk tulang dan tinggalan-tinggalan lain di dalam gua tersebut. Sekitar 6,000 keping gambar diambil dan 680 jam digunakan untuk menjalankan ‘laser scanning’ bagi mendapatkan rupa bentuk permukaan gua dengan setepat yang boleh.
Hasil yang diperolehi dikumpulkan untuk membentuk gua tersebut di dalam bentuk digital. Scanning (imbasan) yang dilkukan pada 16 pixels pada satu millimeter persegi itu mampu memberikan gambaran yang jelas. Gambaran keseluruhan gua ini amat besar di mana kemudiaannya 80 bahagian daripada gua tersebut dikeluarkan dan membentuk peta 3-D yang lebih kecil namun masih memenuhi ciri-ciri Chauvet yang mengagumkan.
Gambaran potongan laser yang diperolehi dipancarkan di atas permukaan meja yang besar untuk membolehkan pekerja membentuk rod-logam untuk membentuk kerangka bahagian tersebut. Ia kemudiannya akan ditempatkan pada bahagian yang sepatutnya bagi melengkapkan keseluruhan binaan gua tersebut.
Setelah kerangka tetulang ini lengkap, ia akan dilapisi pula oleh jejaring sebelum disembur dengan “foam mortar”. Selepas itu barulah lapisan simen dikenakan dan ini melibatkan para pekerja dari pengecat, pengukir, pelukis dan geologist untuk menghasilkan permukaan yang menyamai permukaan gua asal.
Bagi memeberikan pengunjung pengalaman seperti di dalam gua sebenar, suhu di dalam gua replika juga akan mengikut seperti keadaan asalnya. Ia merupakan salah satu aspek yang diberikan penekanan dalam pembinaan replika ini yang akhirnya siap pada April 2015. Bagi kemudahan para pengunjung ia turut dilengkapi dengan penerangan interaktif, reastauran dan lain-lain kemudahan.
Kehebatan Chauvet-Pont-d'Arc Cave
|
Lukisan yang dihasilkan secara goresan. |
|
Lukisan di bahagian yang menempatkan singa dan badak memberikan banyak tanda tanya. |
|
Tulang beruang yang dijumpai di dalam gua. |
|
Ruang yang dipenuhi dengan lukisan lembu, kuda. |
Chauvet Cave merupakan sebuah gua yang amat berbeza daripada gua-gua lain yang pernah dihuni oleh manusia sekitar 30,000 tahun dahulu. Ia dipenuhi dengan lukisan, ukiran dan lakaran yang amat unik tidak seperti gua-gua lainnya. Ini kerana selain daripada haiwan-haiwan yang biasa diperhatikan di sekitar Eropah, ia turut mempunyai lakaran haiwan lain seperti badak sumbu dan singa dengan rupa bentuk yang juga amat menakjubkan.
Banyak perkara yang tersimpan di sini selain daripada hanya hasil lukisan itu sendiri. Adakah ia haiwan yang mendiami kawasan tersebut pada masa itu atau mereka adalah orang yang berhijrah ke kawasan tersebut? Memandangkan kepada kualiti lukisannya juga, ia menunjukkan kualiti lukisan yang jauh berbebeza dengan lukisan yang dihasilkan pada masa yang sama 30,000 tahun dahulu.
Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawap mengenai gua unik ini. Maka dengan itu mengapa ia perlu dipelihara daripada para pelawat adalah wajar. Sekiranya berlaku kerosakan kepada tinggalan-tinggalan yang berada di dalam gua tersebut ia tidak mungkin dapat digantikan semula kepada asalnya.
Dengan kemajuan teknologi dan kepakaran semua yang terlibat di dalam projek Pont-d'Arc Cave ini akhirnya ia dapat dibuka kepada orang ramai. Walaupun ramai yang berharap dapat mengunjungi lokasi sebenarnya namun kita perlu sedar, kerosakan yang boleh diakibatkan daripada aktiviti lawatan orang ramai mungkin boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk kepada lokasi tersebut. Maka dengan itu kita harus berhati-hati ketika membuat lawatan ke lokasi-lokasi yang lain juga.