Black swallower, (Chiasmodon niger) merupakan ikan spesis laut dalam dari family ‘Chiasmodontidae’ yang terkenal dengan kelebihan memakan mangsa yang jauh lebih besar darinya sendiri. Malah dengan kemampuannya ini ia juga adakalanya digelar sebagai "great swallower".
Ia mempunyai taburan di sekitar perairan tropika dan sub-tropika namun pada kedalaman yang dikenali sebagai zon ‘mesopelagic’ dan juga ‘bathypelagic’ iaitu kedalaman pada 700-2,745 m (2,297–9,006 kaki). Maka sebab itulah cara hidup ikan ini sukar dikenalpasti memandangkan agak sukar untuk membuat pengambaran tentang kehidupannya pada kedalaman tersebut.
Ikan unik ini mempunyai saiz yang agak kecil dengan ikan dewasa hanya mencapai saiz sehingga 25 cm (9.8 in). Namun begitu salah satu keistimewaannya adalah ia mampu menelan mangsa sehingga lebih dua kali ganda darinya dan berat sehingga 10 kali ganda. Kelebihan rahang yang mampu terbuka dengan besar dan perut yang elastik membolehkan ia menelan makanan yang bersaiz besar tersebut.
Seperti juga ikan-ikan laut dalam yang lain, ia mempunyai rupa bentuk yang agak unik. Mempunyai kulit tanpa sisik dan bewarna coklat gelap. Kepalanya agak panjang dengan muncung yang tumpul. Memiliki mata yang sederhana dan mulut yang besar. Rahang bawahnya adalah jauh lebih besar berbanding rahang atas dan kedua-dua rahang ini mengandungi gigi yang tajam. Tiga gigi utama pada setiap rahang ini adalah besar dan membentuk taring.
Walaupun mempunai gigi yang tajam, ikan Black swallower memakan makanannya yang terdiri daripada ikan-ikan bertulang secara penuh (tanpa mengunyahnya). Mengikut andaian oleh Theodore Gill ikan ini memakan mangsanya dari ekor sebelum menelannya dengan bergulung di dalam perutnya (seperti yang disaksikan dalam gambar).
Ikan ini adakalanya menelan ikan yang jauh terlalu besar dan tidak dapat menghadamkannya sebelum ia mula membusuk. Ini mengakibatnya terhasilnya gas yang menyebabkan ia dibawa naik ke permukaan laut dan mati. Kebanyakan specimen yang ditemui adalah disebabkan kejadian seperti ini. Pada 2007, ikan black swallower yang berukuran 19 cm (7.5 in) telah ditemuni mati di Grand Cayman. Di dalam perutnya terdapat ikan snake mackerel (Gempylus serpens) 86 cm (34 in) panjang iaitu empat setengah kali ganda daripada panjangnya sendiri.
Makanan yang terlalu besar juga menjadi punca ia mati. |
Bagaimana Black swallower memakan makanan bersaiz besar. |
Keunikan ini dikatakan membantu ikan-ikan laut dalam untuk menruskan kehidupannya di mana, pada kedalaman tersebut, sumber makanan adalah sukar. Melalui kebolehannya ini, ia boleh bertahan untuk satu tempoh yang agak lama sebelum menemui sumber makanan yang lain.
Ia merupakan salah satu daripada banyak lagi hidupan laut dalam yang lain seperti flashlight fish, cookiecutter shark, bristlemouths, anglerfish, viperfish, dan beberapa spesis eelpout. Malah anda juga mungkin pernah terbaca mengenai spesis sotong laut dalam yang dikenali sebagai flapjack yang amat unik. Laut dalam merupakan satu tempat yang sukar untuk didiami oleh hidupan biasa, jadi hidupan di sini jauh berbeza dengan hidupan yang biasanya mendiami lautan yang cetek. Menakjubkan!
First time dengar pasal ikan ni... menakjubkan ! :D
BalasPadamYa, masih banyak perkara yang kita belum tahu pasal hidupan di dunia ni. Banyak perkara menarik untuk dipelajari.
Padam