Awan merupakan petanda awal mengenai keadaan cuaca samada cerah, mendung, hujan, dan ribut yang akan berlaku. Mengenal pasti awan merupakan perkara yang paling asas dalam meteorology dan sebagai ‘survival skills’ yang perlu ada bagi setiap orang. Mengenal pasti awan bukanlah satu perkara yang sukar kerana hanya memerlukan sedikit penelitian.
Awan terbentuk daripada titisan-titisan wap air yang tersejat daripada permukaan bumi (laut, sungai, tasik, dan seluruh permukaan bumi). Wap air dibawa tinggi ke atas atmosfera disebabkan oleh beberapa faktor iaitu ‘convective’, ‘orographic’ dan juga ‘frontal lifting’. Ia adalah proses yang berlaku dalam skala yang amat besar – jadi anda perlu melihat semua faktor tersebut dengan lebih dekat untuk memahaminya dengan lebih lanjut.
Wap air yang terkandung di dalam udara memerlukan partikel yang bertindak sebagai ‘condensation nuclei ’yang boleh terdiri daripada habuk, dan partikel-partikel mikroskopik daripada garam ataupun kotoran. Apabila wap air ini mencapai ketepuan, awan akan terbentuk dan boleh dilihat. Semua awan terbentuk di dalam lapisan ‘troposphere’, iaitu lapisan yang paling bawah di dalam atmosfera bumi. Hanya sebahagian daripada wap air ini dikatakan melepasi sehingga ke lapisan stratosphere dan mesosfera yag adakalanya membentuk awan nipis sekiranya suhu berkeadaan sejuk.
Manusia memberikan nama-nama untuk jenis-jenis awan yang berlainan. |
Bentuk awan 'lenticular' yang amat cantik |
Pengkelasan awan dimulakan oleh Luke Howard, iaitu seorang ‘pharmacist’ dan merupakan ‘meteorologist’ amatur pada tahun 1803. Beliau menghasilkan buku yang bertajuk “The Modifications of Clouds”, menamakan beberapa jenis awan melalui pemerhatiannya. Pengkelasan dan ‘terms’ yang digunakan juga adalah dipersetujui oleh komuniti meteorologi yang digunakan sehingga hari ini.
Pengkelasan daripada Luke Horward ini kemudiannya dilengkapkan lagi oleh World Meteorological Organization (WMO) yang kemudiannya membahagikan awan-awan tersebut kepada 10 kelas utama yang juga dipanggil ‘genera’. Pengkelasan utama awan-awan ini adalah mengikut ketinggian awan-awan tersebut boleh didapati iaitu:- cloud low (CL); awan rendah , cloud medium (CM); awan pertengahan and cloud high (CH); awan tinggi.
Ketinggian Awan (ft)
|
Jenis Awan
|
High Clouds (CH) – awan tinggi
| |
Biasanya berada pada ketinggian 20,000 kaki dan ke atas.
|
* Cirrus
|
* Cirrocumulus
| |
* Cirrostratus
| |
Medium Clouds (CM) – awan pertengahan
| |
Kebiasaannya berada di antara ketinggian 6,500 dan 20,000 kaki.
|
* Altocumulus
|
* Altostratus
| |
* Nimbostratus
| |
Low Clouds (CL) – awan rendah
| |
Kebiasaannya terdapat pada ketinggian 6,500 kaki dan ke bawah.
|
* Stratocumulus
|
* Stratus
| |
* Cumulus
| |
* Cumulonimbus
|
Sebahagian dari jenis awan cirrus - cirrus spissatus undulatus. |
Contoh lain awan cirrus. |
Secara ringkasnya nama-nama awan dikelaskan seperti beriut:
Stratus/strato – rata/berlapis dan lebih sekata
Cumuls/cumulo – berketul/membonjol, seperti bunga kobis
Cirrus/cirro – berada tinggi/nipis
Alto – aras pertengahan
Nimbus/nimbo – awan yang membawa hujan
Kehadiran awan boleh menandakan tentang keadaan cuaca yang akan berlaku. Namun kemahiran ini perlulah dipelajari dengan teliti untuk mendapatkan ketepatan yang lebih baik kerana ia bersifat ramalan seperti yang sering diperingatkan kepada kita iaitu “mendung tidak bererti akan hujan”.
Sekiranya anda berminat untuk mempellajari lebih mendalam mengenai awan anda bolehlah memuat turun panduan untuk mengenal awan ini dari Met Office, UK di sini. Di dalam panduan tersebut terdapat senarai awan-awan yang mudah dikesan dan mengenali sifat-sifanya degan lebih tepat.
Aktiviti mengenal awan adalah antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga. Ia juga merupakan kemahiran asas bagi para nelayan, petani, peminat sukan aktiviti luar dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan