Frogfish mempunyai banyak ciri unik membantunya untuk terus hidup. |
Lautan dipenuhi dengan pelbagai hidupan yang unik yang adakalanya sukar dipercayai. Ikan frogfish iaitu kumpulan ikan-ikan dari family (Batrachoididae) merupakan kumpulan ikan yang unik kerana memiliki banyak keistimewaan berbanding ikan-ikan yang lain disekelilingnya. Walupun ia merupakan ikan yang bersaiz sederhana dan tidak mampu berenang dengan pantas kerana keunikannya masih membolehkan ia menangkap makanan dengan baik.
Keunikan utama ikan frogfish yang juga adakalanya dikenali sebagai ‘anglerfishes’ juga ‘toadfish’ ini adalah ia mempunyai sirip yang lebih berfungsi sebagai ‘kaki’ berbanding digunakan untuk berenang. Selain itu juga ia ditambah lagi dengan keunikan rupa bentuknya yang membantu ikan ini sebagai penyamaran untuk mengelakkan ancaman musuh dan juga membantunya untuk memburu mangsa. Sesetengah frogfish juga mempunyai keupayaan untuk menukar warnanya bagi menambahkan lagi keupayaan penyamarannya.
'Scarlet frogfish' berwarna merah terang. |
Frogfish yang menyerupai alga dasar laut. |
Walaupun ikan frogfish bergerak dengan perlahan, ia mampu menyambar mangsanya dengan kelajuan yang amat tinggi. Serangan ikan frogfish boleh berlaku pada kepantasan 6 millisaat. Selain daripada penyamarannya yang mengelirukan mangsa, ikan frogfish juga mempunyai antena (seakan-akan pancing) yang digunakan untuk menarik perhatian mangsa untuk menghampirinya.
Terdapat sehingga 45 spesis ikan frogfish yang mempunyai taburan di perairan tropika, sub-tropika, Atlantik dan Pasifik sehinggalah ke Lautan Hindi dan Laut Merah. Mendiami kawasan turumbu karang dan juga berbatu dengan kedalaman sehingga 100 meter (330 kaki). Selain daripada tinggal di perairan air masin, terdapat juga spesis frogfish (Sargassumfish) yang tinggal di perairan air payau (brackish water).
Saiz ikan frogfish adalah di antara 2.5–38 cm (1-15 inci) panjang mengikut spesis. Rupanya seakan-akan bola dengan permukaan yang adakalanya berbonjol, berbulu dan dipenuhi dengan rerambut seperti lumut dengan warna yang pelbagai (putih, kuning, merah, hijau atau hitam). Ia juga dilengkapi dengan ‘esca’ atau umpan (lure). Esca ini berbeza mengikut spesis dan ada diantaranya yang menyerupai ikan, udang, polychaetes dan juga cacing (tubeworms) untuk menarik minat mangsanya.
Frogfish yang bersembunyi di celahan batu. |
Frogfish dengan warna yang unik di perairan Hawaii. |
Kelihatan frogfish yang melambaikan 'esca' untuk menarik minat mangsa. |
Perkara yang paling menarik untuk diperhatikan pada frogfish adalah pergerakkannya yang menggunakan sirip untuk berjalan dan bukannya berenang seperti ikan-ikan yang lain. Ini kerana, ia lebih suka bergerak secara perlahan di dasar laut yang dipenuhi dengan batu karang atau batu-batuan. Semburan air (jet propulsion) juga digunakan oleh ikan-ikan kecil dengan menyembur air dari bukaan insangnya untuk membantu pergerakan. Manakala bagi spesis ‘sargassum frogfish’ pula terdapat sirip khas yang membantunya memegang sargassum (rumpai air) untuk membantunya memanjat dan bergerak menggunakan rumpai air tersebut.
Terdapat banyak lagi ciri-ciri keistimewaan ikan ganjil ini. Antaranya ia turut mampu memakan mangsa yang dua kali ganda lebih besar darinya. Walaupun ia hanya mampu bergerak perlahan dan rupa bentuknya yang ganjil, ikan istimewa ini dapat meneruskan hidupnya di persekitaran yang penuh mencabar. Mengagumkan!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan