Aquaponics - sistem tanaman yang lebih efektif. |
Kita biasa mendengar kaedah penanaman seperti ‘hydroponics’ dan juga ‘aeroponics’, tetapi jarang-jarang kita mendengar mengenai ‘aquaponics’. Aquoponics merupakan sistem tanaman yang lebih mudah kerana ia mengandungi dua sistem dalam satu iaitu menggabungkan sistem tanaman (tumbuhan) dan juga penternakan ikan. Kedua-dua ini boleh terdiri daripada sayur-sayuran atau bunga-bungan dan juga ikan yang menjadi sumber makanan ataupun hanya sekadar ikan hiasan.
Apa yang menarik aquaponics boleh disediakan dengan saiz yang kecil (sebagai hobi) ataupun dengan saiz yang lebih besar. Sistem ini bekerja secara symbiotic iaitu gabungan antara sistem aquaculture (penternakan hidupan air seperti siput, udang dan ikan) dan juga sistem hydroponics iaitu penanam tumbuh-tumbuhan menggunakan air. Melalui sistem ini, hidupan air akan membekalkan nutient bagi membantu tumbuhan membesar (tiada baja tambahan diperlukan). Bahan buangan hidupan air ini akan dihuraikan oleh bakteria (nitrification bacteria) yang menukarkannya kepada nitrites dan juga nitrates yang boleh diserap oleh tumbuhan sebagai baja.
Aquaponics yang ringkas. |
Aquaponics kecil - rumah/hobi. |
Aquaponics dengan pelbagai saiz dan teknik. |
Sistem aquaponics ini begitu popular bukan sahaja sebagai hobi, malah bahan kajian penting dalam menghasilkan bahan makanan untuk pertanian moden. Malah ia banyak dilakukan di negara-negara membangun seperti India, Bangladesh, Palestin dan lain-lain lagi. Ia bukan sahaja boleh disediakan dalam pelbagai skala, malah ia memerlukan ruang yang lebih kecil bergantung kepada unit aquaponics yang disediakan.
Sejak sekian lama teknik aquaponics menjadi kegemaran para ”hobbyist” dengan menyediakan sistem ini dalam pelbagai saiz. Bagi sistem yang kecil ia mungkin hanya mengandungi beberapa hidupan air samada ikan atau udang dan mengandungi tumbuhan yang sedikit pula (mungkin beberapa batang/rumpun). Namun ada juga yang menyediakan sistem yang mampu menghasilkan ikan dan sayuran yang cukup untuk kegunaan seisi keluarga – sistem ini adalah lebih besar dan menggunakan pam air yang lebih kuat.
Bagi tujuan kajian pula, sistem ini diukur dalam pelbagai aspek bagi menentukan keberkesanannya – sebagai contoh jumlah hidupan air yang sesuai bagi jumlah tanaman yang ingin dibesarkan. Selain itu ia juga mengukur suhu dan pH air bagi memastikan keadan yang sesuai untuk sistem ini beroperasi pada tahap yang optimum. Terdapat hidupan-hidupan tertentu yang sesuai untuk sistem ini, dan ia juga memerlukan keadaan yang sedikit berbeza antara satu sama lain sebagai contoh, ikan tilapia memerlukan suhu yang agak tinggi manakala ikan trout pula lebih sesuai untuk suhu air yang lebih rendah. Begitu juga dengan tanaman yang akan dibesarkan, kerana tidak semua tumbuhan sesuai dibesarkan dengan sistem ini.
Sistem komersial mungkin menggabungkan pelbagai sistem yang lain. |
Bagi skala yang lebih besar, sistem digunakan juga lebih kompleks. |
Untuk tujuan kajian pertanian masa hadapan pula sistem ini diuji kesesuainya dalam sistem tanaman menegak contohnya (bagi mengurangkan penggunaan ruang). Selain itu juga penanaman menggunakan cahaya tiruan (daripada lampu) juga turut dilakukan bagi memastikan kesesuaian sistem di dalam bangunan tertutup (keadaan terkawal sepenuhnya). Ini bermakna ladang yang menghasilkan sayur-sayuran akan datang berada di dalam bangunan di tengah bandaraya yang sibuk. Malah bandaraya yang menunjukkan minat untuk menjalankan kaedah penanaman seperti ini termasuklah Incheon (South Korea), Abu Dhabi (United Arab Emirates), dan Dongtan (China), New York City, Portland, Ore., Los Angeles, Las Vegas, Seattle, Surrey, B.C., Toronto, Paris, Bangalore, Dubai, Shanghai and Beijing. Namun begitu di dalam sistem penanaman menegak ia turut menggunakan kaedah penanaman tanpa tanah yang lain seperti aeroponics, hydroponics dan bukan aquaponics sepenuhnya.
Untuk jenis-jenis ikan yang sesuai untuk sistem aquaponics ini adalah termasuk;
- Ikan-ikan aquarium
- Tilapia
- Yellow Perch
- Trout
- Catfish (keluarga sembilang)
- Bass
- Bluegill
- Carp
- Koi
- Ikan Emas
- Udang air tawar
* Ikan atau hidupan air dipilih mengikut kesesuaian keadaan cuaca di sesuatu tempat. Jadi anda perlu mengenalpasti ikan yang sesuai untuk diternak di tempat anda.
Antara ikan dan udang yang sesuai. |
Untuk jenis-jenis tumbuhan yang sesuai untuk sistem aquaponics ini pula adalah termasuk;
Sayuran
- Lettuce
- Kekacang
- Squash
- Zucchini
- Broccoli
- Peppers
- Timun
- Peas
- Bayam
Herba
- Basil
- Thyme
- Cilantro
- Sage
- Serai
- Wheatgrass
- Oregano
- Parsley
Buah
- Strawberries
- Tembikai (watermelon)
- Cantaloupe
- Tomato
Bungaan
- Kebanyakan bungaan taman boleh ditanam melalui sistem ini.
Pada skala ini, ia cukup untuk sebuah keluarga. |
Mungkinkah kaedah penanaman akan datang kelihatan seperti ini? |
Tanaman ini kemudianya perlu di tanam di dalam media (bukan tanah) untuk menyokong tumbuhan supaya dapat tumbuh menegak. Ia mungkin terdiri daripada gravel, hydroton, lava rock, packing foam, sponges, perlite, vermiculate dan apa sahaja yang dapat menyokong tumbuhan ini dan membolehkan akarnya menyerap air yang mengandungi nutrient yang dibekalkan dari takungan hidupan air.
Sistem aquaponics merupakan satu sistem yang seronok untuk dicuba kerana ia merupakan sistem yang lengkap dengan hidupan air dan tumbuhan di dalamnya. Ia juga merupakan sistem yang ternyata berhasil dan telah dilakukan di banyak kawasan di dunia (dengan pelbagai saiz besar dan kecil). Untuk membiasakan anda bagaimana ia berfungsi sistem aquaponics kecil-kecilan mungkin satu pilihan tepat untuk mengenalinya dengan lebih lanjut.
I wish for the great of success in all of our destiny endeavors
BalasPadamThank you for the visit and the comment.
Padam