Mikroskop adalah rekaan pembuka kepada penemuan-penemuan baru manusia terhadap hidupan seni, malah merupakan titik tolak kepada memahami tentang diri manusia sendiri. Melalui rekaan ringkas inilah manusia dapat mengungkai rahsia penyakit-penyakit yang sebelum itu membawa maut kepada manusia dan seterusnya memahami proses pembentukan manusia itu sendiri. Setelah lebih dari 400 tahun mikroskop pertama dibina – kini miroskop digabungkan dengan teknologi elektronik dan digital untuk memberikan hasil yang lebih baik.
Mikroskop adalah sebuah peralatan yang ringkas pada asasnya, dimana ia hanya memerlukan sebuah kanta cengkung yang dapat mebengkokkan cahaya dan memberikan imej yang lebih besar kepada pemerhati. Contoh yang paling mudah untuk kanta ini adalah kanta pembesar. Konsep pembengkokan cahaya ini telah digunakan sejak 2000 BCE lagi di China, dengan mengisi air ke dalam tiub untuk membolehkan objek kecil diperbesarkan.
Compound microscope - merupakan mikroskop optik. |
Mikroskop awal yang digunakan oleh Robert Hooke. |
Naskah asal Micrographia pada tahun 1665. |
Walaupun rekaan mikroskop dikatakan dicipta oleh Galileo Galilei pada tahun 1625 dengan rekaan beliau yang dikenali sebagai "occhiolino" atau "mata kecil", mikroskop dikatakan direka lebih awal – oleh pembuat cermin mata (yang boleh menghasilkan kanta cengkung dan cembung). Antara calon-calon lain yang dikatakan mungkin menyumbang kepada rekaan mikroskop pertama adalah Hans Lippershey dan juga Zacharias Janssen dari Netherlands lewat pada 1590-an.
Mikroskop biasa dinamakan mikroskop optik (optical microscope) yang menggunakan cahaya untuk menghasilkan imej bagi sample. Kemudian ia diperbaiki lagi dengan rekaan mikroskop elektron (electron microscope), yang dapat menghasilkan gambaran lebih jelas tentang objek-objek kecil.
Manakala antara yang terbaru adalah rekaan yang memenangi Anugerah Nobel Kimia iaitu Eric Betzig, William Moerner dan Stefan Hell dengan mereka mikroskop flouresence (fluorescence microscopy) yang dapat membantu manusia melihat objek-objek bersaiz nano seperti elektron.
Gambaran gabus (cork) yang memberikan gelaran 'cell'. |
Ilustrasi oleh Hooke untuk mata 'dronefly'. |
Fluorescence microscope, rekaan terbaru yang membolehkan gambaran objek berskala nano. |
Sel yang dilihat melalui 'fluorescence microscope'. |
Hanya sehingga pada tahun 1660 dan 1670, mikroskop mendapat sambutan meluas dalam usaha membuat penemuan-penemuan baru di Itali, Netherlands dan England. Antara hasil yang paling menarik minat orang ramai adalah apa yang dihasilkan oleh Robert Hooke, iaitu Micrographia pada tahun 1665. Micrographia mengandungi ilustrasi-ilustrasi haiwan-haiwan seni yang dilihat oleh Hooke melalui mikroskopnya. Beliau merupakan antara pelopor bagi ‘Royal Society’ yang merupakan sebuah badan yang membuat penemuan-penemuan sains di Britain. Apa yang menarik, Micrographia mengandungi illustrasi yang sangat terperinci mengenai hidupan yang dilihatnya. Ini jelas menunjukkan ketelitian dan kehalusan kerja Hooke sebagai seorang saintis pada tahun 1660-an.
Walaupun sejarah rekaan mirkoskop terus berkembang kemudiaannya sehingglah ke hari ini. Saya memberikan penekanan kepada hasil kerja Robert Hooke sebagai titik tolak yang membuka mata orang ramai betapa pentingnya untuk memahami unsur-unsur yang lebih halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mungkin ia tidak menarik minat semua orang, namun ingin diingatkan bahawa inilah antara yang membolehkan kita mengenali alam sekeliling dengan lebih tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan